Tuesday, February 4, 2014

Sembelih ,lapah terus dijual..


Bismillah.. 

Selama tujuh tahun aku bermastautin di Johor Bahru ni.. 
Sangat payah nak jumpa daging lembu yang segar dijual di mana mana pasar di Jb ni.
Yang banyak dijual kat pasar sini daging sejuk beku.. Tu pun mushkil samaada
tu daging lembu atau daging kerbau.

Lepas tu dapat tahu di Pasar tani larkin ada jual daging segar .
Tapi oleh kerana hari pasar tani tu bercanggah dengan hari kerja aku .
                                                  Jadi tersangat payah la nk pergi.

Hari tu masa bercerita tentang daging lembu ni. 
Dapat info dari  kawan aku tu.. Nama dia Encik Tamil.
Katanya di Taman desa mutiara ada jual daging lembu fresh..
Yang baru sembelih lagi tu. Baru betul2 fresh kan.

Jadi hari ahad aritu aku pun pergi la mencari tempat yang dia cakap tu.
Pusing punya pusing.. Sesat 2 kali kot ..
Akhirnya jumpa jugak selepas tanya kat abang yang jual ayam dekat area kilang tu.

Rupanya dah dekat dah tadi .. Cuma sepatutnya belok ke kiri aku belok ke kanan.
Tu yang tak jumpa tu..
Rupanya terselit kat celah celah gerai kat sini.. Kalau tak intai memang tak jumpa la..

Memang rezeki la.. Setiap hari ahad jer ada jual kat sini.
Disembelih kat belakang tu haa.. Jual kat depan ni .. 
Dijamin segar la...

Kasut aku saiz 10

Bismillah...

Akhirnya aku beli jugak kasut lepas dapat rezeki tergolek dari majikan aku.. 

Jadi kasut yg dah berlobang kiri dan kanan tu dah secara rasminya menamatkan perkhidmatannya untuk aku.

Sebenarnya kasut baru ni bukan saiz aku pun.. Saiz aku tu saiz 8 jer.  Masa nak beli tu boleh pulak saiz dengan design yang aku nak tu dah sold out. 

Empat kedai dah aku jelajah.. Semua sold out.. Yang tinggal cuma yang ni jer. Jadi oleh kerana hari pun dah malam...

Sapu jer la...