Saturday, September 28, 2013

Luahan ibuku

Teringat lagi masa aku joging dengan ma kat Taman Tasik hari tu..
Aku nampak dia pandang jer rumah kat situ... Pastu dia ada cakap bila la nak boleh duduk kat rumah yang selesa macam tu..

Sebak aku dengar..
Aku janji... 3 tahun dari sekarang ma akan dapat apa yang ma nak...
Aku akan beli rumah mcam mana yang ma nak....

Ya allah kau panjangkanlah umur ibu bapaku....

Mana yang patut bayar dulu

Lagi dua hari dah nak mati roadtax motor aku ni... Nak bayar, roadtax ni dulu ke...

Rasanya ada benda2 lain yg tersangkut ..Macam bil air dan bil elektrik.. Dua tu jer dah cecah Rm500.. Bab bil air tu aku mushkil sikit .. bulan pertama Rm 40 jer kenapa bulan kedua tu sampai Rm90 ... Banyak sangat naiknya... Rasanya penggunaannya air setiap bulan sama jer ..

Pastu bil u mobile.. line dah kena potong. Baki dah tinggal Rm5 jer.. Tak guna pun dah.. Pastu tiba2 dapat call ada bil tertunggak Rm200 ape cer ni... Dah la indah khabar dari rupa... line laju la sangat kan... poyo je lebih...

Sekarang aku dah pening nak bayar yang mana dulu...
Rasanya semua penting kot...

Ya allah permudahkanlah aku dalam membuat keputusan...

Friday, September 27, 2013

Semoga Tabah ye Adik

Hari ni keluar di Akhbar2 utama, di media online tentang satu kemalagan berdekatan dengan sekolah kebangsaan kepong, Kalau tak silap aku la..Kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang ibu dan sebuah lori simen yang dipandu oleh seorang lelaki indonesia bertaraf penduduk tetap..

Kemalangan berlaku apabila motor yg ditunggang oleh ibu terbabit bergesel dengan lori simen tadi..Ibu terbabit maut kat situ juga.. Memang ngeri keadaan tersebut .. Ini gambaran aku mengikut pembacaan ruangan forum CARI tadi...

Yang buat aku sebak ialah anak ibu tadi berada di tempat kejadian dan lihat dengan mata kepala sendiri kemalangan tu.. Agak2 apa la perasaan seorang budak berumur 9 tahun bila tengok ibu kesayangan dalam keadaan sedemikian rupa.

Aku sendiri pun belum tentu boleh nak harungi keadaan tu.. Kesian sangat dengan adik tu.. Aku harap dia tabah harungi semua ni..

Sabar yer dik ...

Thursday, September 26, 2013

Ini banglo aku yg punya..

Nampak tak rumah tu.. Harga dia Rm4.5 juta... 4 tingkat, ada kolam renang.. Ada taman yg luas. 
Sesuai dengan impian aku..

AKU YAKIN AKU AKAN BELI RUMAH NI...

Cantik kan rumah ni...
Ini aku yang punya...
Insyallah

Nak makan tapi

Bismillah..
Hari ni hari khamis.. Hujan pagi ni.. Perut mula berkeroncong... padahal pagi tadi makan nasi,  lauk telur rebus dengan sambal bilis..

Tak sampai tengahari, perut dah bunyi macam2.. Online fb tengok macam2 lauk pulak tu.. Ditambah membe pulak beli lauk kari daging kambing...Makin bergelora bunyi perut ni...
Rasanya nak jer terus pergi kedai beli nasi tapi tapi tapi
.
Cer tengok dalam beg duit aku tu... Sekeping Rm5 tu untuk duit minyak.. yang Rm2 tu memang tak boleh guna... Jadi tahan je la segala nafsu makan tu...
Tunggu sampai balik nanti baru makan.. Alhamdulillah boleh lagi makan...

Ada orang 2,3 hari pon susah nak makan kan.   ....

