Thursday, October 31, 2013

Berangan sekejap di Tasik dot dot dot

Bismillah...
Berhenti sebentar dari buat kerja..Cuci dan rehatkan mata sekejap.
Alhamdulillah syukur dengan nikmat melihat yang dikurniakan allah swt...

Macam best jer cuaca hari ni.. Redup dan berangin..Kalau lari buat marathon keliling tasik ni pon ok jugk kan...

Hurm memang tak ar.. Tak larat nak berlari... Apa kata kalau buat kuak lentang kat tasik ni...
Eh lupa belum pandai lagi.. Baru belajar kuak rama rama jer ni..
lain kali jer la ..

Duduk jer la kat pondok tu... Boleh bayang macam duk kat tepi Danau Toba sambil nyanyi lagu Tegar...
Eehem eehem ehemmm...Cubaan suara...

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang dulu dulu dulu dulu...

adehh sekali lupa lirik la pulakkk... Hurmmm

 Hurmm Baru nak asah bakat terpendam... Nyanyi sikit terus hujan plak,... Macam mana nak masuk akademi fantasia ni...

Eh ! Tiba tiba ada pengikut

Bismillah...

Aku tiba tiba terkejut masa buka blog ni semalam... Tiba2 ada pengikut plak blog ni...  Datang dari celah mana pengikut ni. Aku tak pernah promosi pon blog ni.. jauh sekali nak cari pengikut... Tiba2 jer muncul.

Pelik ni.. Mana datang mereka  ni.. Aku pun biar jer la..Pening ,pelik bin ajaib... sambil garu2 kepala terus tertido...

Bangun jer keluar bilik.. Jumpa mak aku... Lepas tu baru la tahu ..Rupa rupanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekali mak aku yang blogwalking blog aku ni rupanya...
Patut la tiba tiba ada pengikut...

Wednesday, October 30, 2013

Aku ,papahero dan kucing jalanan

Bismillah...

Dari jam 1 tadi sampai la ke jam 4.44 pagi ni....Air mata terasa macam nak mengalir deras membaca kisah perjuangan papahero dan kisah penderitaan haiwan jalanan yang terseksa ...

Aku kagum sangat dengan perjuangan dan pengorbanan papahero dan keluarga serta kawan2 yang lain ..Aku yang memang suka sangat dengan haiwan pun mungkin tak sehebat mereka...

Entry terakhir yang baca kat blog kakimotong tadi adalah tentang sumbangan yang diterima dari seseorang untuk bulus bulus papahero...

Sebenarnya aku memang dah lama berfikir... Dan aku berazam aku akan menjadi penyumbang untuk pertubuhan pencinta haiwan terutama skali pertubuhan hero....

Menyumbang sedaya termampu... Insyaallah dengan rezeki kurniaan allah pada aku .. Akan aku infakkan pada yang sepatutnya...

Insyallah aku nak lawat kakimotong cat village satu hari nanti....

Ps/: Mesti 16 ekor bulus kat rumah tak sabar tunggu aku.. Nak sarapan...

Tuesday, October 29, 2013

Tuah ayam nampak di kaki Tuah Nabil dapat Kondo Sejuta

Bismillah...

Tahniah aku ucapkan pada Nabil.. Nabil mana.. Nabil raja lawak tu la...

Khabarnya dia dapat kondominium free... Satu juta katanya....

Camni cerita dia... Nabil katanya pergi melihat kondominum kat kawasan mana entah... Tak ingat plak... Dia berminat nak beli lepas tu jumpa pihak pemaju.. Bincang pasal rumah tu .. Pihak pemaju plak offer nak bagi rumah kat nabil  sebagai ganti nabil jadi duta dia setahubn..  Ok la kan kan...

Tuah ayam nampak kat kaki tuah Si Nabil dapat Kondo Satu juta...

Ps:/  Aku dah order banglo empat tingkat kat bukit Austin tu... Tinggal tunggu pemaju offer jadi Duta jer... Hikhikhik

Rahsia Ku Terbongkar

Bismillah..

