Thursday, January 30, 2014

Ayat murah rezeki dan cepat kaya

Hari ni ada satu perkongsian dari rakan fb dari group amp .. 
Dia berkongsi doa murah rezeki yang diamalkan olehnya...
Jadi aku nak kongsi plak dengan semua kat blog ni... 
Bacaannya seperti kat bawah ni.

Inna haza lariz kuna malahu min nafad

Amalkan doa ini..

33 kali selepas tiap solat fardhu  waktu..

Insyallah beroleh 'sesuatu' dengan SYARAT!!
ISTIQAMAH..

Jadi selamat beramal...

Monday, January 27, 2014

Nota Pengurusan Jenazah

Tadi masa tengah online kat fb . Ternampak satu post dari rakan fb dari Group IMKK.
Dia nak share Nota tentang Pengurusan Jenazah...

Aku memang minat nak belajar tentang Bab yang ni..
 Lama dah .. Bila ada orang nak kongsi.
Bagai orang kebulur dihulur KFC la jawabnya kan.. 
Huh apa punya bidalan aku guna ni..
Nak buat macam mana kan. Hari ni dapat duit bonus .
Jadi teringin nak makan KFC tu..

Kan dah merepek dah.. Jadi dalam nota tu ada 10 bahagian. 

Dalam nota ni sarat dengan pelbagai tips, doa, langkah-langkah, dalil hadith dan ayat Al-Quran berkenaan:
1. Kewajipan pesakit
2. Menziarahi pesakit
3. Kewajipan keluarga jenazah
4. Menziarahi jenazah
5. Wasiat
6. Ghusl/mandi jenazah
7. Kafan jenazah
8. Solat jenazah
9. Pengebumian jenazah
10. Amalan bid'ah pengurusan jenazah

 Sekarang aku  tengah download fail Pdf Nota Pengurusan Jenazah ni.

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak Nota ni boleh email kat aku Disini atau add Fb aku DISINI dan pm mintak kat sana yer..


Semoga bermanfaat untuk kita semua..

Sunday, January 26, 2014

Penunggu Dapur RumahKu

Sudah 11 hari sejak aku pindah masuk rumah baru ni.
Keadaan baik baik saja.

Cuma bila masuk kat dapur selalu nampak Makhluk berbulu.
Setiap kali masuk dapur jer mesti nampak kat tepi dekat dengan dapur tu..
Duduk tercongok kat situ. Memerhati aku bila aku masuk kat dapur.

Hari ni aku dapat snap gambar makhluk tersebut..
Makhluk tu berbulu ,ada ekor yg panjang dan bergigi taring yang tajam...
Tengok gambar yang aku sempat rakam tadi..

Ni lah dia.. Nama dia dora.. Kenapa entah.. Setiap masa duduk kat dapur...

Friday, January 24, 2014

Doa Untuk Terus Miskin atau Tidak Ada Duit?


Ia salah satu sebab kenapa ramai
yang asalnya hidup susah dan terushidup atau orang yang terus hidup didalam tekanan kewangan adalah keranamereka mempunyai mentaliti miskinatau mentaliti sentiasa TIDAK ADA WANG!

Tak faham? Saya selalu sebut tentang hadis Nabi saw yang bermaksud antaranya ialah Tuhan mengikut sangkaan hambaNya.

Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan amalkan atau lakukan adalah menjadi DOA. Itu satu formula yang kita mesti fahami. Satu masa dulu saya tidak sedar atau perasaan betapa powerfulnya formula ini di dalam proses memperbaiki hidup dan kewangan saya.

Saya selalu sebut "Aku ni susah!", "Aku ni tak ada duit", sedangkan sebenarnya tidak mungkin kita tidak ada duit, kita mesti ada duit walau 10 sen.

Bermakna kita ada. Jika kita mahukan sesuatu, kita hentikan kata "Aku tidak ada duit!" atau "Aku tidak cukup duit!"......

Mungkin maksud kita adalah kita ingin beli sesuatu tetapi kita BELUM ADA bajet untuk membelinya tetapi bila saya faham yang apa yang saya fikir,
rasa, cakap dan buat adalah DOA,
saya mula menukar cara saya berfikir, emosi saya, kata-kata saya dan tindakan saya kepada ayat-ayat seperti

"Insha Allah rezeki aku ada untuk beli benda ni!", "Insha Allah duit aku ada. sedikit lagi Allah swt lorongkan lebih banyak sampai untuk aku buat ini ini ini!",

"Insha Allah bisnes aku makin meningkat, rezeki aku bertambah dan aku tahu DIA sedang aturkan lebih banyak rezeki untuk aku!".

Nampak simple tetapi ianya adalah
statement-statement luar biasa yang menjadi doa kepada kita.

