Saturday, December 6, 2014

Menjelang 25 tahun.


Bismillah..

Nampaknya tak lama lagi akan genap 25 tahun umur ku..
Maknanya tinggal lagi 5 tahun saja yg tinggal utk aku lunaskan misi aku tu.

Sekarang just go with the flow dulu. Tunggu Lihat dan ikut semuanya.
Biar la aku bertahan dengan keadaan skrg buat masa ni.

Dah 4 tahun kot hadap benda ni.. Takkan tak boleh tahan setahun dua lagi.
Tak Gitu..

Bertahan dgn selipar econsave Rm6 tu.. Rasanya dekat 4 tahun dan duk pakai pattern tu.
Cuma Label nama jer yg bertukar.

Bab seluar..

Masih lagi dengan hanya 4 helai seluar ..
Kadang kadang teringin jugak nak beli seluar ,beli selipar, Beli kasut
Beli jam.. Ada eksesori mcm2 benda mcm orang lain..
Namun apakan daya.. Ada perkara penting yg lain yang patut aku utamakan.

Mak dan adik..

Keperluan diorang yg aku utamakan sekarang.
Biar la aku tak punya apa apa ..
Asalkan mak dapat  apa yg dia hajatkan..

Biar aku pakai seluar baju lusuh .
Asalkan keinginan mak aku dapat penuhi.

Setiap bulan duit yg aku dapat 95% aku serahkan kat mak.
Tu pun sebenarnya mmg tak cukup pun..'
Tolak segala utiliti, sewa rumah.. berapa jer yg tinggal..

Tak seberapa pun yg aku bagi tu..
Alhamdulilah cukup la nk makan.
Walaupun dgn sekadar nasi goreng jer .

Sedih bila tanya mak.. Makan apa..
Dia kata makan nasi  goreng.
Katanya malas nak masak lauk.
Padahal aku tahu .. Dia nak jimat belanja.

Sedih kan.. hurm .. Aku anggap semua ni sebagai satu pengalaman.
Satu pengajaran utk aku dalam menjalani hari hari yg mendatang..
.
Takkan goyah dengan ujian yg merobek hati sanubari.
Walau terkadang hati ni sebak .
Terhiris bila tengok life orang lain.

Macam happy sentiasa.
Happy ada kawan kawan.
Happy ada teman.
Happy ada family yg lengkap..

Cemburu tengok diorang happy.

Aku dah hilang semua tu dari form 4 lagi.
Perlahan lahan aku bangkit dari dunia yang macam dah takde harapan tu.

9 tahun hidup yang hilang ..
Hilang punca. Hilang kehidupan remaja .
Hilang keyakinan. Hilang motivasi.

Dengan datang dan pergi sorang demi sorang.
Teman yang membangkitkan semangat.
Aku cuba simpan impian.

Impian yang kebanyakan ..
Hurm bukan kebanyakkan  tapi semua org sekeliling kata tak mungkin .
Tak mungkin bagi aku yang sekolah pun tak habis ni..

Impian yang wajib bagi aku..
Bahagiakan ma dan abah.
Tunaikan segala keinginan, segala hajat mereka.

Ini yang sedang cuba aku laksanakan sekrang.
Yang penting kita tunggu dan lihat..

Teamrambo dulu sekarang ni.
Simpan dulu peluang2 yg datang tu.


Peluang2 yang lain tu sebagai backup plan aku..

Insyallah semoga allah swt permudah kan segala impian aku ni.


12.12.2014 Tarikh genap 25 thun umur ku.
Baki yang tinggal cuma 4 tahun jer lagi.



Friday, November 14, 2014

Tiga Hari Lagi

Akhirnya setelah lama duk tunggu.. Kata putus dah diputuskan.
Restora Rambo Station akan dibuka hari isnin  depan.
Walaupun ada sikit sikit lagi yang tak berapa nak lengkap.

Takpe la kan..Ada jugak keputusan yg dibuat.
Ni duk tunggu tunggu. lama sagat dah duk tunggu.
Nak tengok apa akan jadi lepas ni..

Semua ni akan jadi pengalaman untuk aku..
Insya

Monday, November 3, 2014

http://www.insyirahazhar.com/produk/buku-simpan-challenge/

Tuesday, October 14, 2014

Bila Kucing Jadi Babysitter

Hari ni cuma berwhatsapp jer dgn ma aku.Ma aku dah pandai main whatspapp la..
Ni mesti cucu dia tu yang ajarkan.
Ala si baby Nana tu..

Untung la ma aku dah pandai whatsapp.
Nak tunggu aku call memang la tak.
Mana nak ada kredit nak call.
Terpaksa jimat duit .. (Nak kaya cepat la katakan .. Kena kedekut sikit)

Hari ni ma hantar gambar  kucing aku berebut nak Jadi Babysitter ..
Katanya dua dua berebut nak bagi susu , dua dua berebut nak masuk dalam bakul.


Lepas tu bila seekor keluar, Yang sekor lagi pun keluar jugak.
Nampak dia rileks lepas jadi babysitter.

Lepas rileks kejap seekor masuk..
Eh!! yang seekor lagi boleh follow masuk sekali..
Ape punya perangai la yang seekor ni..

Macam macam diorang ni kan...
Yang sebenar benar mak kepada baby kucing ni..
Dia Rileks, makan pastu tido.
Untung la dia...

(gambar akan update lain kali)





Tuesday, September 30, 2014

Terbawa Hingga ke dalam mimpi

 Bismillah..

Kesakitan yang aku rasa di bahagian  bahu sebelah kiri ni semakin teruk pulak..
Tak tahu la kenapa..
Makan ubat dah macam macam ubat dah.

Malam tadi sampai terbawa bawa ke dalam mimpi pulak.
Tapi mimpi aku pergi berubat.

Tempat tu seperti sebuah tempat perubatan alternatif.
Sekali tengok macam tempat berbekam lintah,.

Orang yang berubat tu berperwatakan macam seorang ustaz.
Dia mula mula tanya kat mana aku sakit.
Aku cakap la kat bahagian bahu ni.

Lepas tu aku nampak dia ambil satu wayar .
Yang macam wayar oxsigen untuk akuarium ikan..
Ala yang warna putih tu..

Dia lekatkan kat bahu aku .
Terasa macam ada angin menyedut.'
Macam vacuum tu..

Lepas tu aku nampak darah merah pekat disedut..
Makin lama makin pekat.
Makin lama makin pekat

Lepas tu ustaz tu macam terkejut.
Dia kata pekatnya bahaya ni.
Tanda sejenis penyakit...

Lepas tu aku tersedar dari tidur,
Apa makna semua ni yer..

Adakah hanya sekadar mainan tidur
Atau ada maksud disebaliknya....

Friday, September 26, 2014

Tarik Trafik Blog Dengan Ping Busuk

Bismillah..

Hari tu ada up entry bertajuk Berlari Ke Masjid Ukm   

Lepas tu lama jugak la tak update aktiviti aku ni kan..
Bila aku masuk balik ke blog yang memang tak popular ni ..
Tengok last entry aku tu.
Ada  53 pageview..




Terkejut jugak . Mana datangnya pembaca ni kan..
Jadi ku pun mula buat siasatan..
 Tengok kat feedjit tu..


Semua B kan... maknanya semua redears tu datangnya Ping Busuk..