Akhirnya tak dapat lagi nak sorok sorok rahsia aku.. Rahsia jiwa, dan raga,  cehh  macam la rahsia sangat kan...

Kalau pecah rahsia mana letak harta karun macam yang diorang kata ada kat bawah kubu yang ada kat Tamilnadu sana tu len la citer kan.. Sape jumpa memang kaya raya 18 keturunan... Tapi belum jumpa baru nak korek tu pun dah berebut rebut dah... Skarang ni tak tahu la dah korek ke belum....

Eh ape sampai kat Tamilnadu lak citer aku ni kaannnn...Tiba tiba teringat berita kosmo hari tu...

Sebenarnya nak citer ni ..Mak aku kata dia dah baca entry menyayat hati dan menikam sanubari dalam blog ni...  Hahaha macam yer yer jer aku... Abis la .. Tak boleh dah nak privacy kisah silam dan masa depan aku  ..Sume mak aku baca... Tu la sape suruh tunjuk kat dia blog ni kan ....

Ps /: Kalau nak privacy tulis surat pastu bubuh dalam botol pastu tanam dalam tanah sedalam tujuh kaki... Eh macam kubur la plak ....

Sah Atau Tidak Solat Subuh tanpa Doa Qunut

Bismillah..

Entah macam mana masa solat subuh  tadi boleh terlupa nak baca doa Qunut..

Sebab pernah dengar UAI kata sah solat Subuh maka aku teruskan solat sampai habis...

Lepas habis solat rasa khuatir plak..Jadi aku pun google la tentang Solat Subuh tanpa Doa qunut..

Ini jawapan yang aku dapat..

Hukum melakukan qunut
Subuh ni sebenarnya?

Sebenarnya memang ada perbezaan mengikut pendapat ulama yang berlainan.

Tapi kita jangan pening-pening,
disebabkan kita mengikut Mazhab Syafie
maka hukumnya adalah SUNAT
MUAKKAD (sunat yang dituntut/disuruh).

Maksudnya, sebaik-sebaiknya kita
lakukan. Jika terlupa atau sengaja
meninggalkan qunut, solat Subuh tadi
tetap SAH. Tapi selepas tu sunat kita
melakukan Sujud Sahwi.

Kalau tak buat
jugak Sujud Sahwi? Takpe, solat tetap sah sebab hukum asal melakukan qunut adalah sunat.

Jadi terjawab la sudah... Dengan besar hatinya... Sah Solat aku tadi... Alhamdulillah...

Tapi lain kali jangan lupa abg Nz yer...

10 Tahun Lagi Masihkah Aku Begini

Bismillah..
Saat aku menekan keyboard utk menulis entry ni, jam menunjukkan 4:28 pagi...Mata masih lagi cerah.. Takde tanda tanda mengantuk..

Otak ligat berfikir tentang masa depan... Apa yang aku akan jadi pada 10 tahun akan datang... Masih lagi begini atau akan tercapai segala impian...
Semua bermain dalam fikiran selepas aku menelusuri medan maya dan melihat laman sosial kawan kawan sekolah rendah aku dulu..

Ramai antara mereka dah berjaya.. Cik Z contohnya.. aku dapat tahu yang dia dah berjaya jadi seorang peguam dan sekarang berada di kota london.. Mungkin sedang menyambung pelajarannya... Kali terakhir aku jumpa dia masa sama sama belajar memandu dulu..Kalau tk silap mungkin 5 ke 6 tahun yang lepas.. Sebelum dia masuk ke Universiti...

Dia dah berjaya sekarang dan aku masih mencari...

Nazirul pula antara orang pandai dalam kelas aku dulu dan juga merupakan antara sahabat karib aku... Melalui facebooknya aku tahu yang dia dah pun berumahtangga... Dia ada menjemput Ku ke majlisnya tapi aku segan kerana aku masih begini...

Ramai lagi yang payah untuk ku sebutkan nama mereka.. Bagi ku mereka adalah sahabatku..Walaupun aku telah pupus dari ingatan mereka..