Fahami perkara ini, rezeki dan
peluang keliling kita adalah sangat
banyak, cuma adakah MINDA kita,
ILMU kita, emosi kita, kata-kata kita
dan perbuatan kita sampai kepada
kapasiti yang mampu nampak atau
melihatnya dan kapasiti diri anda
mampu menerima rezeki yang lebih banyak?

Rezeki Allah swt adalah banyak keliling kita seumpama TNB
mampu suppy seberapa banyak
janakuasa elektrik ke rumah kita,
tetapi adalah kemampuan METER
ELEKTRIK DB Board di rumah kita
mampu TERIMA kapasiti elektrik yang lebih tinggi sedangkan ia hanya pada tahap SINGLE PHASE dan bukan THREE PHASE yang mampu terimaelektrik/ rezeki lebih besar?

Upgrade minda, emosi, kata-kata kita dan tindakan kita dengan ilmu dan tindakan yang lebih luar biasa serta positif, Insha Allah hasilnya
kehidupan dan kewangan kita juga
akan lebih positif.

Semua orang yang berjaya, sebelum mereka berjaya adalah mereka yang yakin dan menyakinkan diri yang mereka akan berjaya!

Tak faham tak apa tetapi ini adalah
salah satu sains kejayaan dalam
kewangan. Bila kita percaya dan yakin dengan kuasa Allah swt mampu merubah atau memperbaiki hidup atau kewangan kita, DIA akan tunjuk
jalan tetapi kita kena BERANI belajar dan bertindak! ILMU kuncinya, tindakan jalannya dan syurga matlamatnya.

Saya doakan kita semua
berjaya dunia akhirat! Ameen. #

Thursday, January 23, 2014

Nasi Ayam Medan Selera kg Melayu Majidee

Lepas hantar baby nana pergi sekolah semalam.. Ma ajak aku pergi beli nasi . 
Dia tanya aku nak makan ape.. Mula2 rasa macam nak makan nasi kat Kedai sedap Selalu.
Sampai sana dia tak bukak la pulak..

Pastu nak pergi beli ubat semput kat Klinik Universiti Puteri Wangsa tu.. Sekali klinik tu pun tk bukak jugak.
Terus la ke farmasi nak beli ubat bibir kering.. Sekali macam lipstik dah. Rm10.90 harga dia..
Fikir punya fikir punya fikir .. Terus terfikir pasal nasi ayam. Cakap kat ma . 
Nasi ayam jer mesti ma nak makan kat Medan Selera Kg Melayu Majidee .
Sedap katanya..

 Biasa kalau makan nasi ayam kat Medan Selera tu .. Gerai pilihana adalah kat Gerai D Johan.
Ma suka nasi ayam dia.. Tekak aku ni semua boleh telan.. huhuhu

Satu untuk aku dan satu untuk ma.. Air sejuk kosong jer.. Jimat la katakan..
Habis makan tapau untuk baby nana.. Dua bungkus... Satu utk dia dan satu untuk aku..
Hurrmmm macam mana la tak makin debab....

Tuesday, January 21, 2014

Bila Tiba Tahun Baru Cina

Nampak tak lampu lampu yang panjang tu.. Bila lampu2 tu menyala maknanya.
Tahun baru cina kurang seminggu lagi akan menjelma..
Dan waktu yang aku paling suka sekali..

Kenapa suka?? Mesti la .. Pertama Paycheck mesti akan berdouble double tambahan dengan 
Bonus, tambah lagi dengan sampul merah.. (Angpow la tu)
Memang masyuk la..  Tapi untuk tahun ni mesti lagi best sebab ada extra angpow dari 
pihak pengurusan.. Bertambah masyuk camni..

Benda pertama sekali aku nak beli adalah kasut  .. Sebab kasut aku dah exotic terlampau..
Jadi dengan duit terbang ni aku nak beli kasut.. Yang lain tu dua puluh peratus aku akan simpan utk fb ads .. Dan yang selebih nya bagi jer la kat ma aku tu..

Dan minggu depan akan start utk projek affiliate Formula 10 dan affiliate teknik Ninjutsu..

Insyallah semoga semua akan berjalan dengan lancar.. 

Baru aku tahu harganya

Bismillah...
Nampak tak kereta putih kat depan tu ..  Putih ker..
maaf la yer kalau gambar tu dah jadi kuning..
 Masa aku snap gambar ni jam menunjukkan pukul 4:12pagi

Dah dekat nak subuh dah wei..

Kenal ke tak kereta tu.. Itu kereta dari spesis toyota.
 Asal usul dari negara jepun..  Nama dia Camry..
Kereta ni aku dah terminat sebab bentuk dia yang nampak ekslusif.
Tapi cuma minat yang warna putih jer. Sebab yang kaler lain tak berkenan di hati..

