Akhirnya nak start balik bloging.. Sekadar nak buat kenangan jer.. Sape2 nak komen ker.. Dipersilakan..Boleh jadi kawan ok..
Hampir 2 bulan dah aku tinggalkan Austin Heights dan berhijrah ke bangi ni.. Semata mata nak ubah diri.. insyaallah boleh... Sekarang aku menggantikan tempat Adi di kitchen Cafetaria Ilkap Bangi, Selepas tu sambung di Gerai nasi lemak XL di Seksyen 3 Bandar baru bangi.
Habis jualan petang lepas siap kemas kemas barang baru boleh balik.. kebiasaannya malam la baru sampai rumah.. Hari minggu kalau ada event akan join Jual Nasi Rambo bersama team Rambo.. Ni Projek utk buat duit segera.
Sekarang Fokus utk korek rahsia Chef di Dapur dan Uruskan Gerai Nasi Lemak Ayam Berempah Xl sampai berjaya.