Melihat mereka berjaya dengan kehidupan mereka, aku gembira untuk mereka .

Terkadang bila aku tringat kenalan 2 lama  aku untuk mencari tahu hal hal mereka.

Impian bergelar jutawan harus digapai tak kira apa halangan , apa jua rintangan..
Terkesan aku dengan kata Tun Mahathir Mohamad ..

Ingin berjaya harus melanggar tembok . Jatuh bangun lagi.. Langgar berkali kali hingga antara satunya pecah.. Sama ada tembok ataupun Kepala pecah...Jangan Pernah mengalah..

Yang benar
Sg Zailisyam asri

Monday, October 28, 2013

Apabila Mereka Bersantai


Tu diaa aih berguling guling semua dia ,Seronok benar diorang bersantai kan..

Punya la excited si Labu ni.. Sampai panjat pagar dia yer... Jaga sikit yer pagar tu dah reput.. Kang masuk berita muka depan kang.. Tajuknya Si Labu Kucing tersepit bawah Pagar.. hehehe

 
 Yang ni plak dengan kucing pun dia nak dengki.. Kucing panjat pagar dia pun nak panjat jugak, Ganas betul Baby  Nana Ni Kaannn..


Akhirnya berjaya jugak sampai ker puncak.. Bergaya sambil berangan berjaya panjat Gunung Everest la tu Kaannn...

Tak sampai 10 minit diorang bersantai... Tu dia aih,,.. 

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aynie angkat kain HUJAN, JEMURAN dah turun...

Semua berlari macam Usain Bolt masuk dalam rumah... 

Kesian baru nak santai santai..

Cuba Lagi di lain hari yer...



Saturday, October 26, 2013

The Red Warrior ke Final

Bismillah..

Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak TRW melangkah masuk final...

Semalam punya la nerves tengok game Kelate vs atm semalam... Separuh masa pertama dah gol 2 - 0..  Sampai minit ke 80 sama jer gol tu..Pastu hodak masukkan Masukkan Fakri Saarani , terus dia sumbat gol , tiga minit lepas tu piya pulak jaring gol...

Yeaa menang jugak akhirnya.. Boleh jugak tengok Trw kat final... tpi rasanya macam tk boleh tengok kot...

Rasanya memang tak boleh..Kena keeja la pulak....

Friday, October 25, 2013

Nota semangat dari coach Bahar

Nasihat untuk anak muda:

Biarlah, jika anda masih muda yang
belum punya apa-apa

Biarlah, bila anda diperlekeh dengan
idea kecil dan usaha kecil dengan
kurang pengalaman.

Biarlah, jika cinta anda di tolak kerana
anda tidak bekerja dan hanya berniaga
kecil-kecilan.

Biarlah, jika anda dimarah berkali-kali
walaupun bukan salah anda
kadangkalanya sebab hanya yang
marah anda itu bos anda.

Kerjalah dengan kuat, teruskan usaha
dan jangan pandang belakang. Bila
anda siap semuanya , bila anda sudah
berkereta ferari, bila anda sudah lulus
degree nya, bila anda sudah punya
syarikat sendiri

Mereka semua akan mula memandang
anda dan mengenal anda.

Sentap aku dengan kata kata coach...

Insyallah.. Aku akan buktikan pada semua... Aku yang dulu bukanlah yang masa depan...

Maaf ya adik tegar.. Abg Nz tukar tajuk sikit..HeheheHe.. :-)

Separuh Akhir Kedua PIALA MALAYSIA .. Kelantan VS ATM



Bismillah..

Hari ni  er silap silap... Malam ni akan bermula aksi separuh akhir kedua piala MALAYSIA WATSON ... Pertembungan antara Team Aku iaitu tak lain dan tak bukan Kelantan The Red Warrior menentang ATM THE GLADIATOR di Stadium keramat kat kelantan.. Ape entah nama stadium tu.. Harap maklum yer.. Aku ni memang orang kelantan.. Lahir pun kat Hospital Kota Bharu... Tapi aku membesar di Klang Selangor OK..., Sebab tu tak tahu nama Stadium tu... Hehehe..