Tuesday, September 24, 2013

Hari pertama coaching , hari ketiga jogging

Pagi tadi dah masuk hari ketiga aku dengan mak aku berjogging di Taman Tasik Pelangi indah..

Ini jogging secara rahsia.  Rahsia dari baby nana..Kalau dia tahu nak pergi jogging... Confirm dia taknak pergi sekolah punya..

Lepas balik jogging ma ajak pergi timbang berat badan.. yer la lepas lebih dua minggu dia diet atkins... pastu dah start joging.. mesti la nak tahu berapa penurunan berat badan tu kan....

Punya tertanjat boboy.. Ma punya berat sekarang dah 68.5kg dah.. Dalam belas kg jugak turun tu...

Aku pun timbang jugak..Dalam 70 kg berat aku... ok la tu kan rasanya sebelum ni berat aku dalam 85kg kot... Nak turun banyak memang tak la kan ...Aku hari kedua atkins dah gagal dah...

Takpe2 aku buat diet aku sendiri..lagi satu..aku dapat 1 ebook tentang diet..so nak cuba ebook tu...

Insyaallah ... aku kurus macam dulu balik..dulu pakai seluar saiz 30 jer..hheheehe

Alhamdulilah mudah dengan izin allah

Tentang yuran coaching tu.. alhamdulilah, allah bagi rezeki melalui mak aku..

Terima kasih ma, kerana menyokong anakmu ini...

Insyaallah berjaya dengan izin allah dan restu ibu..

Idea nak bayar yuran personal Coaching

Pasal nak online personal coaching utk biz affiliate tu..Nak yuran Rm 350.. Aku takde duit sekarang ni..

Ada idea dalam otak ni..Kan hari tu aku ada beli 36 ebook dengan lesen MMR.. Apa kata aku jual ebook tu.. 1 Rm30 ..dapat 10 orang dah ada Rm300 dalam tangan kan..

Ok nak cuba promot..Mana tahu ada rezeki allah nak bagi kat situ kan.

Insyallah..

Sunday, September 22, 2013

Nak online coaching biz affiliate

Tadi aku ada pm seorang fb ni..Aku tengok dia kencang jer buat affiliate..Ribu2 tu masyuk.. Tak sampai sebulan punya kerja dia buat tapi gaji macam 4 bulan gaji kerja aku tu...

Pm punya pm dia offer coaching dengan dia, wang pengeras dia Rm350 tu tapi ada jaminan return dalam 90 hari kalau tak capai target.

Masalah problemnya sekarang aku ada rm15 jer dalam beg duit ni... Macam mana nak bayar pengeras tu...

Aku dah setuju nk online coaching tapi aku minta masa 1 hari untuk ikhtiarkan ..

Friday, September 20, 2013

Kemalangan 5 kereta depan Austin Heights

Bismillah.
Ini cerita yang semalam sepatutnya..Oleh kerana semalam takde gambar jadi taknak la cerita.Katanya 5 buah kereta terlibat..  Ada 2 orang yang parah.. Kemalangan berlaku betul2 dekat jalan masuk tempat kerja aku..

Hari ni masuk kerja..Ada kawan tunjuk gambar yang di sempat snap semalam..
Cuma gambar selepas kejadian..Tinggal kereta jer..Mangsa dah dibawa ke hospital oleh ambulans yang di hubungi oleh kawan aku, abg jaafar nama dia...

Aku takde kat area ni sebab tengah sibuk bagi adik tecik dan mama dia makan....
Ni gambar2 yg aku bluetooth tadi.


Pesanan dari aku..Berhati2 di jalan raya... Ingatlah orang yang tersayang...
Ingatan untuk diri sendiri juga...

Adakah aku hensem

Bismillahirahmanirahim..

Betul ke aku ni hensem ea..Entah la..aku rasa aku biasa2 jer..sama jer macam orang lain... Ada mata,ada hidung...Sama jer.

