Friday, December 16, 2016

Happy Birthday To me 2016

I think
It's still not to late for me to wish for myself..

Happy birthday To Myself Noor Zailisyam Noor Asri.
yeayyyyy..........
Wah semakin tua dah ni. Ehee

 Dan untuk kesekian kalinya masih menyambut ulang tahun kelahiran seorang diri.
Sebab jodoh yang di cari masih tak tahu dimana.

Nak kesiankan diri sendiri ke nak gelakkan diri sendiri .
Beta pun tak pasti sebenarnya.

Takde benda sangat pun nak cerita .
Sebab benda yang sama jer..

tunggu sampai 12 tgh malam. Nak tahu ada orang wish ke tak..
Dan macam biasa la. Takde pun. Lagi sekali malu sorang2 la kita.

Tapi bukan takde orang langsung yang wish ok..

Ada lah yang wish. hurm cuma beberapa orang .
Tak lain tak bukan My mummy. Thanks mom.

Beberapa orang kawan yang dikenali secara fizikal.
Maksud aku bukan wish hb dari kawan fb yang wish sebab kesian.

Antaranya  My sis Fida Damia yang cun . Lynn  yang cantik , Aini yang manis2 gula..hahaha
Eh!!! ini jer rupanya
Tadi sebelum taip macam ramai jer yang nak ditaip.
Rupanya 3 orang jer.. Sedihhhh. hahaha.

Ok Ok , lupa seorang lagi pakcik Hamzi ku.
Satu satunya dari 23+++ bapak saudara yang aku ada.
sebenanya tak ingat ni ada berapa orang pakcik.
Yang tahu cuma ada seorang jer makcik..

Takpe takpe husnuzon ..
Diorang semua busy fikirkan masalah ekonomi.

Hurmm ada sorang lagi..
Bakal mak mentua tak jadi 5 tahun lalu.
Mummy Lela yang di Jb sana.
Thanks mummy. Tahniah dah dapat menantu.

Penat dah fikir.. !!
Itu la sahaja yang ada..
Apa apa pun terima kasih semua.

Sayang Awak Awak semua..

Lupa pasal hadiah ni..

Ada la  dua tiga hadiah.

3 helai baju .
1 helai sweater.
1 hp jenama xiaomi.
1 nasi goreng kampung.

Dan semuanya aku bayar sendiri. Ok la kan.
hehehe bukan hadiah, Just reward myself.

Ingat nak hadiahkan pakej percutian cameron highland seminggu.
Sayangnya tak boleh cuti.
Boss2 besar pakat ambil cuti time birthday aku.. Haru sungguh.
Berhari jadi kat pasar borong aku. kesian lahai.

Ingat ada yang nak bagi HACKS tahun ni.
Takde la pulak.

Hurm HACKS. ( Hanya Aku Cinta Kau Seorang )

Lebih Sudah ni. Itu jer la kisahnya.
 Tq to Fb Bg Hadiah Video Orang wish yang tk kenal sape tu.

Tunggu Kisah Hari Jadi Tahun Depan Pulak.
Jika Umurku Masih Dipanjang Tuhan.
In shaa allah. Assalamulaikum.

Sape Yang Baca ni.. Jawab salam ok.
 Senyum Sikit.