Jangan maroh deh adik kakok belako...

Hehehe..Nasib baik lagi sekali malam ni ada siaran langsung kat RTM 1 .. Terima kasih yer RTM1...Kalau tak terpaksa la aku menapak ke kedai mamak lagi malam ni... Jimat duit kawe... huhuhu..\\

Harap TRW kita menang la yer...

Gomo kelate Gomo..

Eh lupa lak.. tadi terbaca kat Metro Jurulatih ATM kata Misi mustahil nak menang kat Kota Bharu tu,..Ape ni belum bertempur dah mengaku kalah punya statement dah keluar ke... Ish ish ish... Sifu aku cakap.. Ape yang kita buat ,ape yang kita rasa dan apa yang kita Fikir adalah DOA..

Jadi nampaknya Jurulatih dah berdoa sesuatu yang tak bagus ni,,,..

Kita tengok jer la malam nanti yer... Ape yang akan jadi.. Kita Tunggu dan lihat...

Insyallah TRW MENANG BESAR....

EH Jap2 ada lagi.. Terbaca kat metro jugak tadi.. Ada yang pengsan masa nak beli tiket kat Sarawak.. Punya la berebut sampai ada yang panjat tembok.. Punya la fanatik.. Jangan kata sarawak jer.. Kelantan pon sama jer.. Tak caya cuba tengok gambar bawah tu.. Apo nak jadi sep kito ni..



 Foto Menarik
 kredit gambar kat mymetro

Pesan aku : abang2 akak2 pakcik2 .. Minat tu minat jugak .. Keselamatan kena jaga ok...






Thursday, October 24, 2013

Budak penghantar amuk tikam mati 2 orang di Kuala Lumpur

Masa tengah online tadi tiba2 ternampak status Abg Ben Ashaari ... Ada kes amuk dan bunuh kat Kuala Lumpur pagi tadi...

Dalam hati aku plak... Betul ke ni.. Apa lagi terus cek kat kosmo online ..Takde plak kisah tu.. Lepas tu cek pulak kat Mstar online...

Ada la .. Katanya seorang penghantar barang yang sedang menghantar barang tiba 2 telah menikam tuan kedai tersebut ,pembantu kedai tersebut turut ditikam...Kemudian lelaki tu naik van tadi dan terus melarikan diri lalu terlanggar dua buah kereta .Kedua lelaki turut ditikam.. Terus maut ditempat kejadian..

KorangPenat la taip guna hp ni.. Nak tahu citer lengkap klik sini...


Takziah untuk mangsa2 .

Program cuti2 tahun 2014 Nz

Bismillah..

Pagi tadi aku ternampak satu gambar tentang Cameron Highland.. Ramai yang selalu posting pic cuti2 diorang kat fb.. Yang selalu sangat post.. Cameron highland...

Nampak macam best jer .Kata orang tempat tu sejuk.. Ada strawberi segar... Dan macam2 lagi..
Aku teringin sangat nak sampai sana.. Ya allah kau tunaikanlah hasrat hati aku. Kau makbulkan lah aku utk pergi ke cameron highland bersama mak, adik ,nana dan pakcik hassan... Ya allah kau tunaikan lah... Aminn..

 Pelik kan aku ni sebut tempat lain tapi letak gambar tempat lain. Sebenarnya ni pun salah satu impian aku .. Nak Ke Eiffel Tower ni.. Hehehehe

Insyallah tahun depan aku akan buat program cuti 2  aku ... Tempat pertama Langkawi...  sebab ma nak sangat g sana kan.. Tempat kedua aku nak g Cameron highlnd... Insyaallah...

Monday, October 21, 2013

Petunjuk jutawan dlm masa 3 tahun.

Bismillah...

Malam tadi masa melawat bloga abang Firdaus...Aku baca la entry dia pasal perjumpaan dengan 13 jutawan dari bisnes shaklee... Aku yang baca ni rsa excited semacam jer...

Yer la average tiga thun jer..Dah jadi jutawan... Macam doa2 aku tu..Nk jadi jutawan dalam masa 3 tahun dari sekarang...

