Thursday, January 23, 2014

Nasi Ayam Medan Selera kg Melayu Majidee

Lepas hantar baby nana pergi sekolah semalam.. Ma ajak aku pergi beli nasi . 
Dia tanya aku nak makan ape.. Mula2 rasa macam nak makan nasi kat Kedai sedap Selalu.
Sampai sana dia tak bukak la pulak..

Pastu nak pergi beli ubat semput kat Klinik Universiti Puteri Wangsa tu.. Sekali klinik tu pun tk bukak jugak.
Terus la ke farmasi nak beli ubat bibir kering.. Sekali macam lipstik dah. Rm10.90 harga dia..
Fikir punya fikir punya fikir .. Terus terfikir pasal nasi ayam. Cakap kat ma . 
Nasi ayam jer mesti ma nak makan kat Medan Selera Kg Melayu Majidee .
Sedap katanya..

 Biasa kalau makan nasi ayam kat Medan Selera tu .. Gerai pilihana adalah kat Gerai D Johan.
Ma suka nasi ayam dia.. Tekak aku ni semua boleh telan.. huhuhu

Satu untuk aku dan satu untuk ma.. Air sejuk kosong jer.. Jimat la katakan..
Habis makan tapau untuk baby nana.. Dua bungkus... Satu utk dia dan satu untuk aku..
Hurrmmm macam mana la tak makin debab....

Tuesday, January 21, 2014

Bila Tiba Tahun Baru Cina

Nampak tak lampu lampu yang panjang tu.. Bila lampu2 tu menyala maknanya.
Tahun baru cina kurang seminggu lagi akan menjelma..
Dan waktu yang aku paling suka sekali..

Kenapa suka?? Mesti la .. Pertama Paycheck mesti akan berdouble double tambahan dengan 
Bonus, tambah lagi dengan sampul merah.. (Angpow la tu)
Memang masyuk la..  Tapi untuk tahun ni mesti lagi best sebab ada extra angpow dari 
pihak pengurusan.. Bertambah masyuk camni..

Benda pertama sekali aku nak beli adalah kasut  .. Sebab kasut aku dah exotic terlampau..
Jadi dengan duit terbang ni aku nak beli kasut.. Yang lain tu dua puluh peratus aku akan simpan utk fb ads .. Dan yang selebih nya bagi jer la kat ma aku tu..

Dan minggu depan akan start utk projek affiliate Formula 10 dan affiliate teknik Ninjutsu..

Insyallah semoga semua akan berjalan dengan lancar..