Jadi maknanya kebanyakan pembaca adalah dari ping busuk..

Pada yang nak up trafik blog tu boleh la try masukkan blog anda ke PIng busuk yer.

Boleh daftar Disini --> Klik Sini

Perhatian. Jangan up entry yang 18sx yer..
Besar potensi untuk kena sekat oleh pihak Pingbusuk.org


Friday, September 19, 2014

Berlari ke Masjid UKM

Hari ni kami berempat Team Rambo..
Berlari untuk ke masjid nak sembahyang jumaat.

Alkisahnya begini...

Pagi tadi ex Team Rambo yang juga merupakan Tuan punya
kereta yang kami gunakan sekarang datang nak ambil balik kereta dia.

Jadi kami dah tkde la kenderaan nak bergerak.
Sementelah hari ni kan hari Jumaat..
Makanya kami berempat nak la ke masjid untuk sembahyang jumaat.
Oleh kerana kenderaan tkde. Keputusan yang dibuat adalah..

Berjalan kaki untuk ke masjid..
Mula2 hujan  .. Lepas tu gerimis.. kemudian panas.

Mula mula berjalan.. Tak lama lepas tu diorang mula berlari.
Aku ni yang dah berapa lama tak excercise.
Punya la susah nak berlari.

Kejar la jugak diorang tu..
Akhirnya sampai dalam keadaan baju yang basah..

Lepas sembahyang Sekali lagi menapak..
Kata diorang .. Ini dugaan sebelum berjaya..

Semoga kejayaan menanti kami nanti...

Bagaimana aku disedarkan bila aku tido matii

Bismillah..

Jam sekarang menunjukan pukul 5.39 pagi. Awal sangat aku bangun hari ni..
yer la semalam dah bantai tido kul 6 ptg sampai pukul 10 malam..
Sampai tertinggal solat maghrib dgn solat isyak. (apa nak jadi aku ni)
Sekali lagi aku lalai dalam melaksanakan apa yang allah sw wajibkan..

Nasib pukul 10 tu Fahmi kejutkan aku.. ( sebab hotspot ternet aku mampus )
Siap dia tanya aku.. oii nak tido sampai esok ke.
Hahaha

Sebenarny kalau dia  tak kejut memang compom esok aku bangun..
Bangun bangun jer terus capai pinggan dgn mangkuk..
capai tomyam yg aku masak siang hari tu..
Sekali ceh.. Apa Punya soalan si Fahmi ni.

 Lepas makan tu nak tido bali ker bang...
Aku pun jawab ala yer la... huhuhhu..

Lepas makan masuk bilik pastu aku layan MOVIE IP MAN..
Sampai abis pastu aku pun tetido..

Alhamdulillah pagi ni awal aku bangun
Sempat nak solat taubat dan bertahajud.

Scene baru bangun tido

Bangun tenyeh mata yang cute ni..
Capai kain tuala .  Pastu terus intai kat luar tingkap,..
Eh ada lagi kereta.. Kata izzah nak ambik semalam..
Tak datang la kot...

Ok lupa nak cite ni.

Semalam aku sms kat chef kata ada orang order nasi Goreng 15 bungkus.
Dia reply gini ha... ( OK,Goreng je le mok.. )
Hahahaha dapat nama baru.. Mok.. Siangnya tuan Kamal Al Marbawi panggil Zaili..
Aku pun fikir. memang la boleh jer aku nak goreng sendiri nasi tu..
tetapi Rasanya mungkin kan kurang sikit sebab aku tak pandai lagi nak ,
perasakan dlam kuantiti yng banyak ..

Jadi Panggil chef adalah lebih baik..
Aku nk tengok jugak teknik dia masak dalam kuantiti banyak tu,,..( Macam gambar atas tu)
Lepas ni boleh aku buat ebook untuk jual hahahahaha ( Gelak jahat )
Pastu aku jadi jutawan ebook pulak..

(gambar dari google yer.)


Wednesday, September 17, 2014

Bagamana untuk Berjaya Mengawal Perasaan

Bismillah..

Tengok tajuk tu.. Sebenarnya aku sendiri pun tak faham ..
Betul atau tak tajuk aku tu..

Yer la.. Sebenarnya tadi aku duk Online kat ruang tamu tu..
Tengok si fahmi tu , Bukak Youtube Tapi pejam mata..
Aku confius dia dengar ker Si Anthony Robin tu cerita apa..
Ker Si Anthony Robin tu duk cakap sorang sorang.

Biar kan la dia.. Jadi aku pun masuk la dalam bilik..
Hajat dihati nak tido.

Sebelum tu terbaca blog misschronicz tu lagi.
Datang balik mood nak menulis ni ha..

Jadi Oleh kerana aku tkde cerita sangat nak cerita..
Aku tulis jer la apa sahaja yang duk berlegar dalam kepala otak aku ni yer..

Bermula dari pagi tadi ok..

Jadi kisah nya begini.. Tuan Kamal al marbawi tu order la sandwich tuna 40 pax.
alkisahnya semalam aku ,Hafis dengan si Fahmi dah pergi beli barang barang untuk buat sandwich tu.
Punya la lama duk pilih Sardin, Dari negara mana la,Tentang cop halal la.
Last2 mai ambik jer.

Bangun pagi tadi aku teringat . La macam mana boleh terlupa nak beli roti ni
Aku cakap kat Hafis, Dia  pun cakap hurm roti lupa nak beli..

Terus gegas ke cafe.. Tunggu chef datang, Ingat kan datang ,
Rupanya chef tak tahu pun orang nak sandwich tu pukul 7 pagi.

Jaadi terpaksa la aku yang buat , Aku pun buat la macam bias aku buat kat rumah.
Siap la dalam masa 40  minit.
Alhamdulillah la kan..

Chef datang pun dah dekat pukul 9, Tak kisah la kan.
Tiba chef cerita pasal kursus yg 2 orang pergi tu.
Memang la ada sikit terasa hati.. ditambah pulak bila ada yang duk cerita2.
Bertambah la sakit hati. Terasa macam nak tumbuk orang pun ada.

Aku dah tak tahu nak buat apa.. Duk buat jer la kerja kat dapur..
Dengan hati yang tak tenang ni.. Rasa darah membuak buak.
Satu jer la jalannya.. Pertama masak nasi dulu.
Kang orang order nasi goreng nasi takde pulak kan.

Lepas masak nasi tu terus jalan ke surau bawah tu..
Basuh muka, pastu ambik wudhu..
Mula dengan solat taubat disambung dengan Solat Dhuha 6 rakaat.

Alhamdulilllah.. Tenang rasa hati ni.
Lepak sekejap kat surau.

Pastu balik ke cafe.. Malas nak masuk kot pintu depan jadi aku masuk ikut pintu dapur.
Selesaikan mana2 kerja aku yang belum beress  tu..

Tiba2 Fahmi datang cakap , Chef suruh masak mee hailam untuk dia..
Berderau sekejap. Jadi ta tentu arah sekejap ha..
Boleh ke aku masak.. Kang tak sedap macam mana..


Nak tak nak kena la masak jugak..
Main campak campak je la aku bukan ingat sangat resepi mee Hailam tu..

At d end.. Komen chef.. Ok la tu , Cuma kena pekat sikit lagi kuah tu..
Ahamdulillah la.

