Friday, January 22, 2016

Dugaan Beniaga ..

Bismillah..

Ujian dalam bisnes kata orang.. Disaat jualan sedang menaik .
Ada ujian yang datang .. Kali ini MPKJ datang lagi.

Dan kali ini dia datang dan angkut harta benda kami
Takde lah banyak sangat..
Ada la dalam 10 buah meja dan 50 biji kerusi .
Temasuk stall nasi lemak kami juga turut diangkut.
Tidak lupa juga... Sebiji tong gas turut menjadi mangsa.

Takpe . Biarlah.. Mereka hanya menjalankan tugas..

Bukan hendak menyalahkan sesiapa dalam hal ni..
Ini memang salah kami.. Berniaga dan menghidupkan kawasan yang mati tanpa pengunjung..
Berniaga di tapak parking yang kosong tidak digunakan pada waktu malam..

Ambillah . jalankan tugas kamu..'

Kami takkan mengalah.

Kata bapak rambo.. Never Give Up Till the end

Wednesday, January 6, 2016

KangKung Goreng Belacan , Masakan pertama aku.

Jutawan... Perkataan ni sebenarnya dah berlegar legar dalam kepala otak aku
sejak aku kecik lagi. Takde la kecik sangat .. Lebih kurang dari darjah 3 dan
membawak sehingga lah aku besar gedabak ni.

Masa mula mula aku berimpian nak jadi jutawan masa kecik kecik dulu.
Bermula semasa darjah 3.. Masa tu emak aku baru masuk kerja di Kilang
Kayu.. Dia kerja pagi hinggalah petang.. Dan seringkali jugak.
Dia melakukan kerja lebih masa sehingga lewat malam.

Aku dan adik perempuan aku tinggal di rumah berdua.
Rutin harian emak yang kerja dari pagi hingga ke malam
buat aku berfikir. Kesian kat emak.. Kerja pagi sampai malam.
Nak cari duit .Untuk belanja kami sekeluarga.

Aku masih ingat dia balik dalam keletihan,
Sesampai saja dia di rumah.. Terus cari periuk nasi.
Untuk masak makanan untuk kami sekeluarga.

Dah penat kerja . Balik kena masak untuk kami pulak.
Bertambah kesian aku kat emak..

Bermula dari hari tu.. Aku memberanikan diri.
Aku ambil buku resepi emak. Buku tu buku lama.
Segala resepi sangat simple ada dalam tu.
Macam buku resepi untuk makanan harian.

Hanya sekadar tulisan yang ada dalam tu.
Tiada gambar langsung.

Aku membelek belek buku tersebut.
Helaian demi helaian.

Akhinya mata aku tertangkap pada satu resepi.
Dan perasaan untuk mencuba memasak resepi tersebut sangat kuat.

Perlahan aku buka peti sejuk yang menyimpan barang barang untuk dimasak.
Kupilih satu demi satu bahan bahan seperti yang tercatat dalam buku resepi tersebut.

Resepi tersebut Adalah KangKung Goreng Belacan.

Ya.. Memang itu resepi pertama yang aku masak.
Ditumis perlahan lahan bawang merah dan bawang putih yang dah aku tumbuk.
bersama cili api dan belacan.

Percubaan pertama aku memasak..

Aku masukkan minyak dan kubiarkan panas..
Tetapi terlebih panas ..

Bila aku masukkkan bahan yang dah ditumbuk tadi..
Terus garing dan hangus. Aku tambah air. lalu aku masukkan
kicap. Kangkung dan garam sebagai perasa.

Dan aku kacau hingga kangkung menjadi layu dan lembik.
Bila aku rasa dah siap. Aku masukkan kedalam mangkuk.

Bila aku tilik tilik...
Rupanya seakan mengerikan.

Dengan bawang hangus, Kuah hitam dengan kicap
dan Kangkung yang layu dan lembik...

Aku ambil sudu dan masukan keatas nasi.
Perlahan aku suap masuk kemulut.
Bila masuk dan sentuh lidah..
Terasa bagai nak muntah.
Hangit dan pahit semacam .

Ternyata memasak Kangkung Belacan sungguh tidak mudah..

Nota : Mula mula nak cerita pasal jutawaan.. Entah Bagaimana terswitch cerita Kangkung belacan pulak..