Showing posts with label Impian. Show all posts
Showing posts with label Impian. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Oktober 2014 di Kota A Famosa Resort

Masa tengah melayan fikem ajiboy kat rumah.. Baby tanya aku ..
Bila nak pergi kat tempat yang terpapar dalam filem tu..

Aku tengok diorang berlakon kat A Famosa Resort tu..
Aku pun cakap la kat baby nana..
Lepas raya puasa kita pergi yer..
Boleh pulak mulut ni gatal nak cakap camtu..
Confirm dia akan tuntut janji aku tu..

Ni nampaknya kena la masuk kan dalam senarai 101 aku tu..
Insyaallah lepas raya nanti aku akan sampai kat sana ..

. huhuhu negeri sebelah jer pun kan..
So plannya adalah.. 4 hari 3 malam di KOTA A FAMOSA RESORT...  tungguuuuu....

Saturday, January 11, 2014

Nasi Goreng Masuk Ke Parit...

Bismillah..

Tengok tajuk entri yg ni .. Nasi masuk ke parit...

Mula mula aku pun confius jugak.. Menu terbaru ker... Aku pandang mak, mak pandang aku...  Kemudian kitorang gelak...

Ape dah baby nana ni.. Main sebut jer... Nasi goreng USA boleh tukar nama ke parit pulak... Macam2 idea dia ni.

Alhamdulillah.  Masalah rumah dah selesai.. Motor ego s hampir selesai.. Lepas ni nak fokus untuk misi 180 hari pulak...

Tak lupa jugak testing teknik STP pun akan bermula lepas siap pndah nanti..

Insyallah Rm20000 akan ada dalam tangan...

Thursday, January 2, 2014

Azam tahun 2014

Bismillah...

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang untuk meneruskan perjuangan di bumi allah pada tahun 2014 ni...

Jadi apabila bermulanya tahun yang baru,dah tentu kita ada azam kan... Jadi untuk tahun ni cuma 1 je azam tahun lepas yang akan disambung pada tahun ni...

Iaitu untuk beli rumah untuk ma aku.. Insyaallah tahun ni akan berjaya..

Untuk azam baru pada tahun 2014 ni ialah :-

1) Beli skuter Yamaha Ego S untuk ma aku (dalam proses)

2 ) Berhenti kerja dan buat perniagaan sendiri.

3) Beli Kereta  untuk ma.

Beli Modem dan line internet untuk ma.

4) Bagi duit belanja untuk ma minimum Rm 1500 sebulan (bersih)

5) Beli kereta untuk aku ( honda civic type R @ BMW 320i.

6) Buka restoran.

7) Gaji minimum aku Rm10000 sebulan (bersih).

8) Bulan jun 2014 balik sambut aidilfitri kat Kelantan...

Yang paling penting nak hapuskan semua hutang dan tambah aset ..

Insyallah...

Thursday, October 31, 2013

Berangan sekejap di Tasik dot dot dot

Bismillah...
Berhenti sebentar dari buat kerja..Cuci dan rehatkan mata sekejap.
Alhamdulillah syukur dengan nikmat melihat yang dikurniakan allah swt...

Macam best jer cuaca hari ni.. Redup dan berangin..Kalau lari buat marathon keliling tasik ni pon ok jugk kan...

Hurm memang tak ar.. Tak larat nak berlari... Apa kata kalau buat kuak lentang kat tasik ni...
Eh lupa belum pandai lagi.. Baru belajar kuak rama rama jer ni..
lain kali jer la ..

Duduk jer la kat pondok tu... Boleh bayang macam duk kat tepi Danau Toba sambil nyanyi lagu Tegar...
Eehem eehem ehemmm...Cubaan suara...

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang dulu dulu dulu dulu...

adehh sekali lupa lirik la pulakkk... Hurmmm

 Hurmm Baru nak asah bakat terpendam... Nyanyi sikit terus hujan plak,... Macam mana nak masuk akademi fantasia ni...

Thursday, October 24, 2013

Program cuti2 tahun 2014 Nz

Bismillah..

Pagi tadi aku ternampak satu gambar tentang Cameron Highland.. Ramai yang selalu posting pic cuti2 diorang kat fb.. Yang selalu sangat post.. Cameron highland...