Ingatkan tak sedap la tadi..

Tapi aku masak ape pun biasanya sedap .. Huhuhuhu (puji diri sndiri ,)

Dah lupa pasal Perasaan tak tenang tu tadi..
Cuma ada part2 yg chef cakap tu kena take note..

Untuk jamin apa yang bakal berlaku di kemudian hari kan..

Jadi point utk tajuk kali ni iyelah.. 

Jika ada sebarang perasaan yang tak bagus, Sila lah ambil wudhu dan mengadu dengan allah swt.
Insyallah akan diberi ketenangan.. 


Makan Tengah Hari Di Restoran Belauk Seksyen 7 Bangi

 Padah tido pukul 3 pagi si Fahmi tu.. Akhirnya pukul satu petang baru bangun dia..
Penat ku tunggu.. Perut aku dah berdikir barat dah>
Almaklum lah perut kelantan la katakan..

Dah bangun hajat aku nak pergi makan kat kedai kat seksyen 16 Bangi tu.
Fahmi pulak cadangkan nak makan kat Restoran Belauk kat seksyen 7 tu.
Aku ikutkan je la..


Memang banyak dia punya lauk.. Berlauk lauk tu.
Rambang mata sekejap nak pilih.
Last last ambik lauk ayam goreng berempah jugak.
Sayur ambik taugeh jer..

Sedap la .. Ada rasa.. Ayam nampak macam sejuk
tapi dalam tu panas.. Kuah kurma sedap tapi lebih sedap chef punya..
Memang banyak pilihan lauk .


Harga memang standard bangi la.. Rm19 untuk dua orang makan..
 Berbaloi untuk anda cuba. Dengan hampir 60 jenis lauk yang ada kat sini.

Lokasi terletak di belakang Restoran Sup UK..

Tuesday, September 16, 2014

Kembali menulis Kerana Yasmin..

Bismillah,,,

Selepas hampir tiga bulan aku tak update blog ni. Akhirnya digerakkan kembali hati ni nak menulis sesuatu... Jika sebelum ni  aku mula menulis blog sebab nak dapatkan income dari blog.. Kali ni cuma sekadar untuk berkongsi apa saja yang berlaku.. Sebelum ni aku hati aku tertarik utk berkongsi sebab Ben Ashaari dan anaknya.. Kali ni  aku digerakkan kembali selepas membaca coretan yang dikongsi di Blog Yasmin Hunwick..

Coretan yang sebelum ini dicoret oleh Yasmin kini di sambung oleh ibunya selepas pemergian Yasmin..
Mungkin ada yang kenal siapa Yasmin Hunwick dan mungkin juga tiada yang kenal... Yasmin adalah seorang blogger yang telah pergi ketika dia berumur 17 tahun jika ak tak silap.. Beliau meninggal akibat kemalangan motosikal.

Habis kisah pasal Yasmin Hunwick ni.. Terima kasih kepada blognya .. Aku kembali menulis lagi...
Insyaallah.. Akan terus menulis selagi terdaya dan selagi mata belum terpejam..


Friday, June 20, 2014

Lelaki Tua Berkain Pelikat


Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.
Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.
-perkongsian Tuan Roslan Ab Hamid

Sunday, June 15, 2014

Hijrah dari Jb Ke Bangi

 Bismillah...

Akhirnya nak start balik bloging.. Sekadar nak buat kenangan jer.. Sape2 nak komen ker.. Dipersilakan..Boleh jadi kawan ok..

Hampir 2 bulan dah aku tinggalkan Austin Heights dan berhijrah ke bangi ni.. Semata mata nak ubah diri.. insyaallah boleh...  Sekarang aku menggantikan tempat Adi di kitchen Cafetaria Ilkap Bangi, Selepas tu sambung  di Gerai nasi lemak XL di Seksyen 3 Bandar baru bangi.

Habis jualan petang lepas siap kemas kemas barang baru boleh balik.. kebiasaannya malam la baru sampai rumah.. Hari minggu kalau ada event akan join Jual Nasi Rambo bersama team Rambo.. Ni Projek utk buat duit segera.

Sekarang Fokus utk korek rahsia Chef di Dapur dan Uruskan Gerai Nasi Lemak Ayam Berempah Xl sampai berjaya.

Monday, March 31, 2014

BR1M aku kena reject.

Lepas puas duk menunggu dan menanti bak pungguk rindukan bulan.. Hampir berdarah dah tapak kaki akibat berjalan ke hulu dan hilir . Jangan percaya yer.. Aku melalut ni sebab overdose nescafe tarik free ..

Ni cerita sebenarnya.. Minggu lepas, bersamaan dgn tarikh 26 mac 2014.. Aku duk godek2 email aku.. Sekali nampak satu email bertajuk BR1M.. Ha tu dia. Dengan hati berbunga bunga dan perasaan excited nak makan KFC guna duit br1m. Aku pun bukak la email tu..

Terbaca ayat pertama. 

Dengan segala hormatnya permohonan En dot sot dot.. (nama aku dalam Bahasa jerman la tu) telah direject dengan selambanya akibat No ic encik bagi tu tidak wujud dlam Daftar Jpn atau dalam erti kata lain no ic dah hilang dalam rekod ...

Pecah berderai, luluh harapan aku nak makan KFC dgn duit BR1M..
Baru ingat nak belanja satu kampung..

Tak kesampaian plak. ..Kesian kesian kesian.

Balik aku bagtau kat ma pasal hal yang menggerunkan ni. Ma cakap tkpe2.  Kita akan buat rayuan dengan tegasnya..

Jadi aku pun pergi la berbaris macam nak beli tiket bola kat stadium larkin tu.. (sebenarnya ma yg berbaris,aku duk dalam jamban sebab sakit perut.)

Sampai la giliran aku anak beranak kat kaunter tu.. Aku pun tanya la.. Kenapa semua ini terjadi tanpa diduga..

Dia cakap. Maaf yer cik,  No.ic cik bagi tu dah buat permohonan lain.  Bila aku balas balik, eh dia tukar plak.. Dia kata no ic tu memang tak dapat sebab tak buat permohonan, pastu aku cakap la dia dah dapat dah Br1m bulan lepas.  Eh dia tukar lagi katanya. Aku yang tak buat update...

Aku jadi pening.  Mana 1 yg betul ni. Jadi aku tanya .. Nak buat macam mana ni. Dia kata kena buat rayuan la. Jadi aku mintak la borang rayuan tu. Dia cakap rayuan belum dibuka jadi borang takde.. Lagi Pelik.. Baru je aku baca minggu lepas.  Lebih sejuta orang dah buat rayuan untuk br1m ni..
Kata belum buka utk rayuan, borang pun belum ada.. Habis macam mana yg sejuta orang tu buat rayuan..

Diorang rayu dgn sape.. Hurm..
Cerita tamil apakah ini..

Jadi balik la kami ibu dan anak..Untuk.mengubati kekecewaan.  Pergi la melantak kat kedai pokok ceri depan hotel sana. 

Balik tu aku baik hati nak bawak baby nana pergi kat Taman merdeka depan bangunan RTM sana..

Lepas puas berjalan tanpa tujuan kami pun balik kerumah dengan riang rianya.

Cerita dalam Cerita

Bismillah..

