Hari ni kami berempat Team Rambo..
Berlari untuk ke masjid nak sembahyang jumaat.
Alkisahnya begini...
Pagi tadi ex Team Rambo yang juga merupakan Tuan punya
kereta yang kami gunakan sekarang datang nak ambil balik kereta dia.
Jadi kami dah tkde la kenderaan nak bergerak.
Sementelah hari ni kan hari Jumaat..
Makanya kami berempat nak la ke masjid untuk sembahyang jumaat.
Oleh kerana kenderaan tkde. Keputusan yang dibuat adalah..
Berjalan kaki untuk ke masjid..
Mula2 hujan .. Lepas tu gerimis.. kemudian panas.
Mula mula berjalan.. Tak lama lepas tu diorang mula berlari.
Aku ni yang dah berapa lama tak excercise.
Punya la susah nak berlari.
Kejar la jugak diorang tu..
Akhirnya sampai dalam keadaan baju yang basah..
Lepas sembahyang Sekali lagi menapak..
Kata diorang .. Ini dugaan sebelum berjaya..
Semoga kejayaan menanti kami nanti...