Hari ni ada orang tanya buat macam mana nak bagi muka hensem macam aku...

Gelak je la yang boleh... Dah aku ori ok ..takde buat2 pun ok..Semua allah yang bagi...

Cuma ada part nak kena adjust... macam perut ni kena kasi 6pax ...1pax macam ni kena buang . .

Insyallah akan bertambah hensem dengan izin allah..

Alhamdulillah syukur ...

Thursday, September 19, 2013

Bakal pejabat yang aku idamkan

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
Antara impian dalam senarai 101 impian aku adalah aku nak ada sebuah pejabat sendiri yang beroperasi berdekatan dengan Austin Heights...

Kenapa???

Salah satu sebabnya adalah aku nak pejabat aku terletak berdekatan dengan rumah aku..
Rumah impian yang aku idamkan pula terletak di kawasan Austin Heights...

Sebab yang lain adalah aku nak pejabat aku terletak di kawasan yang popular...Kalau menurut firasat aku pula..kawasan austin heights bakal jadi kawasan yang terkenal ..Kat sini akan ada taman tema .seperti wetworld shah alam..

Ada kawasan golf, ada hotel...dan akan jadi tumpuan orang ...

Jadi kawasan pilihan aku untuk bakal pejabat aku Adalah austin Heights...
INSYALLAH...

Adik dan Ibunya menjamu selera


Lepas adik tecik buat muka 10 sen aku pun terus lah pergi beli makanan ni..Biasa kongsi duit dengan membe beli makanan ni.. Hari  ni membe takde la pulak . So aku beli la sendiri .Tapi guna duit mak aku dulu la, aku mana ada duit.. Nanti gaji ganti la balik kan... Hehehe

Tengah nak bagi makan tiba2 mak dia datang ,terus rampas bekas makanan tu..Terkulat kulat adik tecik tu..Tengok jer la mak dia makan.. Nak marah takut jadi anak derhaka pulak...

Oleh kerana si mama makan lama sangat , Aku pun bagi adik tecik mkan kat bawah.. Kesian dia  kelaparan..Tak lama lepas tu mama pon blah .. Saje jer dia ngacau anak dia..
Ish ish ish..Sungguh tak patut...




Muka 10sen budak kecik

Eh dia buat muka kesian minta makanan pulak... Yer la  jap lagi yer... Kesian budak kecik ni... Lapar la tu..
Aku bagi nama adik kat dia..Tapi member2 panggil dia Bedah... hahhaa.. Kekampungan pula nama dia... Cer la bagi yg moden sikit kan..Macam jolie ker..Angelina ker,...

Sabor yer adik tecik.. jap lagi brader bagi makanan...

Belajar lah bersyukur

Bismillahirahmanirahim..

Tadi masa aku tengah online dekat facebook.. Ternampak satu post ni .. Ada gambar sekeping surat yang ditujukan oleh seorang ibu  kepada guru kelas anak nya..

Dalam surat tu ,ibu terbabit memberitahu cikgu yang anaknya tidak boleh pergi ke sekolah kerana ketiadaan wang untuk wang belanja dan bayar tambang bas..Ibu terbabit juga memberitahu yang makan dirumah pun sekadar apa yang ada ,dan kadang2 makan tanpa ada lauk,..

 Keadaan keluarga diatas ni membuat aku tersentap.. Betapa beruntungnya aku dengan hidup aku sekarang.
Walaupun tak kaya, tapi sentiasa ada rezeki. Boleh makan lauk ape saja yang aku hendak.. Bila2 masa sahaja. Rasanya dari kecik sampai besar sekarang ni . Tak pernah lagi pergi sekolah tak ada duit. Sekurang 2,3 ringgit mesti ada dalam poket.. Itu untuk belanja sahaja.Duit tambang tu lain kira..