Akhirnya kembali lagi mood aku nak berblogging lepas baca blog Ben Ashaari...

Kali ni banyak sangat nak cerita . Kalau aku cerita kat dalam satu entry ni jer..  Mahu meleleh hingus aku nak pikir ayat ayat ni.. Tengok jam la.. Pukul 1.17 pagi ni..Patut aku dah mimpi duduk dalam ferrari kaler merah sambil pusing2 kg bawak Preity zeinta dah.  (kalau tak kenal sila google.)

Untuk yg ni aku bagi isi penting jer ok.

1) Br1m aku dah kena reject.

2) Tayar kereta aku pecah dikiri dan ditusuk paku di kanan.

3) Aku dah dapat adik lelaki.

4)  Aku dah ada wechat dan whatsapp.

5) Projek pencen dalam masa 2 tahun.

6) Aku ada mesin duit.

7) Kereta takde bumbung mak aku

8) Bila baby Nana bukak mulut.

9) Projek Geng 20.

10) Balik raya puasa 2014

11) Sepagi di Taman merdeka Jb

Ha nampak. Ada sebelas cerita yang aku nak cerita ni.  Ok aku slow slow buat yer.. Kalau aku tak rajin.  tunggu la sampao aku rajin yer...

Monday, March 17, 2014

Salam Takziah untuk Ceo Madu Meletup

Lama sangat dah tak posting kat sini..

Coretan kali ini khas untuk aku sampaikan ucapan takziah
kepada sahabat aku.. Tuan shahazizul rezak yang juga merupakan ceo Golden Honey merangkap adik ipar kepada Mentor aku Dr Azizan Osman.

Salam takziah diucapkan.  Sesungguhnya ajal itu tidak mengenal usia..

Al-fatihah.

Saturday, March 1, 2014

Jalan terus.. Dugaan

Dugaan baru bermula.. Dah mula projek dropship minggu yg lepas.. Sales yg masuk memang bagus.. Hinggakan tak payah keluar 1 sen pun modal aku utk iklan fb.

Lepas seminggu ada 2 masaelah yg datang..

Pertama stok kat pihak dropshipper sana dah habis. Jadi nak kena tunggu stok dari pihak HQ katanya lambat sikit...

Dugaan kedua masaelah fb ads tergantung sebab tak boleh nak potong duit kat akaun maybank..
Yang ni kena selesaikan secepat mungkin sebab produk dropship kedua akan mula minggu depan.. Insyallah boleh meletup lepas ni.. huhuh

Oleh kerana dropship dah tergantung jadi aku akan teruskan benda lain.. Yg ni baru nak belajar.. Langkah demi langkah . Mulai esok akan mula menuntut dgn Master email marketing...

Insyallah 2 bulan lagi akan fulltime kerja sendiri atau dalam bahasa mat salleh SOHO.

Friday, February 28, 2014

Tak dapat yang itu Dapat pulak yang ini

Mula nak dapat rezeki dah.. Hari panas terik.. Bila dah ada orang nak belanja air tu, memang macam baby dibagi botol susu la kan...

Terus terima tanpa banyak cerita.. Tapi memang bukan rezeki aku la.. Gerai air nenas fresh tu tak bukak plak..Terasa sedikit kehampaan jugak tapi cepat2 cakap dalam hati .. takpe ni bukan rezeki aku .. Redha jer la ...Mungkin ada rezeki lain nanti...

Memang la tepat sangat ape hati aku cakap tu.. Memang ada rezeki lain untuk aku..

Alhamdulillah

.. Sori la ma dan baby Nana yer.. Yang ni tak boleh bawak balik.. Dah cair tak sodap...

Fuh sedap betul pekena ABC lepas gelek motor ke kedai tadi..

Thursday, February 27, 2014

Perkara yang kita semua tahu tapi

[ BERDOSANYA KITA ]

Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang
remaja perempuan telah meninggal dunia
disebabkan taun.

Maka pada suatu hari bapanya
telah bermimpi berjumpa dengannya lalu
bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah
kepadaku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di
dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya.

Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita
mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya
pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat
solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran
kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia
dan seisinya."

�� Sesungguhnya remaja perempuan itu telah
berkata mengenai satu perkara yg sangat berat
untuk dihadapi (kita semua pasti akan
menghadapinya)u KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA
TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak
faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita
mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi"
sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh
Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan.
Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun
mengucapnya.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat
dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360
sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan).
Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak
melakukannya

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat
satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan
Allah SWT menjauhkan muka kita dari api
neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi
orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh
70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd
Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu
berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit

�� Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg
menyembahyangkan jenazah kemudian
menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga
jenazah selesai ditanam akan mendapat dua
qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari
berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi
(satu qirat adalah sebesar bukit uhud)

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa saham
membina masjid walau sebesar sarang burung
akan membuatkan Allah SWT membinakan
untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita
mengambil ringan dalam menyumbangkan
saham membina masjid

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong
ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya)
seperti orang berjihad di jalan Allah atau
seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg
berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada
orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca
alquran itu, satu huruf akan diganjari 10
kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan
seorang mukmin itu adalah berdirinya dia
bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan
manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para
sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail
sepanjang umur mereka walaupun sibuk
berjuang menyebarkan agama. Kita pula
memandang ringan akan qiamullaill.

�� Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati
itu bila bila masa akan tetapi kita seding
menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala

�� Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap
nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan
kita kepada ajal kita. Kematian bermakna
membawa pahala berjumpa Allah SWT.

�� Adakah pahala kita sudah cukup untuk
memberatkan timbangan kita?

�� Adakah pahala kita sudah cukup untuk
menghadapi hisab yang boleh memufliskan?

Berbahagialah kepada yg membacanya, faham
akannya dan bersegera mengamalkannya.

Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan
kpd yg menyebarkannya........

So, rasenya nak tunggu dan mengelak lagi ke??

Wednesday, February 19, 2014

10 sebab Perlukah aku nak Jeles bila

Perlukah aku nak jeles BILA?


1) Orang ada motor besar dan aku cuma pakai kapcai? : Tak sebab kapcai aku cuma guna Rm3 sehari.  Motor besar mana cukup.. Kurang2 nak.Rm10. Baik buat makan duit tu.
(nak buat macam mana mak aku tak bagi beli.. katanya aku bawak mcm pelesit)

2) Orang pakai kereta BMW aku cuma pakai Proton? : Tak sebab syukur aku ada kereta dah. Org lain tu kete sorong pun tkde .

3) Orang lain duduk rumah 3 tingkat harga sejuta. Aku cuma duduk rumah sewa setingkat jer? Tak. Sebab rumah aku 1 jam dah siap kemas dah. Rumah besar tu 1 hari pun belum tentu siap kemas.. Boleh patah pinggang ooo..

4) Orang lain tak payah susah bagi kucing makan. Aku kena siapkan 3 kali makan dia sehari? Tak. Sebab bagi makan haiwan tu kan kira sedekah jugak.. Kurang2 dapat jugak doa dari kucing tu kan..

5) Orang lain ramai kawan. Aku boleh dikira dengan jari? Tak pun.. Belum tentu kawan yg ramai tu ada time susah.. Last2 family jugak dicari.