Saje jer usha kat cermin tu.. Tengok roadtax dia...
Tertera kat situ Rm1820.. Kalau aku tak silap la..
 Punya la mahal .. Belum tambah insurans dia lagi tu..
Macam best jer nak pakai...
Hehehe... Tunggu la dalam bulan 9 nanti... Nak angkat satu..

Sama macam yg dalam gambar tu..Tapi bukan yang depan tu yer...
 Yang depan tu Amoi cantik yg punya tu...

Monday, January 20, 2014

Azam pertama 2014 yang tercapai

Dalam senarai azam aku untuk tahun 2014 ni ..
Hari tu aku ada cakap pasal nak beli motor skuter untuk
 mak aku hantar baby nana pergi sekolah..

Akhirnya selesai sudah azam yang tu...
Lulus permohonan kedua selepas permohonan pertama
 kena reject tanpa belas kasihan oleh AEON credit..

Tercapai dah impian ma aku nak naik motor skuter..
Jenama Yamaha,  jenis EGO S YM JET_FI berwarna biru..
Punya la panjang nama dia..


Alhamdulilah satu azam dah tercapai..Kongsi bayar dengan adik aku ni..
Lepas nak tumpukan utk azam yang lain pulak...

Oktober 2014 di Kota A Famosa Resort

Masa tengah melayan fikem ajiboy kat rumah.. Baby tanya aku ..
Bila nak pergi kat tempat yang terpapar dalam filem tu..

Aku tengok diorang berlakon kat A Famosa Resort tu..
Aku pun cakap la kat baby nana..
Lepas raya puasa kita pergi yer..
Boleh pulak mulut ni gatal nak cakap camtu..
Confirm dia akan tuntut janji aku tu..

Ni nampaknya kena la masuk kan dalam senarai 101 aku tu..
Insyaallah lepas raya nanti aku akan sampai kat sana ..

. huhuhu negeri sebelah jer pun kan..
So plannya adalah.. 4 hari 3 malam di KOTA A FAMOSA RESORT...  tungguuuuu....

Selesai masuk rumah baru..

Bismillah...

Lama jugak tak update blog ni... Sibuk dengan urusan pindah rumah...Cuti pun sampai terlebih sebab demam.. Penat sangat kot...

Akhirnya semua selesai.. Lepas ni akan mula kembali segala kerja marketing,affiliate dan dropship ..

Insyaallah kembali produktif dengan perniagaan online aku dan juga perancangan untuk membuka sebuah restoran...

Eh satu lagi lupa ni.. Dalam masa 3 hari lagi aku akan mulakan projek buat duit fiverr..

Semoga dipermudahkan segala urusan ... Aaminnn

Saturday, January 11, 2014

Nasi Goreng Masuk Ke Parit...

Bismillah..

Tengok tajuk entri yg ni .. Nasi masuk ke parit...

Mula mula aku pun confius jugak.. Menu terbaru ker... Aku pandang mak, mak pandang aku...  Kemudian kitorang gelak...

Ape dah baby nana ni.. Main sebut jer... Nasi goreng USA boleh tukar nama ke parit pulak... Macam2 idea dia ni.

Alhamdulillah.  Masalah rumah dah selesai.. Motor ego s hampir selesai.. Lepas ni nak fokus untuk misi 180 hari pulak...

Tak lupa jugak testing teknik STP pun akan bermula lepas siap pndah nanti..

Insyallah Rm20000 akan ada dalam tangan...

Thursday, January 2, 2014

Azam tahun 2014

Bismillah...

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang untuk meneruskan perjuangan di bumi allah pada tahun 2014 ni...

Jadi apabila bermulanya tahun yang baru,dah tentu kita ada azam kan... Jadi untuk tahun ni cuma 1 je azam tahun lepas yang akan disambung pada tahun ni...

Iaitu untuk beli rumah untuk ma aku.. Insyaallah tahun ni akan berjaya..

Untuk azam baru pada tahun 2014 ni ialah :-

1) Beli skuter Yamaha Ego S untuk ma aku (dalam proses)

2 ) Berhenti kerja dan buat perniagaan sendiri.

3) Beli Kereta  untuk ma.

Beli Modem dan line internet untuk ma.

4) Bagi duit belanja untuk ma minimum Rm 1500 sebulan (bersih)

5) Beli kereta untuk aku ( honda civic type R @ BMW 320i.

6) Buka restoran.

7) Gaji minimum aku Rm10000 sebulan (bersih).

8) Bulan jun 2014 balik sambut aidilfitri kat Kelantan...

Yang paling penting nak hapuskan semua hutang dan tambah aset ..

Insyallah...