Tak pernah juga aku makan nasi kosong tanpa lauk .. Sentiasa ada lauk dan sentiasa berlebih lebih.. Itu rezeki yang allah kurniakan kepada aku.. Alhamdulillah , sekarang aku dah sedar betapa beruntungnya aku...


Jadi sekarang ni bila  kita terasa yang kita ni susah.. Fikirkanlah. Jika kita makan nasi dengan telur goreng .. masih ada yang makan nasi kosong sahaja.. Kalau kita makan  nasi dengan garam jer.. fikirkanlah.. Ada orang nak makan nasi seminggu sekali pun payah,...

Motif aku nak cerita kat sini.. Sentiasa lah bersyukur dengan ape yang kita ada . Walaupun sedikit.. Kerna ada orang lain terpaksa berebut untuk dapatkan yang sedikit tu..

Syukur alhamdulillah denga n rezekimu kepadaku Ya allah..

 

Wednesday, September 18, 2013

Mereka terselamat Hari Ini

Sepatutnya ada 12 ekor semuanya... Dalam gambar atas ni ada 8 ekor kucing jer kan.Yang 1 tu dah 2 minggu tak balik... Asyik merayap jer tau..Ape nak jadi pon tak tahu dah dengan yang 1 tu...Yang 1 lagi tu pemalu ,so dia taknak ambil  gambar.  Yang hitam tu yang paling tua..Yang lain ni semua anak dia.. Aku bela dari kecik lagi tau...


Ni dua ekor yang terbaru..Budak kecik yang tengah interframe ni bagi nama  kat kecik tu Upin dan Ipin..Mentang la dia minat upin dan ipin sekarang...Psssttt jangan tegur pasal gigi dia yang depan tu.. Baru je tanggal semalam....


Ok masuk cerita balik.. Hari batal mandikan kucing2 ni... Sebabnya aku tertido pagi tadi,.. Sampai lah ke pukul 1 petang baru sedar... Dah petang sangat.. Nak ke econsave kejap lagi nak beli ikan untuk geng bulus tu...

Lain kali je la mandikan diorang ...


Basmi kutu kucing dengan garam..

Bismillahirahmanirahim..

Hari ni aku cuti.. Dalam benak ni banyak benda yang berlegar nak diuruskan..

Antaranya adalah, nak kemas bilik aku yang dah tak serupa macam bilik tu.Sekali pandang dah macam stor jer ..Nampak tak kemalasan aku kat situ.. .

Lepas tu nak rendam kucing kucing aku dalam air garam pastu perap sekejap dan boleh lah masak ikut suka hati yer...Hahaha gurau sajer yer. Aku pencinta haiwan tapi pembenci kutu kucing...

Tengok dekat pakcik google semalam katanya kalau kucing banyak kutu caranya adalah ..

1) Mandikan..sabun dan sentalkan kucing anda selama 10 ke 20 minit dengan sabun khas untuk kucing...Jangan guna sabun daia pulak..Togel bulu kucing tu nanti...

2) Selepas siap disabun dan bilas.. siapkan air suam dicampur garam...Rendam kucing anda dalam tu... Lagi lama lagi bagus...

3) Bilas lagi kemudian biarkan kering secara semulajadi...bila dah hampir kering taburkan garam halus kat atas bulu kucing anda...

4) Siap dah...

Ok kalau mengikut perkiraan aku seekor kucing akan mengambil masa sejam.. kucing aku ada 12 ekor ..Jadi dalam pukul 10 malam nanti siap la tu...

Takpe saya ok jer..takut kucing tu taknak mandi jer....

Tuesday, September 17, 2013

Pahlawan Merah Menang

Bismillah

Menang pulok...Lega rasa hati yang dup dap dup dap ni... Kelantan menang 3-1 ..
Alhamdulilah... Kalau kalah tadi confirm kena perli dengan abg jaafar... Almaklum lah Jdt belasah Felda 5-2 kalau tak silap..

