Tuesday, October 29, 2013

Sah Atau Tidak Solat Subuh tanpa Doa Qunut

Bismillah..

Entah macam mana masa solat subuh  tadi boleh terlupa nak baca doa Qunut..

Sebab pernah dengar UAI kata sah solat Subuh maka aku teruskan solat sampai habis...

Lepas habis solat rasa khuatir plak..Jadi aku pun google la tentang Solat Subuh tanpa Doa qunut..

Ini jawapan yang aku dapat..

Hukum melakukan qunut
Subuh ni sebenarnya?

Sebenarnya memang ada perbezaan mengikut pendapat ulama yang berlainan.

Tapi kita jangan pening-pening,
disebabkan kita mengikut Mazhab Syafie
maka hukumnya adalah SUNAT
MUAKKAD (sunat yang dituntut/disuruh).

Maksudnya, sebaik-sebaiknya kita
lakukan. Jika terlupa atau sengaja
meninggalkan qunut, solat Subuh tadi
tetap SAH. Tapi selepas tu sunat kita
melakukan Sujud Sahwi.

Kalau tak buat
jugak Sujud Sahwi? Takpe, solat tetap sah sebab hukum asal melakukan qunut adalah sunat.

Jadi terjawab la sudah... Dengan besar hatinya... Sah Solat aku tadi... Alhamdulillah...

Tapi lain kali jangan lupa abg Nz yer...