Thursday, September 19, 2013

Belajar lah bersyukur

Bismillahirahmanirahim..

Tadi masa aku tengah online dekat facebook.. Ternampak satu post ni .. Ada gambar sekeping surat yang ditujukan oleh seorang ibu  kepada guru kelas anak nya..

Dalam surat tu ,ibu terbabit memberitahu cikgu yang anaknya tidak boleh pergi ke sekolah kerana ketiadaan wang untuk wang belanja dan bayar tambang bas..Ibu terbabit juga memberitahu yang makan dirumah pun sekadar apa yang ada ,dan kadang2 makan tanpa ada lauk,..

 Keadaan keluarga diatas ni membuat aku tersentap.. Betapa beruntungnya aku dengan hidup aku sekarang.
Walaupun tak kaya, tapi sentiasa ada rezeki. Boleh makan lauk ape saja yang aku hendak.. Bila2 masa sahaja. Rasanya dari kecik sampai besar sekarang ni . Tak pernah lagi pergi sekolah tak ada duit. Sekurang 2,3 ringgit mesti ada dalam poket.. Itu untuk belanja sahaja.Duit tambang tu lain kira..

Tak pernah juga aku makan nasi kosong tanpa lauk .. Sentiasa ada lauk dan sentiasa berlebih lebih.. Itu rezeki yang allah kurniakan kepada aku.. Alhamdulillah , sekarang aku dah sedar betapa beruntungnya aku...


Jadi sekarang ni bila  kita terasa yang kita ni susah.. Fikirkanlah. Jika kita makan nasi dengan telur goreng .. masih ada yang makan nasi kosong sahaja.. Kalau kita makan  nasi dengan garam jer.. fikirkanlah.. Ada orang nak makan nasi seminggu sekali pun payah,...

Motif aku nak cerita kat sini.. Sentiasa lah bersyukur dengan ape yang kita ada . Walaupun sedikit.. Kerna ada orang lain terpaksa berebut untuk dapatkan yang sedikit tu..

Syukur alhamdulillah denga n rezekimu kepadaku Ya allah..