Bismillah..
Selama tujuh tahun aku bermastautin di Johor Bahru ni..
Sangat payah nak jumpa daging lembu yang segar dijual di mana mana pasar di Jb ni.
Yang banyak dijual kat pasar sini daging sejuk beku.. Tu pun mushkil samaada
tu daging lembu atau daging kerbau.
Lepas tu dapat tahu di Pasar tani larkin ada jual daging segar .
Tapi oleh kerana hari pasar tani tu bercanggah dengan hari kerja aku .
Jadi tersangat payah la nk pergi.
Hari tu masa bercerita tentang daging lembu ni.
Dapat info dari kawan aku tu.. Nama dia Encik Tamil.
Katanya di Taman desa mutiara ada jual daging lembu fresh..
Yang baru sembelih lagi tu. Baru betul2 fresh kan.
Jadi hari ahad aritu aku pun pergi la mencari tempat yang dia cakap tu.
Pusing punya pusing.. Sesat 2 kali kot ..
Akhirnya jumpa jugak selepas tanya kat abang yang jual ayam dekat area kilang tu.
Rupanya dah dekat dah tadi .. Cuma sepatutnya belok ke kiri aku belok ke kanan.
Tu yang tak jumpa tu..
Rupanya terselit kat celah celah gerai kat sini.. Kalau tak intai memang tak jumpa la..
Memang rezeki la.. Setiap hari ahad jer ada jual kat sini.
Disembelih kat belakang tu haa.. Jual kat depan ni ..
Dijamin segar la...





