Friday, December 16, 2016

Happy Birthday To me 2016

I think
It's still not to late for me to wish for myself..

Happy birthday To Myself Noor Zailisyam Noor Asri.
yeayyyyy..........
Wah semakin tua dah ni. Ehee

 Dan untuk kesekian kalinya masih menyambut ulang tahun kelahiran seorang diri.
Sebab jodoh yang di cari masih tak tahu dimana.

Nak kesiankan diri sendiri ke nak gelakkan diri sendiri .
Beta pun tak pasti sebenarnya.

Takde benda sangat pun nak cerita .
Sebab benda yang sama jer..

tunggu sampai 12 tgh malam. Nak tahu ada orang wish ke tak..
Dan macam biasa la. Takde pun. Lagi sekali malu sorang2 la kita.

Tapi bukan takde orang langsung yang wish ok..

Ada lah yang wish. hurm cuma beberapa orang .
Tak lain tak bukan My mummy. Thanks mom.

Beberapa orang kawan yang dikenali secara fizikal.
Maksud aku bukan wish hb dari kawan fb yang wish sebab kesian.

Antaranya  My sis Fida Damia yang cun . Lynn  yang cantik , Aini yang manis2 gula..hahaha
Eh!!! ini jer rupanya
Tadi sebelum taip macam ramai jer yang nak ditaip.
Rupanya 3 orang jer.. Sedihhhh. hahaha.

Ok Ok , lupa seorang lagi pakcik Hamzi ku.
Satu satunya dari 23+++ bapak saudara yang aku ada.
sebenanya tak ingat ni ada berapa orang pakcik.
Yang tahu cuma ada seorang jer makcik..

Takpe takpe husnuzon ..
Diorang semua busy fikirkan masalah ekonomi.

Hurmm ada sorang lagi..
Bakal mak mentua tak jadi 5 tahun lalu.
Mummy Lela yang di Jb sana.
Thanks mummy. Tahniah dah dapat menantu.

Penat dah fikir.. !!
Itu la sahaja yang ada..
Apa apa pun terima kasih semua.

Sayang Awak Awak semua..

Lupa pasal hadiah ni..

Ada la  dua tiga hadiah.

3 helai baju .
1 helai sweater.
1 hp jenama xiaomi.
1 nasi goreng kampung.

Dan semuanya aku bayar sendiri. Ok la kan.
hehehe bukan hadiah, Just reward myself.

Ingat nak hadiahkan pakej percutian cameron highland seminggu.
Sayangnya tak boleh cuti.
Boss2 besar pakat ambil cuti time birthday aku.. Haru sungguh.
Berhari jadi kat pasar borong aku. kesian lahai.

Ingat ada yang nak bagi HACKS tahun ni.
Takde la pulak.

Hurm HACKS. ( Hanya Aku Cinta Kau Seorang )

Lebih Sudah ni. Itu jer la kisahnya.
 Tq to Fb Bg Hadiah Video Orang wish yang tk kenal sape tu.

Tunggu Kisah Hari Jadi Tahun Depan Pulak.
Jika Umurku Masih Dipanjang Tuhan.
In shaa allah. Assalamulaikum.

Sape Yang Baca ni.. Jawab salam ok.
 Senyum Sikit.

Wednesday, August 17, 2016

Sate daging cicah kicap

Ini kali pertama aku dengar..  Eh silap silap..  Bukan kali pertama.. 
Tentang sate yang makan dengan kuah kacang berkicap.

Rasanya kali pertama aku tahu tentang sate kicap ni adalah dari tuan arus..
Ini kali pertama aku rasa..  

Boleh tahan la rasanya..  Cuma daging agak liat..  Jika daging lebih lembut aku rasa pasti habis semua aku telan.

Nice one..  Selepas ni misi nak cari sate cicah kicap mana yang  paling sedap.

Friday, July 15, 2016

Bila dah nak mati.

Bismillah...

Baru semalam aku duk baca di fesbuk..
Luahan kawan kawan, teman rapat dan para kenalan seorang remaja lelaki yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..

Serius aku tak pernah kenal dia..  Tapi bila aku baca post2 yang diorang tuliskan untuk that guy.  Serius beb..  Ramai orang yg syg dia..  Betapa beruntungnya dia..

Hari ni dari pagi aku duk cerita pasal mati. Ada yang ingatkan aku pasal mati pagi pagi tadi..

Kemudian dekat dekat tengah hari anak sedara aku si baby msg..

Katanya dia mimpi aku mati.. Dan aku sentap.  Weii dua tiga orang duk ingat kan aku pasal maut hari ni..

Sungguh dalam hati ni..  Terasa macam dah dekat sangat dah..

Jadi kepada sesiapa yang kenal aku..
Dah aku tersakitkan hati dan jiwa raga korang.. Secara sengaja atau tak sengaja..

