Saturday, January 11, 2014

Nasi Goreng Masuk Ke Parit...

Bismillah..

Tengok tajuk entri yg ni .. Nasi masuk ke parit...

Mula mula aku pun confius jugak.. Menu terbaru ker... Aku pandang mak, mak pandang aku...  Kemudian kitorang gelak...

Ape dah baby nana ni.. Main sebut jer... Nasi goreng USA boleh tukar nama ke parit pulak... Macam2 idea dia ni.

Alhamdulillah.  Masalah rumah dah selesai.. Motor ego s hampir selesai.. Lepas ni nak fokus untuk misi 180 hari pulak...

Tak lupa jugak testing teknik STP pun akan bermula lepas siap pndah nanti..

Insyallah Rm20000 akan ada dalam tangan...

Thursday, January 2, 2014

Azam tahun 2014

Bismillah...

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang untuk meneruskan perjuangan di bumi allah pada tahun 2014 ni...

Jadi apabila bermulanya tahun yang baru,dah tentu kita ada azam kan... Jadi untuk tahun ni cuma 1 je azam tahun lepas yang akan disambung pada tahun ni...

Iaitu untuk beli rumah untuk ma aku.. Insyaallah tahun ni akan berjaya..

Untuk azam baru pada tahun 2014 ni ialah :-

1) Beli skuter Yamaha Ego S untuk ma aku (dalam proses)

2 ) Berhenti kerja dan buat perniagaan sendiri.

3) Beli Kereta  untuk ma.

Beli Modem dan line internet untuk ma.

4) Bagi duit belanja untuk ma minimum Rm 1500 sebulan (bersih)

5) Beli kereta untuk aku ( honda civic type R @ BMW 320i.

6) Buka restoran.

7) Gaji minimum aku Rm10000 sebulan (bersih).

8) Bulan jun 2014 balik sambut aidilfitri kat Kelantan...

Yang paling penting nak hapuskan semua hutang dan tambah aset ..

Insyallah...