Sunday, October 13, 2013

Ma Terliur, Adik Belanja..

Bismillah...

Pagi tadi lepas aku solat subuh ma ada cakap, dia terliur nak makan nasi lemak kat tempat aku bawa dia makan hari tu.. Kali ni dia cakap dia dah cakap kat adik aku, nak adik aku belanja katanya...Adik plak cakap tunggu hari  isnin baru nak pergi...

Then aku cakap la baik per gi hari ni jer. Takut kalau pergi hari isnin diorang tak bukak pulak .. Kan selasa tu Hari raya Korban dah.. Mana tahu kot diorang cuti ker kaannn...

Selepas aku cakap cmtu terus ma kejut adik.. Ajak dia pergi masa tu jugak... Sampai sampai kat sana.. Terus tukar plak menu dia.. Mula mula kata nak makan Nasi lemak.. dah sampai dia ambil nasi putih lauk daging dengan Ikan tongkol plak..



 Aku plak ingat nak makan tapi tak jadi sebab nak bungkus lauk bawak balik boleh la aku melantak banyak sikit kan.. Kat situ aku cuma minum Teh ais jer la.. Pastu curi2 makan ayam upin ipin baby nana tu... Sedap OOO...

Kenyang Alhamdulillah... Pastu dengar ma cakap esok nak makan nasi lauk ikan bakar kat Jb tu pulak... Adik belanja lagi..Hahahaha... Mintak2 la buka kedai tu esok... Amin