Aku rasa macam nak join geng shaklee ni .. Modal dia pun takde la besar sangat...

Ok.. nanti aku cari info lagi pasal jadi pengedar shaklee ni...

Macam ada petunjuk dari allah ... Jutawan dalam masa 3 tahun...

Insyallah...Aminnn...

Sunday, October 20, 2013

Keajaiban 101 list...

Bismillah...

Alhamdulillah...Memang keajaiban terjadi... Selepas aku tulis jer dalam senarai 101 tu..Terus aku berubah...

Dari seorang yang lalai dalam hal hal solat ni.. Terus aku jadi seorang yang tekun dalam menunaikan solat...

Alhamdulilah semua dengan izin allah... Insyaallah banyak lagi benda dalam senarai 101 aku tu... Semoga allah makbulkan...

Aminnn...

Saturday, October 19, 2013

Teknik Syiling haram diguna.

Bismilllah..
Ni ada lagi satu sistem kalau nak simpan duit... Caranya gunakan duit syiling...Sapa nak tahu sistem ni..
.
SILA ANGKAT TANGAN PASTU SENYUM KAT CERMIN DULU...

Ok dah buat apa saya cakap tu... Bagus.... ni cara dia... Mula mula anda pergi cari botol yang lutsinar... Tak kesah la botol ape pun... botol mineral pon boleh...

Buatkan satu lubang yang muat2 untk masukkan syiling 50sen... ..
Lepas tu cari salotip... salotipkan bahagian penutup anda tadi..

Lepastu cari duit syiling masukkan kat botol tu... Letakk
an kat tempat yg senang anda nampak ok...

Yang last ni wajib ikut ok... Setiap kali pergi kedai sila jangan gunakan duit syiling.. Gunakan duit kertas setiap kali nak buat pembayaran... Duit baki tadi yg syiling tu.... Balik dan masukkan dalam botol yang dah buat tdi tu...Buat macam tu jer... Confirm setiap bulan lima puluh ke seratus ringgit boleh kita simpan tau... Dah penuh botol tu.. Tukar syiling tu jadi duit kertas lepas tu guna Teknik simpan lupa plak...

Dah jadi ribu2 duit tu nanti boleh la buat beli banglo...
Selamat mencuba...

Sistem simpan duit lepas tu lupakan...

Bismillah...

Sistem simpan lupa untuk jadi jutawan...Ape tu dan macam mana???

Hari tu ada terbaca dekat ruangan irfan khairi kat Metro tu.... Kalau nak cepat kaya kena buat sistem simpan pastu lupakan duit tu... Bukan lupa kat mana simpan ok... menggagau nak cari balik lepas tu....

Motif dia macam ni la dari pengamatan aku... Setiap bulan kita ambil dan simpan sebahagian duit yang kita dapat tu kat 1 akaun yg berlainan... Nak lagi best masuk kat akaun asb... Setiap bulan kita simpan dan hujung tahun nanti dapat dividen dia pun lupakan jugak... Buat macam duit tu tkde..supaya duit tu akan membiak kat situ... ..

macam ok jer cara ni kan... Ok nanti aku nak guna sistem ni...

Game belum habis, Aku menang dulu

Bismillah.

Semalam game  Kelantan vs ATM.. Punya la semangat aku nak tengok game tu... Dalam hati kata Kelantan dah menang lepas Piya jaringkan gol tu... Lima minit lepas tu ATM plak yg Goll.. Sampai la habis separuh masa pertama tu..

Lepas tu.. hurm... Aku yang menang dulu.. Terus terlelap sampai pagi ..Heehheeheh... sedar2 dah pukul 4.30 pagi... Terus ambil wudhu solat tahajud ..Lepas tu baru la buka Kosmo Online.. Alhamdulillah... Menang jugak Kelantan... Hehehe... Kan dah kata tkkan jadi lauk ...

Kita Tunggu game kat Kota Bharu plak nanti...  

Friday, October 18, 2013

ATM VS KELANTAN..

Bismillah,..