6) Orang lain ada aweks. Aku takde aweks? Tak jugak.. Boleh jugak jauhkan diri dari dosa tanpa sedar.. Bukan muhrim tu.. Kang terpegang tangan ape cer...

7) Orang lain ada hp mahal2.  Aku guna hp Rebat Rm50 jer bayar? Mestilah tak.. Katakanlah hp mahal ribu2 tu jatuh.. hah meleleh airmata nanti kan.. Kalau aku punya jatuh.. nangis jugak woo.. ni jer yg aku ada..

8) Orang lain hari2 boleh makan pizza.  Aku cuma hentam nasi jer hari?Tak. Sebab aku hentam nasi jer dah macam tong . Agaknya kalau hari2 mkn pizza mau kena beli seluar baru setiap minggu nanti..

9) Orang lain boleh minum coke, f&n ,redbull hari2?. aku cuma minum air kosong dgn teh o jer.?Tak. Kurang2 aku ada kaki bila kaki diorang kena potong sbb kencing manis nanti.

10) Bila orang lain mkn tomyam hari2. Aku cuma ada lauk telur ayam jer?
MAU tak jeles.  Aku kan gila tomyam semenjak dalam perut lagi.. Kang aku tumbuk jugak orang makan tomyam tk ajak aku tu..

Akhir kata..
Majulah sukan untuk bangladesh...
Adehh bhaiya.. mana plak menyampuk ni..
.

Bila Erra Fazira bercerai, TRW menang bola

Tu dia aih.. sana sini semua dok sebok bercerita pasal Erra Fazira. 
Dalam fb,dalam twitter, dalam media semasa, dalam blog,
termasuklah dalam blog aku ni haa kan..

Bukan nak kata apa la.. Kenapa la nak disebokkan sangat
dengan hal2 peribadi orang tu.

 Adalah tu sebab musabab semua benda ni terjadi.
 Tak payah la kita pulak kita nak korek sana sini .
 Buat dosa kering jer..

Baik doakan yang baik2 jer.  Kena ingat satu perkara.
Semua yang berlaku dah ditentukan olehnya.
Kita hanya mampu merancang dan hanya dia lah yang menentukan..

Jadi ape kena Erra dengan Trw ni.. hahaha..
 Takde kena mengena pun sebenarnya..

 Saje nak bagitahu. TRW menang lawan PKNS tadi.
Jadi tunggu la TRW Lawan Felda pulak nanti..

Apo pulak aku yg excited terlebih ni
Main bola pun tk pandai ni...Cehhhh

Jom imbas Kembali ke tahun 2005

Malam ni aku nak kembali semula ke masa yang lalu.
Kalau waktu sekarang ni bukan tahun 2014 tapi tahun 2005
 pada jam 0200 pagi.

Apa yang sedang aku lakukan pada waktu ini..!!!
Mungkin aku sedang tido la agaknya.. Eh bukan ok..
 Mungkin aku sedang melepak sambil melalak lalak
di simpang jalan nun di Fasa 3 Kampung Pendamar sana..
Bersama member yg sama kepala gila .Antaranya
Si sapuan, Hairil anuar@yeye, si rompong, Adib, Atan.
Huh tak ingat dah aku nama2 diorang yang selebihnya tu..

Atau mungkin aku sedang berpusing pusing naik motor Honda C70
 yang bapak aku beli utk aku pergi sekolah tu la kot..
 Dan Penunggangnya tak lain semestinya si sapuan tu..
Aku jadi pembonceng jer pun..

Kebiasaannya kitorang merempit tanpa hala tuju dan
 kitorang takde lesen lagi ok.. Nasib la tak pernah kena
 tahan dengan bapak polisi.

Atau mungkin jugak aku tengah bergayut .. Bukan bergayut kat pokok la.
Tu beruk nama dia.. Bergayut dengan aweks skola Rz@Raja Zarina tu..
Raja zarina tu sekolah budak pompuan jer...

Aku bergayut dengan Si FR la. Sepupu kepada kawan adik aku. 
Tiap2 malam tu calling2 . Cuma sebagai teman tapi mesra je la ok..
Ahaks... Tak pernah couple pun.. Sebab aku malu .. Sengal betul la
aku masa tu.. Malu tapi mahu..  ahhh poyo betul statement aku ni kannn hahaha..

Memang poyo pun.. FR tanya aku nak couple dgn dia tak..
Aku bole buat bodoh jer.. Last2 aku letak telefon terus...
Eh tapi esok call lagi... Penah sekali dia ajak aku teman pergi dia
pergi perpustakaan kat klang tu.. Eh aku boleh menggigil tu..
Seminggu aku tak jawab dia call..

Kalau malam ni adalah tahun 2005.. Memang semua perkara yang
diatas tu aku tengah buat..

Tetapi sekarang ni tahun 2014 . Jadi aku tengah melaksanakan tugas.. Boring ni. Aku jer yang terang mata.. Partner aku yang dua orang depan aku ni dah lentok dah..
Nasib la tk meleleh air liur tu.. hahahaha...

Alamak termengumpat la pulak... astagfirullah..tak patut la aku ni..

Haaa ada satu lagi.. Mungkin aku tengah test moto C70 aku kat jalan belakang tu....
Kebiasaannya motor aku tu paling last sampai garisan penamat..  Aku kan rempit yg berhemah.. hihihi

Saturday, February 15, 2014

Macam mana mau Kurus

Hari ni pergi kerja ,pagi pagi lagi dah menyantap maggi goreng..
Mak masak.. Sodap tu.. Tak dan nak snap pic haa..Telan licin habis..
Sampai penunggu dapur aku pon join makan sekali.
Sampai tertonggeng tonggeng atas meja dia makan ha.

Ingat nak ambik gambar tapi nanti jadi kategori 18sx plak kan.

So sampai tempat kerja .Masuk duty macam biasa..
Tiba tiba dapat sms..  Line Internet aku nak mampos dah besok..'

Adush rasa macam nak hantuk kepala kat dinding jer rasanya..
Macam mana boleh lupa plak ni..

kalau ingat sempat la jugak nak keluarkan duit dari hasil blogging ni ..
Dari Nuffnang , dari bidvertiser, dan yang terbaru dari H12 MEDIA..
Ni dah besok nak guna mana nak sempat kan.
Kurang2 kena tunggu sebula baru dapat..

Yang ada dalam akaun paypal tu pulak baru ada 12 usd jer,. Lebih kurang
dalam Rm40 ringgit jer kot.

Dah pening fikir pasal ni mula perut aku ni lapar.
Dalam otak plak fikir , kejap nak nasi campur la kejap nak nasi ayam la
kejap nak makan maggi la..

Macam macam dugaan la. Baru ingat nak diet , Kuruskan badan skit..
Seluar tak muat dah ni.. Huhuhu. Jadi tolak tepi semua yang ada dalam otak ni.

Eh boleh pulak abg Ramli call.. suruh  datang tempat dia plak..
Ambik kau.. nak sangat kan.'

Dapat terus .. Nasi ayam, Air sirap cincau..
kenyang terus .. Eh ada lagi .. Dapat duit plak Rm 5 ..
Memang rezeki sungguh kan,.

Jadi orang kata rezeki jangan ditolak kan. Jadi terima la seadanya.
Perut diisi ,, POket pun berisi jugak..

Eh pagi tadi macam dengan mak kata nak Gulai daging plak ni..

