Wednesday, February 19, 2014

10 sebab Perlukah aku nak Jeles bila

Perlukah aku nak jeles BILA?


1) Orang ada motor besar dan aku cuma pakai kapcai? : Tak sebab kapcai aku cuma guna Rm3 sehari.  Motor besar mana cukup.. Kurang2 nak.Rm10. Baik buat makan duit tu.
(nak buat macam mana mak aku tak bagi beli.. katanya aku bawak mcm pelesit)

2) Orang pakai kereta BMW aku cuma pakai Proton? : Tak sebab syukur aku ada kereta dah. Org lain tu kete sorong pun tkde .

3) Orang lain duduk rumah 3 tingkat harga sejuta. Aku cuma duduk rumah sewa setingkat jer? Tak. Sebab rumah aku 1 jam dah siap kemas dah. Rumah besar tu 1 hari pun belum tentu siap kemas.. Boleh patah pinggang ooo..

4) Orang lain tak payah susah bagi kucing makan. Aku kena siapkan 3 kali makan dia sehari? Tak. Sebab bagi makan haiwan tu kan kira sedekah jugak.. Kurang2 dapat jugak doa dari kucing tu kan..

5) Orang lain ramai kawan. Aku boleh dikira dengan jari? Tak pun.. Belum tentu kawan yg ramai tu ada time susah.. Last2 family jugak dicari.

6) Orang lain ada aweks. Aku takde aweks? Tak jugak.. Boleh jugak jauhkan diri dari dosa tanpa sedar.. Bukan muhrim tu.. Kang terpegang tangan ape cer...

7) Orang lain ada hp mahal2.  Aku guna hp Rebat Rm50 jer bayar? Mestilah tak.. Katakanlah hp mahal ribu2 tu jatuh.. hah meleleh airmata nanti kan.. Kalau aku punya jatuh.. nangis jugak woo.. ni jer yg aku ada..

8) Orang lain hari2 boleh makan pizza.  Aku cuma hentam nasi jer hari?Tak. Sebab aku hentam nasi jer dah macam tong . Agaknya kalau hari2 mkn pizza mau kena beli seluar baru setiap minggu nanti..

9) Orang lain boleh minum coke, f&n ,redbull hari2?. aku cuma minum air kosong dgn teh o jer.?Tak. Kurang2 aku ada kaki bila kaki diorang kena potong sbb kencing manis nanti.

10) Bila orang lain mkn tomyam hari2. Aku cuma ada lauk telur ayam jer?
MAU tak jeles.  Aku kan gila tomyam semenjak dalam perut lagi.. Kang aku tumbuk jugak orang makan tomyam tk ajak aku tu..

Akhir kata..
Majulah sukan untuk bangladesh...
Adehh bhaiya.. mana plak menyampuk ni..
.

Bila Erra Fazira bercerai, TRW menang bola

Tu dia aih.. sana sini semua dok sebok bercerita pasal Erra Fazira. 
Dalam fb,dalam twitter, dalam media semasa, dalam blog,
termasuklah dalam blog aku ni haa kan..

Bukan nak kata apa la.. Kenapa la nak disebokkan sangat
dengan hal2 peribadi orang tu.

 Adalah tu sebab musabab semua benda ni terjadi.
 Tak payah la kita pulak kita nak korek sana sini .
 Buat dosa kering jer..

Baik doakan yang baik2 jer.  Kena ingat satu perkara.
Semua yang berlaku dah ditentukan olehnya.
Kita hanya mampu merancang dan hanya dia lah yang menentukan..

Jadi ape kena Erra dengan Trw ni.. hahaha..
 Takde kena mengena pun sebenarnya..

 Saje nak bagitahu. TRW menang lawan PKNS tadi.
Jadi tunggu la TRW Lawan Felda pulak nanti..

Apo pulak aku yg excited terlebih ni
Main bola pun tk pandai ni...Cehhhh

Jom imbas Kembali ke tahun 2005

Malam ni aku nak kembali semula ke masa yang lalu.
Kalau waktu sekarang ni bukan tahun 2014 tapi tahun 2005
 pada jam 0200 pagi.

Apa yang sedang aku lakukan pada waktu ini..!!!
Mungkin aku sedang tido la agaknya.. Eh bukan ok..
 Mungkin aku sedang melepak sambil melalak lalak
di simpang jalan nun di Fasa 3 Kampung Pendamar sana..
Bersama member yg sama kepala gila .Antaranya
Si sapuan, Hairil anuar@yeye, si rompong, Adib, Atan.
Huh tak ingat dah aku nama2 diorang yang selebihnya tu..

Atau mungkin aku sedang berpusing pusing naik motor Honda C70
 yang bapak aku beli utk aku pergi sekolah tu la kot..
 Dan Penunggangnya tak lain semestinya si sapuan tu..
Aku jadi pembonceng jer pun..

Kebiasaannya kitorang merempit tanpa hala tuju dan
 kitorang takde lesen lagi ok.. Nasib la tak pernah kena
 tahan dengan bapak polisi.

Atau mungkin jugak aku tengah bergayut .. Bukan bergayut kat pokok la.
Tu beruk nama dia.. Bergayut dengan aweks skola Rz@Raja Zarina tu..
Raja zarina tu sekolah budak pompuan jer...

Aku bergayut dengan Si FR la. Sepupu kepada kawan adik aku. 
Tiap2 malam tu calling2 . Cuma sebagai teman tapi mesra je la ok..
Ahaks... Tak pernah couple pun.. Sebab aku malu .. Sengal betul la
aku masa tu.. Malu tapi mahu..  ahhh poyo betul statement aku ni kannn hahaha..

Memang poyo pun.. FR tanya aku nak couple dgn dia tak..
Aku bole buat bodoh jer.. Last2 aku letak telefon terus...
Eh tapi esok call lagi... Penah sekali dia ajak aku teman pergi dia
pergi perpustakaan kat klang tu.. Eh aku boleh menggigil tu..
Seminggu aku tak jawab dia call..

Kalau malam ni adalah tahun 2005.. Memang semua perkara yang
diatas tu aku tengah buat..

Tetapi sekarang ni tahun 2014 . Jadi aku tengah melaksanakan tugas.. Boring ni. Aku jer yang terang mata.. Partner aku yang dua orang depan aku ni dah lentok dah..
Nasib la tk meleleh air liur tu.. hahahaha...

Alamak termengumpat la pulak... astagfirullah..tak patut la aku ni..

Haaa ada satu lagi.. Mungkin aku tengah test moto C70 aku kat jalan belakang tu....
Kebiasaannya motor aku tu paling last sampai garisan penamat..  Aku kan rempit yg berhemah.. hihihi