Bismillah..
Tengok tajuk tu.. Sebenarnya aku sendiri pun tak faham ..
Betul atau tak tajuk aku tu..
Yer la.. Sebenarnya tadi aku duk Online kat ruang tamu tu..
Tengok si fahmi tu , Bukak Youtube Tapi pejam mata..
Aku confius dia dengar ker Si Anthony Robin tu cerita apa..
Ker Si Anthony Robin tu duk cakap sorang sorang.
Biar kan la dia.. Jadi aku pun masuk la dalam bilik..
Hajat dihati nak tido.
Sebelum tu terbaca blog misschronicz tu lagi.
Datang balik mood nak menulis ni ha..
Jadi Oleh kerana aku tkde cerita sangat nak cerita..
Aku tulis jer la apa sahaja yang duk berlegar dalam kepala otak aku ni yer..
Bermula dari pagi tadi ok..
Jadi kisah nya begini.. Tuan Kamal al marbawi tu order la sandwich tuna 40 pax.
alkisahnya semalam aku ,Hafis dengan si Fahmi dah pergi beli barang barang untuk buat sandwich tu.
Punya la lama duk pilih Sardin, Dari negara mana la,Tentang cop halal la.
Last2 mai ambik jer.
Bangun pagi tadi aku teringat . La macam mana boleh terlupa nak beli roti ni
Aku cakap kat Hafis, Dia pun cakap hurm roti lupa nak beli..
Terus gegas ke cafe.. Tunggu chef datang, Ingat kan datang ,
Rupanya chef tak tahu pun orang nak sandwich tu pukul 7 pagi.
Jaadi terpaksa la aku yang buat , Aku pun buat la macam bias aku buat kat rumah.
Siap la dalam masa 40 minit.
Alhamdulillah la kan..
Chef datang pun dah dekat pukul 9, Tak kisah la kan.
Tiba chef cerita pasal kursus yg 2 orang pergi tu.
Memang la ada sikit terasa hati.. ditambah pulak bila ada yang duk cerita2.
Bertambah la sakit hati. Terasa macam nak tumbuk orang pun ada.
Aku dah tak tahu nak buat apa.. Duk buat jer la kerja kat dapur..
Dengan hati yang tak tenang ni.. Rasa darah membuak buak.
Satu jer la jalannya.. Pertama masak nasi dulu.
Kang orang order nasi goreng nasi takde pulak kan.
Lepas masak nasi tu terus jalan ke surau bawah tu..
Basuh muka, pastu ambik wudhu..
Mula dengan solat taubat disambung dengan Solat Dhuha 6 rakaat.
Alhamdulilllah.. Tenang rasa hati ni.
Lepak sekejap kat surau.
Pastu balik ke cafe.. Malas nak masuk kot pintu depan jadi aku masuk ikut pintu dapur.
Selesaikan mana2 kerja aku yang belum beress tu..
Tiba2 Fahmi datang cakap , Chef suruh masak mee hailam untuk dia..
Berderau sekejap. Jadi ta tentu arah sekejap ha..
Boleh ke aku masak.. Kang tak sedap macam mana..
Nak tak nak kena la masak jugak..
Main campak campak je la aku bukan ingat sangat resepi mee Hailam tu..
At d end.. Komen chef.. Ok la tu , Cuma kena pekat sikit lagi kuah tu..
Ahamdulillah la.
Ingatkan tak sedap la tadi..
Tapi aku masak ape pun biasanya sedap .. Huhuhuhu (puji diri sndiri ,)
Dah lupa pasal Perasaan tak tenang tu tadi..
Cuma ada part2 yg chef cakap tu kena take note..
Untuk jamin apa yang bakal berlaku di kemudian hari kan..
Jadi point utk tajuk kali ni iyelah..
Jika ada sebarang perasaan yang tak bagus, Sila lah ambil wudhu dan mengadu dengan allah swt.
Insyallah akan diberi ketenangan..