Malam ni ada satu lagi perlawanan antara Kelantan VS ATM... Sama sama hebat dua2 pasukan ni...\
Nasib baik la aku kerja siang hari ni kan.. Dan nasib baik jugak ada LiVE di RTM1...
Kalau tk terpaksa menapak ke mamak lagi aku..

Ramai kat tempat kerja duk buat provokasi kat aku ..Katanya kelantan bakal jadi lauk ATM malam ni..
Hahahaha. ada aku kesah... Insyaallah menang malam ni..

Kita tungggu dan lihat jer la kan.,

Hari jumaat dan Misi tahun 2014

Bismillah...

Hari ni hari jumaat ,alhmdulilah syukur... Dapat lagi aku bertemu dengan penghulu sgla hari ni...

Masih lagi tak dapat nak pergi menunaikan solat sunat jumaat macam dulu2.. Terpaksa tak pergi sebab kena kerja.. Kerja macam aku ni memang kena ikut time..nak pergi solat jumaat pun kena ikut turn...

Insyallah ni tahun terakhir aku kerja pak guard ni... Tahun depan aku akan start keja sendiri... Aku nak mulakan empayar perniagaan aku sendiri...

Yang pasti tahun depan aku takkan tinggal solat jumaat dan solat dhuha... Insyaallah...
Aku wajib jadi jutawan thn depan...Aku ada misi yang harus disempurnakan....

Thursday, October 17, 2013

Aku ma dan tomyam

Bismillah..

Time tengah tunggu nak balik kerja ni... Tiba2 terbau macam bau tomyam.... Teringat dulu ,masa aku form 2,3,4 dulu..Kalau time petang2 macam ni aku mesti call ma sebelum dia balik kerja... Wajib aku pesan tomyam dan seangkatan dengannya...

aku call jer mesti ma beli.. Tak pernah dia tk beli ape yg aku mintak tu... Aku tak pernah tnya pun dia ada duit ke tak.. Yang aku tahu cuma mintak... Sekarang, bila dah cari duit sendiri ni ,baru la nak terfikir pasal... Tapi tkpe.. sekarang aku dah keja dan ma dah duk rumah... Jadi mak yg minta apa je yg dia nak kat aku... Insyaallah aku akan bagi segla apa yg dma mintak t...

Wednesday, October 16, 2013

Hari Raya Haji Tahun 2013

Bismillah..
Semalam hari sraya  haji .. Masih lagi di Johor Bahru... Ok ni ceritanya ok..
Macam tahun lepas..Tahun ni aku dapat lagi peluang untuk join majlis keorban di Masjid An Najah Taman Daya...


Kalau tahun lepas aku join dengan Dollah.. Thun ni lagi seronok sebab aku bawak ma ,pak Hassan dan Baby Nana sekali...  Yer la kan aku ada kereta dah ...Hehehe...





Dapat la 2 kg daging korban tu..Alhamdulillah..syukur dengan rezeki allah semalam...Dapat makan mee Goreng.. Nasi lauk ayam gulai... Ada juga sup tulang macam tahun lepas tapi tahun ni tak dapat rasa...
Mak macam seronok jer smalam... Part yang paling best ..Pisau yang aku bawak path masa lapah kulit lembu tu... Yer la tu jer la pisau yang ada kat rumah... Nasib la ma tengok sendiri huhuhu..Kalau tak ..Jenuh nak menjawab....

Semalam memang best..Baru la ada rasa macam raya sikit..Kalau tak duk memerap jer dalam bilik...Petang pergi kerja..

Insyaallah tahun depan aku pulak nak korban 2 ekor lembu .. Amin...

Monday, October 14, 2013

Lawatan ke ZOO JOHOR kali ke 5

Rasanya ni dah kali ke berapa pun aku tak tahu .. Ni semua si Baby Nana punya pasal lani... Suke sangat masuk zoo ni rasanya monyer2 kat Zoo tu dah kenal Muka aku kot...Malas cakap banyak dah.. Jom tengok gambar dalam zoo ni...








Sunday, October 13, 2013

Ma Terliur, Adik Belanja..