Ni sama2 menang takde peluang la nak perli aku...
Bangga la dengan Kelate team sekarang...


Kelantan tetap dihatiku..
Tiba2 plak kan...heehehehe

Kelantan Vs Terengganu , Aku berdebar

Malam ni game Kelantan VS Terengganu.. Diorang kerja main bola, aku pun kerja jugak ni..So tak dapat la nak layan bola dengan anak sedara aku tu..Kalau tak boleh la bertaruh dengan dia...
Sape kalah tak boleh tengok Spongebob squarepant esok...Hahaha...

Amacam ok tak ...
Dengar khabar angin dah 1-0 sekarang dan katanya gol sendiri lak tu...
 
Jangan percaya khabar angin sangat la yer...  Tunggu berita yang sahih lagi benar yer....'


Tunggu game habis meta lagi deh...
Opsss tubik kecek klate pulok....

Monday, September 16, 2013

Kenduri oh malas sudah nak taip

Sebenarnya ceritanya lagi panjang dari ni... Masuk kali ni dah kali ke4 aku tulis tau...
Dek kerana update guna android so asyik terpadam jer citer aku tu...

Dan kerana waktu aku update telah menjangkau 0023 pagi. So layan gambar jer laa.....Tak larat nak taip dah .....
Ni yang aku punya..selera sungguh makan dalam hujan ni... 

Atuk Mail dengan penuh nafsu santap ayam tua....Padahal  susah nak gigit..Almaklum lah.. Mata Blender dah takde kann..Heheeh

Pelamin untuk pengantin... Pengantin tak bersanding sebab hujan....

Selamat sampai dirumah denga Kriss Racing... Hujan lebat tu...

Alhamdulillah.. 

Sunday, September 15, 2013

Petua kembung perut

Pagi tadi lepas makan nasi lemak ..Perut rasa lain macam je..Kembung dan berangin..
Sape yg pernah kena tu mesti tahu macam mana rasa kam.. Sungguh tak selesa...

Biasa kalau rasa macam tu jer cepat2 telan dua sachet Gaviscon...Terus baik tak lama lepas tu.. Hari ni,sampai 4 sachet telan Gaviscon tu... Sama jer keadaan perut ni...

So aku pun cari pakcik google untuk mntak tolong...

Dapatlah dua petua..satu guna bawang putih, satu lagi guna limau nipis..

Caranya :-
Limau nipis tu buat air macam biasa..
Masuk air panas pastu masuk gula..kemudian masuk limau nipis ...

Bawang putih tu dihiris nipis2 lepas tu minum air rebusan tu....
Dua2 aku dah buat petang tadi...Memang ada kurang la...

Yang rasa kembung perut tu..sila lah cuba yer....

Ps: Biasa minum nescafe o jer dah ok...Bulan ni kehabisan stok pulak....

Saturday, September 14, 2013

Keputusan Pestabola Merdeka 2013

Keputusan pestabola merdeka 2013.Perlawanan Antara pasukan Malaysia VS Malaysia .
Pasukan Malaysia mendahului pada separuh masa dengan jaringan oleh Rozaimi ..

Penjaga Gol Malaysia   Idzham Tarmizi man dengan bagus sekali pada pandangan aku...

Aku yang tengok ni pun excited sangat2 tengok game malam ni.. Malaysia bertahan dengan jaringan 1-0 hingga minit ke 90...

Tapi tak sangka junior Edstal berjaya jugak dia masukkan gol masa2 minit2 tambahan tu...

Akhirnya keputusan 2-0 ..Malaysia berjaya menumbangkan Myammarr...

Yeaaa Menang...

Bola Pestabola Merdeka ... Myammar Vs Malaysia

Malam ni bola pestabola merdeka... Patut kena keja malam ni... So terpaksa menderhaka dengan in charge aku.. semata mata nak tengok bola ni..
Malaysia Vs Myammar..  Agak agak sape yang menang..Kita tunggu dan lihat lepas 90 minit lagi yer...