Hurm Macam mana nak kurus ni...!!!!



Friday, February 14, 2014

Tiba tiba aku pulak yang kena

Alkisahnya kesilapan berlaku siang  semalam pertukaran lesen antara makcik2 cina ..
eem makcik ker rasanya akak2 la kot...

Dengar cerita bos besar aku .. En. Arif kena bambu dengan abg akak cina tu. ..
Tu yang pagi pagi dah mencari kat rumah akak cina yang satu lagi tu..
Sampai ke Kota Tinggi pagi2 lagi..Tapi nasib tak berapa baik ...
 Akak tu dah keluar pergi pejabat dia kat Menara pelangi.

Pastu bos kecik plak .. En shahrul ajak aku plak cari akak tu kat Menara pelangi..
Aku on jer ..Aku memang Suka buat tugas2 luar ni.. Mengular la katakan ... So duty aku diambil alih mr rajan..  Suka la aku dapat lari dari duty.. Boring betul kena duty ni... Dah dapat peluang lari ni. Jadi gunakan sebaiknya....

Aku dah agak .. memang aku yang kena jadi rider ..Sharul duk belakang...  Mula2 dalam hati kata nak gunakan style rempit mcam biasa tu... Tapi nanti cepat sampai la pulak.  Jadi aku pun jadi la penunggang berkemah... Bawak 80km sejam jer..

Dalam hati pulak fikir agak2 sharul terbau tak bau bau yg ada kat baju dalam .. Opss silap baju jaket aku ni... hurm bila masa pulak la budak 2 bulus tu sembur perfume kat jaket aku ni... HANCINGGG BETOLLL...

Sampai kat menara pelangi jer kena calling2 akak tu.  Hurm calling2 pun aku jugak yang kena ..

Aku : Hello.  Ni miss wong ker .. (nama hentam .. lupa dah nama dia..

Miss wong : Ya .. u sapa...  sapa nama..

Aku : saya org austin heights.. Nama Nz..

Miss wong : u ada mana? ??

Aku : Saya ada bawah sini

Miss wong : krik krik krik krik.. ( patut la senyap . Dia terus letak macam tu jer) 

Pastu aku dengan sharul pusing ke depan menara tu .. motor parking belakang .. Aku silap jalan dah sebenarnya tapi cakap kat sharul nanti senang na pusing balik... haahaha
Bagi jer lesen kat akak tu...

Sharul : sori yer budak saya silap semalam ...

Miss : Saya silap jugak tak baca nama dulu .. Saya tengok u punya budak pun bz itu time..  Ada itu olang tak bawa lesen mau masuk.. Itu ada kecoh sikit.. maybe itu pasal silap...

Miss :Itu time u baru tukar duty kan
( smbil tangan tunjuk kat aku) itu pasal ada bz..

Aku : bila masa pulak aku terbabit dalam kes ni. (cakap dlm hati smbil senyum simpul)

Sharul : Ye ke ..Sorry aaa miss..

Terus jalan pergi motor.  Sharul pandang aku ,aku pandang sharul... 

Sharul : Bila masa kau terbabit ini kes..

Aku : entah.

Sharul : aku rasa dia tengok ko macam pian la kot..

Aku :  (cakap dlam hati)mentang2 la badan kitorang sama macam teddybear.. aku jugak kena ..huhuhu

Terus naik motor nak balik ..Lalu celah2 bangunan tu.. Aku cakap kat sharul
Eh kat sini pun ada kedai ker...

Sharul: Ko nak minum tak??

Aku : boleh jugak .. (yess berjaya jugak melambatkan masa.. ckp dlm hati)
Minum2 pastu balik ..sampai balik jer dapat pulak karipap gajah ... 
Dari singapore.. Memang rezeki aku la... hahaaha

Tuesday, February 4, 2014

Sembelih ,lapah terus dijual..


Bismillah.. 

Selama tujuh tahun aku bermastautin di Johor Bahru ni.. 
Sangat payah nak jumpa daging lembu yang segar dijual di mana mana pasar di Jb ni.
Yang banyak dijual kat pasar sini daging sejuk beku.. Tu pun mushkil samaada
tu daging lembu atau daging kerbau.

Lepas tu dapat tahu di Pasar tani larkin ada jual daging segar .
Tapi oleh kerana hari pasar tani tu bercanggah dengan hari kerja aku .
                                                  Jadi tersangat payah la nk pergi.

Hari tu masa bercerita tentang daging lembu ni. 
Dapat info dari  kawan aku tu.. Nama dia Encik Tamil.
Katanya di Taman desa mutiara ada jual daging lembu fresh..
Yang baru sembelih lagi tu. Baru betul2 fresh kan.

Jadi hari ahad aritu aku pun pergi la mencari tempat yang dia cakap tu.
Pusing punya pusing.. Sesat 2 kali kot ..
Akhirnya jumpa jugak selepas tanya kat abang yang jual ayam dekat area kilang tu.

Rupanya dah dekat dah tadi .. Cuma sepatutnya belok ke kiri aku belok ke kanan.
Tu yang tak jumpa tu..
Rupanya terselit kat celah celah gerai kat sini.. Kalau tak intai memang tak jumpa la..

Memang rezeki la.. Setiap hari ahad jer ada jual kat sini.
Disembelih kat belakang tu haa.. Jual kat depan ni .. 
Dijamin segar la...

Kasut aku saiz 10

Bismillah...

Akhirnya aku beli jugak kasut lepas dapat rezeki tergolek dari majikan aku.. 

Jadi kasut yg dah berlobang kiri dan kanan tu dah secara rasminya menamatkan perkhidmatannya untuk aku.

Sebenarnya kasut baru ni bukan saiz aku pun.. Saiz aku tu saiz 8 jer.  Masa nak beli tu boleh pulak saiz dengan design yang aku nak tu dah sold out. 

Empat kedai dah aku jelajah.. Semua sold out.. Yang tinggal cuma yang ni jer. Jadi oleh kerana hari pun dah malam...

Sapu jer la... 

Monday, February 3, 2014

Ketika kita mengeluh "ALLAH BERKATA"

Utk perkongsian:

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat...

ALLAH menjawab:

( ﻭَﺟَﻌَﻠْﻨَﺎ ﻧَﻮْﻣَﻜُﻢْ ﺳُﺒَﺎﺗًﺎ )
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk
istirehat (An Naba' : 9)

Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup
rasanya aku..."

ALLAH menjawab :

( ﻟَﺎ ﻳُﻜَﻠِّﻒُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻧَﻔْﺴًﺎ ﺇِﻟَّﺎ ﻭُﺳْﻌَﻬَﺎ )
“ AKU tidak membebani seseorang,
melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa...

"ALLAH menjawab :

( ﺃَﻟَﺎ ﺑِﺬِﻛْﺮِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺗَﻄْﻤَﺌِﻦُّ ﺍﻟْﻘُﻠُﻮﺏُ )
“ Hanya dgn mengingatku hati akan
menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28)

Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab :

( ﻓَﻤَﻦْ ﻳَﻌْﻤَﻞْ ﻣِﺜْﻘَﺎﻝَ ﺫَﺭَّﺓٍ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻳَﺮَﻩُ )
"Siapa yg mengerjakan kebaikan
sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong
aku..."