Bismillah...

Pagi tadi lepas aku solat subuh ma ada cakap, dia terliur nak makan nasi lemak kat tempat aku bawa dia makan hari tu.. Kali ni dia cakap dia dah cakap kat adik aku, nak adik aku belanja katanya...Adik plak cakap tunggu hari  isnin baru nak pergi...

Then aku cakap la baik per gi hari ni jer. Takut kalau pergi hari isnin diorang tak bukak pulak .. Kan selasa tu Hari raya Korban dah.. Mana tahu kot diorang cuti ker kaannn...

Selepas aku cakap cmtu terus ma kejut adik.. Ajak dia pergi masa tu jugak... Sampai sampai kat sana.. Terus tukar plak menu dia.. Mula mula kata nak makan Nasi lemak.. dah sampai dia ambil nasi putih lauk daging dengan Ikan tongkol plak..



 Aku plak ingat nak makan tapi tak jadi sebab nak bungkus lauk bawak balik boleh la aku melantak banyak sikit kan.. Kat situ aku cuma minum Teh ais jer la.. Pastu curi2 makan ayam upin ipin baby nana tu... Sedap OOO...

Kenyang Alhamdulillah... Pastu dengar ma cakap esok nak makan nasi lauk ikan bakar kat Jb tu pulak... Adik belanja lagi..Hahahaha... Mintak2 la buka kedai tu esok... Amin

Saturday, October 12, 2013

Aku online kembali

Bismillah..
Akhirnya dapat juga aku online balik lepas tiga hari aku tak online... lama sangat rasanya macam dah tiga tahun plak....

Alhamdulillah hari ni aku dapat online balik lepas dapat keluarka. duit dari advertiser.... Duit iklan advertiser tu ada la dalam Rm45  campur dengan duit baki gaji hari tu Rm10 .. Licin dah duit dalam bank akuu... eh silap bukan bank aku...Akaun bank aku ...Baru betul kan....

Dapat la topup Rm50... Boleh online selama sebulan ni.. Banyak benda nak kena kejar ni... Aku nak dapat  10,000 ringgit untuk ma sebelum bulan november ni...
Insyaallah boleh dengan izin allah...

Monday, October 7, 2013

Kisah semalam,hari ini dan seterusnya

Bismillah..

Alhamdulilah.. TRW menang malam tu..  Menang dengan jaringan 6-1  ... Takziah juga kepada penjaga gol utama JDT atas kematian anaknya...
Tak sia2 lah aku tengok bola dari dlam kereta malam tu...

Hari ni ada 2 berita.. 1 berita baik dan 1 berita kurang baik... Pertama selepas hampir seminggu takde ic akhirnya dah buat dah ic baru hari ni... Nasib baik la abg Ramli tu bagi pinjam duit... Tapi masa kat Jpn tadi baru aku tahu..dah 2 kali rupanya ic aku ni hilang.. Jadi oleh kerana dah dua kali hilang aku kena denda Rm200 .. Tapi sebab boleh buat rayuan dpat la diskaun Rm50 ..ok la tu kan...Alhamdullilah...

Berita yang kedua ialah.. Malam ni line untuk internet aku ni akan tamat pada jam 12 malam ni... Jadi aku akan berehat dari dunia maya ni buat seketika... Mungkin sampai semua masalah kewangan yg ada ni selesai dulu.. Atau mungkin kita ikut masa dan keadaan macam mana... 

Ya allah kau permudahkan segala urusanku, jauhkan aku dari bala.. limpahkanlah rahmat dan rezeki mu padaku...aminnnn

Ya allah.. bantulah aku untuk dpat Rm satu juta dalam masa setahun..Aminnn

Saturday, October 5, 2013

Penentuan Separuh akhir JDT VS TRW

Bismillah..[


Malam ni malam penentuan antara jdt dengan trw.. mintak2 la ada secara langsung kat RTM 1.. Kalau kat astro lagi terpaksa la aku menapak lagi kat kedai mamak macam minggu lepas...