Dengan seikhlas hati..  Aku mintak maaf..  Maafkan aku..

Halalkan segala yang aku ambik dan yang korang bagi aku.

Dan tolong doakan aku nanti.. Sebab aku tahu..  Aku byk sangat dosa. Aku bukan orang baik.. 

Post ni ditulis di econsave pada jam 13.45 petang.  Pada tarikh 15.07.2016.

Assalamualaikum.. Love my mom.

Friday, January 22, 2016

Dugaan Beniaga ..

Bismillah..

Ujian dalam bisnes kata orang.. Disaat jualan sedang menaik .
Ada ujian yang datang .. Kali ini MPKJ datang lagi.

Dan kali ini dia datang dan angkut harta benda kami
Takde lah banyak sangat..
Ada la dalam 10 buah meja dan 50 biji kerusi .
Temasuk stall nasi lemak kami juga turut diangkut.
Tidak lupa juga... Sebiji tong gas turut menjadi mangsa.

Takpe . Biarlah.. Mereka hanya menjalankan tugas..

Bukan hendak menyalahkan sesiapa dalam hal ni..
Ini memang salah kami.. Berniaga dan menghidupkan kawasan yang mati tanpa pengunjung..
Berniaga di tapak parking yang kosong tidak digunakan pada waktu malam..

Ambillah . jalankan tugas kamu..'

Kami takkan mengalah.

Kata bapak rambo.. Never Give Up Till the end

Wednesday, January 6, 2016

KangKung Goreng Belacan , Masakan pertama aku.

Jutawan... Perkataan ni sebenarnya dah berlegar legar dalam kepala otak aku
sejak aku kecik lagi. Takde la kecik sangat .. Lebih kurang dari darjah 3 dan
membawak sehingga lah aku besar gedabak ni.

Masa mula mula aku berimpian nak jadi jutawan masa kecik kecik dulu.
Bermula semasa darjah 3.. Masa tu emak aku baru masuk kerja di Kilang
Kayu.. Dia kerja pagi hinggalah petang.. Dan seringkali jugak.
Dia melakukan kerja lebih masa sehingga lewat malam.

Aku dan adik perempuan aku tinggal di rumah berdua.
Rutin harian emak yang kerja dari pagi hingga ke malam
buat aku berfikir. Kesian kat emak.. Kerja pagi sampai malam.
Nak cari duit .Untuk belanja kami sekeluarga.

Aku masih ingat dia balik dalam keletihan,
Sesampai saja dia di rumah.. Terus cari periuk nasi.
Untuk masak makanan untuk kami sekeluarga.

Dah penat kerja . Balik kena masak untuk kami pulak.
Bertambah kesian aku kat emak..

Bermula dari hari tu.. Aku memberanikan diri.
Aku ambil buku resepi emak. Buku tu buku lama.
Segala resepi sangat simple ada dalam tu.
Macam buku resepi untuk makanan harian.

Hanya sekadar tulisan yang ada dalam tu.
Tiada gambar langsung.

Aku membelek belek buku tersebut.
Helaian demi helaian.

Akhinya mata aku tertangkap pada satu resepi.
Dan perasaan untuk mencuba memasak resepi tersebut sangat kuat.

Perlahan aku buka peti sejuk yang menyimpan barang barang untuk dimasak.
Kupilih satu demi satu bahan bahan seperti yang tercatat dalam buku resepi tersebut.

Resepi tersebut Adalah KangKung Goreng Belacan.

Ya.. Memang itu resepi pertama yang aku masak.
Ditumis perlahan lahan bawang merah dan bawang putih yang dah aku tumbuk.
bersama cili api dan belacan.

Percubaan pertama aku memasak..

Aku masukkan minyak dan kubiarkan panas..
Tetapi terlebih panas ..

Bila aku masukkkan bahan yang dah ditumbuk tadi..
Terus garing dan hangus. Aku tambah air. lalu aku masukkan
kicap. Kangkung dan garam sebagai perasa.

Dan aku kacau hingga kangkung menjadi layu dan lembik.
Bila aku rasa dah siap. Aku masukkan kedalam mangkuk.

Bila aku tilik tilik...
Rupanya seakan mengerikan.

Dengan bawang hangus, Kuah hitam dengan kicap
dan Kangkung yang layu dan lembik...

Aku ambil sudu dan masukan keatas nasi.
Perlahan aku suap masuk kemulut.
Bila masuk dan sentuh lidah..
Terasa bagai nak muntah.
Hangit dan pahit semacam .

Ternyata memasak Kangkung Belacan sungguh tidak mudah..

Nota : Mula mula nak cerita pasal jutawaan.. Entah Bagaimana terswitch cerita Kangkung belacan pulak..