ALLAH menjawab:

( ﻭَﻗَﺎﻝَ ﺭَﺑُّﻜُﻢُ ﺍﺩْﻋُﻮﻧِﻲ ﺃَﺳْﺘَﺠِﺐْ ﻟَﻜُﻢْ )
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU,
nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...

”ALLAH menjawab:

ِ ( ﻟَﺎ ﺗَﺤْﺰَﻥْ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻣَﻌَﻨَﺎ ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita,
sesungguhnya Allah beserta kita "
(At Taubah : 40)

Jgn byk mengeluh .
Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa...

Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^

Thursday, January 30, 2014

Ayat murah rezeki dan cepat kaya

Hari ni ada satu perkongsian dari rakan fb dari group amp .. 
Dia berkongsi doa murah rezeki yang diamalkan olehnya...
Jadi aku nak kongsi plak dengan semua kat blog ni... 
Bacaannya seperti kat bawah ni.

Inna haza lariz kuna malahu min nafad

Amalkan doa ini..

33 kali selepas tiap solat fardhu  waktu..

Insyallah beroleh 'sesuatu' dengan SYARAT!!
ISTIQAMAH..

Jadi selamat beramal...

Monday, January 27, 2014

Nota Pengurusan Jenazah

Tadi masa tengah online kat fb . Ternampak satu post dari rakan fb dari Group IMKK.
Dia nak share Nota tentang Pengurusan Jenazah...

Aku memang minat nak belajar tentang Bab yang ni..
 Lama dah .. Bila ada orang nak kongsi.
Bagai orang kebulur dihulur KFC la jawabnya kan.. 
Huh apa punya bidalan aku guna ni..
Nak buat macam mana kan. Hari ni dapat duit bonus .
Jadi teringin nak makan KFC tu..

Kan dah merepek dah.. Jadi dalam nota tu ada 10 bahagian. 

Dalam nota ni sarat dengan pelbagai tips, doa, langkah-langkah, dalil hadith dan ayat Al-Quran berkenaan:
1. Kewajipan pesakit
2. Menziarahi pesakit
3. Kewajipan keluarga jenazah
4. Menziarahi jenazah
5. Wasiat
6. Ghusl/mandi jenazah
7. Kafan jenazah
8. Solat jenazah
9. Pengebumian jenazah
10. Amalan bid'ah pengurusan jenazah

 Sekarang aku  tengah download fail Pdf Nota Pengurusan Jenazah ni.

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak Nota ni boleh email kat aku Disini atau add Fb aku DISINI dan pm mintak kat sana yer..


Semoga bermanfaat untuk kita semua..

Sunday, January 26, 2014

Penunggu Dapur RumahKu

Sudah 11 hari sejak aku pindah masuk rumah baru ni.
Keadaan baik baik saja.

Cuma bila masuk kat dapur selalu nampak Makhluk berbulu.
Setiap kali masuk dapur jer mesti nampak kat tepi dekat dengan dapur tu..
Duduk tercongok kat situ. Memerhati aku bila aku masuk kat dapur.

Hari ni aku dapat snap gambar makhluk tersebut..
Makhluk tu berbulu ,ada ekor yg panjang dan bergigi taring yang tajam...
Tengok gambar yang aku sempat rakam tadi..

Ni lah dia.. Nama dia dora.. Kenapa entah.. Setiap masa duduk kat dapur...

Friday, January 24, 2014

Doa Untuk Terus Miskin atau Tidak Ada Duit?


Ia salah satu sebab kenapa ramai
yang asalnya hidup susah dan terushidup atau orang yang terus hidup didalam tekanan kewangan adalah keranamereka mempunyai mentaliti miskinatau mentaliti sentiasa TIDAK ADA WANG!

Tak faham? Saya selalu sebut tentang hadis Nabi saw yang bermaksud antaranya ialah Tuhan mengikut sangkaan hambaNya.

Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan amalkan atau lakukan adalah menjadi DOA. Itu satu formula yang kita mesti fahami. Satu masa dulu saya tidak sedar atau perasaan betapa powerfulnya formula ini di dalam proses memperbaiki hidup dan kewangan saya.

Saya selalu sebut "Aku ni susah!", "Aku ni tak ada duit", sedangkan sebenarnya tidak mungkin kita tidak ada duit, kita mesti ada duit walau 10 sen.

Bermakna kita ada. Jika kita mahukan sesuatu, kita hentikan kata "Aku tidak ada duit!" atau "Aku tidak cukup duit!"......

Mungkin maksud kita adalah kita ingin beli sesuatu tetapi kita BELUM ADA bajet untuk membelinya tetapi bila saya faham yang apa yang saya fikir,
rasa, cakap dan buat adalah DOA,
saya mula menukar cara saya berfikir, emosi saya, kata-kata saya dan tindakan saya kepada ayat-ayat seperti

"Insha Allah rezeki aku ada untuk beli benda ni!", "Insha Allah duit aku ada. sedikit lagi Allah swt lorongkan lebih banyak sampai untuk aku buat ini ini ini!",

"Insha Allah bisnes aku makin meningkat, rezeki aku bertambah dan aku tahu DIA sedang aturkan lebih banyak rezeki untuk aku!".

Nampak simple tetapi ianya adalah
statement-statement luar biasa yang menjadi doa kepada kita.

Fahami perkara ini, rezeki dan
peluang keliling kita adalah sangat
banyak, cuma adakah MINDA kita,
ILMU kita, emosi kita, kata-kata kita
dan perbuatan kita sampai kepada
kapasiti yang mampu nampak atau
melihatnya dan kapasiti diri anda
mampu menerima rezeki yang lebih banyak?

Rezeki Allah swt adalah banyak keliling kita seumpama TNB
mampu suppy seberapa banyak
janakuasa elektrik ke rumah kita,
tetapi adalah kemampuan METER
ELEKTRIK DB Board di rumah kita
mampu TERIMA kapasiti elektrik yang lebih tinggi sedangkan ia hanya pada tahap SINGLE PHASE dan bukan THREE PHASE yang mampu terimaelektrik/ rezeki lebih besar?

Upgrade minda, emosi, kata-kata kita dan tindakan kita dengan ilmu dan tindakan yang lebih luar biasa serta positif, Insha Allah hasilnya
kehidupan dan kewangan kita juga
akan lebih positif.

Semua orang yang berjaya, sebelum mereka berjaya adalah mereka yang yakin dan menyakinkan diri yang mereka akan berjaya!

Tak faham tak apa tetapi ini adalah
salah satu sains kejayaan dalam
kewangan. Bila kita percaya dan yakin dengan kuasa Allah swt mampu merubah atau memperbaiki hidup atau kewangan kita, DIA akan tunjuk
jalan tetapi kita kena BERANI belajar dan bertindak! ILMU kuncinya, tindakan jalannya dan syurga matlamatnya.

Saya doakan kita semua
berjaya dunia akhirat! Ameen. #

Thursday, January 23, 2014

Nasi Ayam Medan Selera kg Melayu Majidee

Lepas hantar baby nana pergi sekolah semalam.. Ma ajak aku pergi beli nasi . 
Dia tanya aku nak makan ape.. Mula2 rasa macam nak makan nasi kat Kedai sedap Selalu.
Sampai sana dia tak bukak la pulak..

