Thursday, February 27, 2014

Perkara yang kita semua tahu tapi

[ BERDOSANYA KITA ]

Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang
remaja perempuan telah meninggal dunia
disebabkan taun.

Maka pada suatu hari bapanya
telah bermimpi berjumpa dengannya lalu
bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah
kepadaku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di
dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya.

Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita
mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya
pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat
solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran
kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia
dan seisinya."

�� Sesungguhnya remaja perempuan itu telah
berkata mengenai satu perkara yg sangat berat
untuk dihadapi (kita semua pasti akan
menghadapinya)u KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA
TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak
faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita
mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi"
sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh
Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan.
Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun
mengucapnya.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat
dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360
sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan).
Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak
melakukannya

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat
satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan
Allah SWT menjauhkan muka kita dari api
neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi
orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh
70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd
Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu
berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit

�� Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg
menyembahyangkan jenazah kemudian
menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga
jenazah selesai ditanam akan mendapat dua
qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari
berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi
(satu qirat adalah sebesar bukit uhud)

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa saham
membina masjid walau sebesar sarang burung
akan membuatkan Allah SWT membinakan
untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita
mengambil ringan dalam menyumbangkan
saham membina masjid

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong
ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya)
seperti orang berjihad di jalan Allah atau
seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg
berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada
orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca
alquran itu, satu huruf akan diganjari 10
kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan
seorang mukmin itu adalah berdirinya dia
bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan
manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para
sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail
sepanjang umur mereka walaupun sibuk
berjuang menyebarkan agama. Kita pula
memandang ringan akan qiamullaill.

�� Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati
itu bila bila masa akan tetapi kita seding
menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala

�� Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap
nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan
kita kepada ajal kita. Kematian bermakna
membawa pahala berjumpa Allah SWT.

�� Adakah pahala kita sudah cukup untuk
memberatkan timbangan kita?

�� Adakah pahala kita sudah cukup untuk
menghadapi hisab yang boleh memufliskan?

Berbahagialah kepada yg membacanya, faham
akannya dan bersegera mengamalkannya.

Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan
kpd yg menyebarkannya........

So, rasenya nak tunggu dan mengelak lagi ke??