 Tunggu....

Bila la kaki bangku ni minat tengok bola entah....

Pasti menjadi milikku

Nampak tak dalam gambar tu ada 2 buah bmw ...Kalau sape2 nak tahu... Ni lah kereta idaman aku...Akan aku pastikan jadi milikku akhirnya
.
Pastu tengok rumah tu pulak...pasti aku beli dan hadiahkan kepada ma dan abah...n
Ini janji aku...Akan aku senangkan hidup mereka ...
Akan aku pastikan diorang dengan bangganya akan sebut ku anak yang hebat
...
Aku adalah JUTAWAN...

Kasut kerja

Kalau nak tahu ..inilah kasut yang telah berkhidmat hampir 2 tahun dengan aku...ni la keadaan dia sekarang...
Ramai yang suruh aku tukar jer... tapi bagi aku masih ok ...memang la dah berlubang tapi masih ok...
Tunggu la dapat bonus nanti baru tukar ok...
Buat masa skarang ni ...kau,masih dihatiku wahai kasut..
Rezeki ni..ada otai sponsor kasut ni dulu...

Anak Buaya depan sekolah kembali lagi

Selama ni kawan2 ada cakap yang kat dalam parit depa sekolah tu ada anak buaya... Mula2 macam tak percaya,tapi lepas tu nampak bayangan mula nak percaya sikit2 tapi dalam hati masih lagi fikir mugkin anak biawak kot..

Tak lama lepas tu ada orang majlis perbandaran datang buat perbersihan dekat parit tu.. Lepas tu terus tak nampak kelibat anak buaya tu.. Kawan2 yang pergi tengok pun semua kata dah tak nampak...

Lepas tujuh ke lapan bulan dah tak dengar cerita pasal anak buaya tu... Semalam timbul balik cerita tu..Katanya ada yang nampak anak buaya tu tengah berjemur kat atas pasir dekat parit tu...

Hari ni aku pun rasa nak pergi skodeng anak buaya tu.. Nak tengok betul ke anak buaya tu kembali lagi...

Inilah gambar yang berjaya dirakam.. Memang terbukti anak buaya sudah kembali... ..


Nampak ke tak ni... kalau tak nampak cer zoom pic tu...tengok penghujug atas pasir tu dekat dengan air..... mesti ada punya...


Mungkin tempat kerja baru

Nampak tak bangunan yang tinggi tu.. Itulah kemungkinan akan jadi tempat kerja aku yang baru..
Masih belum pasti lagi... semua atas kehendak allah...

Pengertian rezeki.

Baru hari ni aku perasan yang selama ni aku tak pernah tahu nak bersyukur dengan apa yang aku ada.  Selalu sangat nak mengeluh, tak puas hati tentang itu dan ini...

Terasa macam diri aku ni macam tkde ape2... Macam lah nasib aku ni tersangat teruk..

Padahal aku tak sedar berapa banyak nikmat yang allah dah bagi kat aku... Aku tak perasan semua tu...Sibuk sangat nak fikirkan tentang hal2 yang negatif, tentang kekurangan, tentang keburukan diri sendiri...

Sekarang persepsi aku dah berubah. Aku tahu dan rasai tentang nikmat yang allah beri ...Contohnya :-

Dulu aku fikir aku selalu takde rezeki,padahal allah dah bagi macam2 rezeki untuk aku.Pada fikiran aku rezeki adalah duit...

Sekarang aku dah faham rezeki bukan hanya duit.tapi macam2 benda lain contohnya makanan,minuman,udara yang aku hirup, kesihatan,ilmu, kenderaan dan macam2 benda lain...

Aku faham semua ni setelah aku baca buku Mudahnya Menjemput rezeki..

Sekarang aku bersyukur dengan semua benda dan perkara yang aku dapat...

Itu rezeki.. Alhamdulilah..