Assalamualaikum.
Sangat lama aku tak menulis. Sedar tak sedar. Tahun 2017 dah pun tamat. Dan sekarang ni dah masuk hari ke 18 bulan Januari 2018.
Tahun 2017 telah pun berakhir dengan sangat banyak kisah kisah yang mencoretkan bermacam luka di hati. Sangat banyak kalau nak dikongsi.
Beberapa kali juga aku hampir berputus asa dengan segalanya. Namun ada yang menghalang aku dari pasrah dengan keadaan. Salah satunya ma aku. Aku yakin dia masih tak putus asa dengan aku. Masih menaruh harapan untuk tengok aku berjaya.
Takkan aku nak berputus asa dengan diri sendiri. Sedangkan ada orang lain yang masih yakin dengan aku.
2017 tahun kejatuhan..
Ya, Aku jatuh.. Bukan sekadar jatuh. Aku jatuh dengan sangat teruk. Hingga berguling guling aku jatuh. Hingga nak bangkit aku rasakan sangat payah.
Sampai satu saat. Aku berdoa. Kalau hidup aku ini akan menyusahkan orang lain. Aku berdoa agar aku pergi. Sebegitu sekali aku berfikir.
Namun aku masih dipanjangkan umur hingga ke tahun 2018 ni. Jika diikutkan aku bukan sekali dua hampir hampir kecelakaan. Terbabas semasa memandu kereta tu selalu sangat dah. Lagi lagi sewaktu kejar trip ambil nasi air dingin hari tu berbelas kali aku tersasar ke jalan sebelah. Dengan izin allah swt. Aku diberi keselamatan.
Aku kejar trip untuk selesaikan segala hutang2 yang ada. Namun perancangan aku sebagai hamba yang lemah. Kereta yang aku guna untuk kejar trip kemalangan. Kemalangan akibat langgar pembahagi tengah jalan di Kuala Lumpur.
Mujur bukan aku yang memandu.
Dan sekali lagi usaha untuk bangkit gagal.
Bersambung nanti.
Hati tengah gundah gulana.