Tak best tu tengok kat sana.. Aku tengok gol jer.. Kena sorak dalam hati... Hurm nak wat mcam mana kan dah aku dduk negeri Johor sekarang...   Sabor jer la...

GOMO KELATE GOMO...

Insyallah menang...

Omg icku hilang part2

Bismillah..

Balik jer rumah malam tu dalam fikiran aku macam nak biar jer sampai bulan depan. Mak pulak  cakap guna jer la duit yang ada untuk buat ic lepas tu untuk makan tu.. Kita makan jer la yang mana ada..Aku ok jer. tapi kesian kat baby nana tu..

Esoknya sampai kat tempat kerja , aku terfikir pasal pak hassan. Kan dia nak keluar duit epf dia.. Aku pun cuba2 la call dia.. Then dia cakap ok.. Tapi kena tunggu sebulan jugak...Sama jer la macam tu kan.. Pilihan kedua pinjaman bersyarat dengan abg ramli..

Alhamdulillah , dia bagi aku pinjam Rm100 dengan syarat yang aku tetapkan... Syaratnya aku pinjam bulan ni tapi bayar bulan 1 Tahun depan.. Nasib baik dia ok jer.. dan aku dapat tahu jugak... Ada 2 cuti umum yg aku akan dapat utk bulan ni.. Alhamdulillah.. dapat la cover bil2 yang tertunggak tu.. Rasa macam hari isnin ni nak bayar cukai jalan motor aku tu.. tapi guna duit ma dulu.. Terima Kasih ma, Terima Kasih ya allah... alhamdulilah ,...

OMG ICku Hilang Sudah

Bismillah,,.. Dua hari lepas.. masa dalam perjalanan nak ke aeon Tebrau City untuk bayar segala hutang piutang .. Seluk poket, lepas tu keluarkan dompet nak ambik Ic aku, Korek korek tak jumpa2 ... Ah Sudah.. macam mana ni..

Dengar kata orang kalau nak buat ic sebab hilang akan kena denda Rm100.. Aku lepas bayar semua hutang2 ni ,.Lepas tu beli barang dapur cuma tinggal Rm0.00 jer yang boleh aku guna.. Guano kiro ni.. Nak wak ic baru macam mana ni kan..

Entah kenapa.. time tu takde rasa macam stress ker atau rasa macam nak terjun dari tingkat 4 bangunan aeon tu ker.. Tak tahu kenapa .. rasa macam tenang jer.. aku cool plak tu.. Macam mr cool.. Terus bayar hutang pastu beli barang dapur. Lepas tu baby nana ajak makan nasi Tomyam.. Macam biasa la baby nana kalau dah keluar memang tak sah kalau tak makan kat luar..

Balik fikir2 macam mana nak buat yer.. Hurm memang tkde cara lain dah.. Biar jer la sampai bulan depan.. Tunggu...

Aku tak pernah tahu tentang ni..


Ye ker dia bangga cakap macam tu.. Macam tak percaya jer kan... Tapi takkan ma fiza nak bohong plak kan.. Hurm... Ok Aku percaya .. Tambah semangat la macam   ni.. Insyallah Mercedes e250  warna hitam akan menyusul nanti... AMINNN

Impian Jutawan dalam 3 tahun bermula...

Bismillah.. Hari  ni genap seminggu aku tak update blog ni... Gara2 sistem ketahanan badan dalam keadaan kritikal atau dalam erti kata lain DEMAM..Macam2 yang berlaku dalam seminggu ni.

Ada yang menusuk hingga ke kalbu, Ada yang menghiris jantung hati..
Walau apa pun yang berlaku.. Hidup mesti diteruskan , Tekad Harus kuat, Semangat mesti terus menyala. Demi satu Impian, satu cita2, Satu matlamat... Dan ia tak lain dan tak bukan ....

Harus dan Wajib bagi aku untuk mencapai tahap JUTAWAN sebelum berumur 30 tahun.. Lebih tepat lagi.. Aku wajib dapatkan status JUTAWAN dalam masa 3 Tahun dari sekarang....

Insyallah... Amin....