Nampak macam best jer .Kata orang tempat tu sejuk.. Ada strawberi segar... Dan macam2 lagi..
Aku teringin sangat nak sampai sana.. Ya allah kau tunaikanlah hasrat hati aku. Kau makbulkan lah aku utk pergi ke cameron highland bersama mak, adik ,nana dan pakcik hassan... Ya allah kau tunaikan lah... Aminn..

 Pelik kan aku ni sebut tempat lain tapi letak gambar tempat lain. Sebenarnya ni pun salah satu impian aku .. Nak Ke Eiffel Tower ni.. Hehehehe

Insyallah tahun depan aku akan buat program cuti 2  aku ... Tempat pertama Langkawi...  sebab ma nak sangat g sana kan.. Tempat kedua aku nak g Cameron highlnd... Insyaallah...

Friday, October 18, 2013

Hari jumaat dan Misi tahun 2014

Bismillah...

Hari ni hari jumaat ,alhmdulilah syukur... Dapat lagi aku bertemu dengan penghulu sgla hari ni...

Masih lagi tak dapat nak pergi menunaikan solat sunat jumaat macam dulu2.. Terpaksa tak pergi sebab kena kerja.. Kerja macam aku ni memang kena ikut time..nak pergi solat jumaat pun kena ikut turn...

Insyallah ni tahun terakhir aku kerja pak guard ni... Tahun depan aku akan start keja sendiri... Aku nak mulakan empayar perniagaan aku sendiri...

Yang pasti tahun depan aku takkan tinggal solat jumaat dan solat dhuha... Insyaallah...
Aku wajib jadi jutawan thn depan...Aku ada misi yang harus disempurnakan....

Saturday, October 5, 2013

Impian Jutawan dalam 3 tahun bermula...

Bismillah.. Hari  ni genap seminggu aku tak update blog ni... Gara2 sistem ketahanan badan dalam keadaan kritikal atau dalam erti kata lain DEMAM..Macam2 yang berlaku dalam seminggu ni.

Ada yang menusuk hingga ke kalbu, Ada yang menghiris jantung hati..
Walau apa pun yang berlaku.. Hidup mesti diteruskan , Tekad Harus kuat, Semangat mesti terus menyala. Demi satu Impian, satu cita2, Satu matlamat... Dan ia tak lain dan tak bukan ....

Harus dan Wajib bagi aku untuk mencapai tahap JUTAWAN sebelum berumur 30 tahun.. Lebih tepat lagi.. Aku wajib dapatkan status JUTAWAN dalam masa 3 Tahun dari sekarang....

Insyallah... Amin....

Saturday, September 28, 2013

Luahan ibuku

Teringat lagi masa aku joging dengan ma kat Taman Tasik hari tu..
Aku nampak dia pandang jer rumah kat situ... Pastu dia ada cakap bila la nak boleh duduk kat rumah yang selesa macam tu..

Sebak aku dengar..
Aku janji... 3 tahun dari sekarang ma akan dapat apa yang ma nak...
Aku akan beli rumah mcam mana yang ma nak....

Ya allah kau panjangkanlah umur ibu bapaku....

Thursday, September 26, 2013

Ini banglo aku yg punya..

Nampak tak rumah tu.. Harga dia Rm4.5 juta... 4 tingkat, ada kolam renang.. Ada taman yg luas. 
Sesuai dengan impian aku..

AKU YAKIN AKU AKAN BELI RUMAH NI...

Cantik kan rumah ni...
Ini aku yang punya...
Insyallah

Thursday, September 19, 2013

Bakal pejabat yang aku idamkan

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
Antara impian dalam senarai 101 impian aku adalah aku nak ada sebuah pejabat sendiri yang beroperasi berdekatan dengan Austin Heights...

Kenapa???

Salah satu sebabnya adalah aku nak pejabat aku terletak berdekatan dengan rumah aku..
Rumah impian yang aku idamkan pula terletak di kawasan Austin Heights...

Sebab yang lain adalah aku nak pejabat aku terletak di kawasan yang popular...Kalau menurut firasat aku pula..kawasan austin heights bakal jadi kawasan yang terkenal ..Kat sini akan ada taman tema .seperti wetworld shah alam..

Ada kawasan golf, ada hotel...dan akan jadi tumpuan orang ...

Jadi kawasan pilihan aku untuk bakal pejabat aku Adalah austin Heights...
INSYALLAH...