Pastu nak pergi beli ubat semput kat Klinik Universiti Puteri Wangsa tu.. Sekali klinik tu pun tk bukak jugak.
Terus la ke farmasi nak beli ubat bibir kering.. Sekali macam lipstik dah. Rm10.90 harga dia..
Fikir punya fikir punya fikir .. Terus terfikir pasal nasi ayam. Cakap kat ma . 
Nasi ayam jer mesti ma nak makan kat Medan Selera Kg Melayu Majidee .
Sedap katanya..

 Biasa kalau makan nasi ayam kat Medan Selera tu .. Gerai pilihana adalah kat Gerai D Johan.
Ma suka nasi ayam dia.. Tekak aku ni semua boleh telan.. huhuhu

Satu untuk aku dan satu untuk ma.. Air sejuk kosong jer.. Jimat la katakan..
Habis makan tapau untuk baby nana.. Dua bungkus... Satu utk dia dan satu untuk aku..
Hurrmmm macam mana la tak makin debab....

Tuesday, January 21, 2014

Bila Tiba Tahun Baru Cina

Nampak tak lampu lampu yang panjang tu.. Bila lampu2 tu menyala maknanya.
Tahun baru cina kurang seminggu lagi akan menjelma..
Dan waktu yang aku paling suka sekali..

Kenapa suka?? Mesti la .. Pertama Paycheck mesti akan berdouble double tambahan dengan 
Bonus, tambah lagi dengan sampul merah.. (Angpow la tu)
Memang masyuk la..  Tapi untuk tahun ni mesti lagi best sebab ada extra angpow dari 
pihak pengurusan.. Bertambah masyuk camni..

Benda pertama sekali aku nak beli adalah kasut  .. Sebab kasut aku dah exotic terlampau..
Jadi dengan duit terbang ni aku nak beli kasut.. Yang lain tu dua puluh peratus aku akan simpan utk fb ads .. Dan yang selebih nya bagi jer la kat ma aku tu..

Dan minggu depan akan start utk projek affiliate Formula 10 dan affiliate teknik Ninjutsu..

Insyallah semoga semua akan berjalan dengan lancar.. 

Baru aku tahu harganya

Bismillah...
Nampak tak kereta putih kat depan tu ..  Putih ker..
maaf la yer kalau gambar tu dah jadi kuning..
 Masa aku snap gambar ni jam menunjukkan pukul 4:12pagi

Dah dekat nak subuh dah wei..

Kenal ke tak kereta tu.. Itu kereta dari spesis toyota.
 Asal usul dari negara jepun..  Nama dia Camry..
Kereta ni aku dah terminat sebab bentuk dia yang nampak ekslusif.
Tapi cuma minat yang warna putih jer. Sebab yang kaler lain tak berkenan di hati..

Saje jer usha kat cermin tu.. Tengok roadtax dia...
Tertera kat situ Rm1820.. Kalau aku tak silap la..
 Punya la mahal .. Belum tambah insurans dia lagi tu..
Macam best jer nak pakai...
Hehehe... Tunggu la dalam bulan 9 nanti... Nak angkat satu..

Sama macam yg dalam gambar tu..Tapi bukan yang depan tu yer...
 Yang depan tu Amoi cantik yg punya tu...

Monday, January 20, 2014

Azam pertama 2014 yang tercapai

Dalam senarai azam aku untuk tahun 2014 ni ..
Hari tu aku ada cakap pasal nak beli motor skuter untuk
 mak aku hantar baby nana pergi sekolah..

Akhirnya selesai sudah azam yang tu...
Lulus permohonan kedua selepas permohonan pertama
 kena reject tanpa belas kasihan oleh AEON credit..

Tercapai dah impian ma aku nak naik motor skuter..
Jenama Yamaha,  jenis EGO S YM JET_FI berwarna biru..
Punya la panjang nama dia..


Alhamdulilah satu azam dah tercapai..Kongsi bayar dengan adik aku ni..
Lepas nak tumpukan utk azam yang lain pulak...

Oktober 2014 di Kota A Famosa Resort

Masa tengah melayan fikem ajiboy kat rumah.. Baby tanya aku ..
Bila nak pergi kat tempat yang terpapar dalam filem tu..

Aku tengok diorang berlakon kat A Famosa Resort tu..
Aku pun cakap la kat baby nana..
Lepas raya puasa kita pergi yer..
Boleh pulak mulut ni gatal nak cakap camtu..
Confirm dia akan tuntut janji aku tu..

Ni nampaknya kena la masuk kan dalam senarai 101 aku tu..
Insyaallah lepas raya nanti aku akan sampai kat sana ..

. huhuhu negeri sebelah jer pun kan..
So plannya adalah.. 4 hari 3 malam di KOTA A FAMOSA RESORT...  tungguuuuu....

Selesai masuk rumah baru..

Bismillah...

Lama jugak tak update blog ni... Sibuk dengan urusan pindah rumah...Cuti pun sampai terlebih sebab demam.. Penat sangat kot...

Akhirnya semua selesai.. Lepas ni akan mula kembali segala kerja marketing,affiliate dan dropship ..

Insyaallah kembali produktif dengan perniagaan online aku dan juga perancangan untuk membuka sebuah restoran...

Eh satu lagi lupa ni.. Dalam masa 3 hari lagi aku akan mulakan projek buat duit fiverr..

Semoga dipermudahkan segala urusan ... Aaminnn

Saturday, January 11, 2014

Nasi Goreng Masuk Ke Parit...

Bismillah..

Tengok tajuk entri yg ni .. Nasi masuk ke parit...

Mula mula aku pun confius jugak.. Menu terbaru ker... Aku pandang mak, mak pandang aku...  Kemudian kitorang gelak...

Ape dah baby nana ni.. Main sebut jer... Nasi goreng USA boleh tukar nama ke parit pulak... Macam2 idea dia ni.

Alhamdulillah.  Masalah rumah dah selesai.. Motor ego s hampir selesai.. Lepas ni nak fokus untuk misi 180 hari pulak...

Tak lupa jugak testing teknik STP pun akan bermula lepas siap pndah nanti..

Insyallah Rm20000 akan ada dalam tangan...

Thursday, January 2, 2014

Azam tahun 2014

Bismillah...

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang untuk meneruskan perjuangan di bumi allah pada tahun 2014 ni...

Jadi apabila bermulanya tahun yang baru,dah tentu kita ada azam kan... Jadi untuk tahun ni cuma 1 je azam tahun lepas yang akan disambung pada tahun ni...

Iaitu untuk beli rumah untuk ma aku.. Insyaallah tahun ni akan berjaya..

Untuk azam baru pada tahun 2014 ni ialah :-

1) Beli skuter Yamaha Ego S untuk ma aku (dalam proses)

2 ) Berhenti kerja dan buat perniagaan sendiri.

3) Beli Kereta  untuk ma.

Beli Modem dan line internet untuk ma.

4) Bagi duit belanja untuk ma minimum Rm 1500 sebulan (bersih)

5) Beli kereta untuk aku ( honda civic type R @ BMW 320i.

6) Buka restoran.

7) Gaji minimum aku Rm10000 sebulan (bersih).

8) Bulan jun 2014 balik sambut aidilfitri kat Kelantan...

Yang paling penting nak hapuskan semua hutang dan tambah aset ..

Insyallah...