Bismillah..
Saat aku menekan keyboard utk menulis entry ni, jam menunjukkan 4:28 pagi...Mata masih lagi cerah.. Takde tanda tanda mengantuk..
Otak ligat berfikir tentang masa depan... Apa yang aku akan jadi pada 10 tahun akan datang... Masih lagi begini atau akan tercapai segala impian...
Semua bermain dalam fikiran selepas aku menelusuri medan maya dan melihat laman sosial kawan kawan sekolah rendah aku dulu..
Ramai antara mereka dah berjaya.. Cik Z contohnya.. aku dapat tahu yang dia dah berjaya jadi seorang peguam dan sekarang berada di kota london.. Mungkin sedang menyambung pelajarannya... Kali terakhir aku jumpa dia masa sama sama belajar memandu dulu..Kalau tk silap mungkin 5 ke 6 tahun yang lepas.. Sebelum dia masuk ke Universiti...
Dia dah berjaya sekarang dan aku masih mencari...
Nazirul pula antara orang pandai dalam kelas aku dulu dan juga merupakan antara sahabat karib aku... Melalui facebooknya aku tahu yang dia dah pun berumahtangga... Dia ada menjemput Ku ke majlisnya tapi aku segan kerana aku masih begini...
Ramai lagi yang payah untuk ku sebutkan nama mereka.. Bagi ku mereka adalah sahabatku..Walaupun aku telah pupus dari ingatan mereka..
Melihat mereka berjaya dengan kehidupan mereka, aku gembira untuk mereka .
Terkadang bila aku tringat kenalan 2 lama aku untuk mencari tahu hal hal mereka.
Impian bergelar jutawan harus digapai tak kira apa halangan , apa jua rintangan..
Terkesan aku dengan kata Tun Mahathir Mohamad ..
Ingin berjaya harus melanggar tembok . Jatuh bangun lagi.. Langgar berkali kali hingga antara satunya pecah.. Sama ada tembok ataupun Kepala pecah...Jangan Pernah mengalah..
Yang benar
Sg Zailisyam asri