Friday, June 2, 2017

Hari Kedua Buka Kedai

Bangun pagi hari ni..
Tekak terasa perit yang amat sangat.
Badan terasa sakit di seluuruh sendi.

Ini tanda tanda demam  nak datang.
Hari ini hari kedua nak bukak kedai.

Jika diikutkan badan yang tak berapa nak sedap  ni.
Mahu saja aku terus tido dan rehat hingga ke petang.
Namun, Kena gagahkan jugak.

Banyak yang tak buat lagi.
Kena siap kan sendiri hingga semuanya boleh berjalan sendiri nanti.
Kena kuatkan mental.
Kena gagahkan badan.

Aku ada tanggung jawab lain nak selesaikan.
Aeon credit dah mula duk hantar sms.
Menuntut hutang .

Raya dah makin dekat,
Buka kehendak aku jer nak buat.
Ada kehendak kehendak hati orang lain jugak yang aku nak kena lunaskan.

Cukup dulu untuk pagi ini.
aku nak ke kedai beli barang .