Assalamualaikum..
Bismillah.. Genap selepas 14 hari selepas tutup Rambo .
Hari ni mula bukak Kedai Baru di Seksyen 15.
Nama Pun tak letak lagi.
Memang main redah betul bukak hari ni.
Seawal jam 9 pagi aku dah mula rasmikan dapur baru.
Pada awalnya memang haru biru.
Yer la kan Kedai Baru, Dapur Baru, Suasana baru.
Memang kelamkabut jadinya.
Mana nak sistem kan gerak kerja.
Barang kat mana. Dapur kat mana. Basuh kat mana.
Hari ni aku mula masak sambal nasi lemak kembali.
Untuk kedai yang b aru ni. Aku gunakan resepi yang lain
untuk sambal nasi lemak. Kali ni aku gunakan barang yang lebih
dan masak sambal selama 5 jam. Betul betul berbeza dengan sambal nasi
lemak rambo.
Begitu jugak dengan lauk pauk , serta nasi lemak.
Semua ditukar dengan resepi yang baru.
Jadi aku kena kuasai dapur dan resepi .
Sebelum aku serahkan kepada tukang masak baru.
Jadi aku tahu semua gerak kerja dari awal hingga akhir perjalanan restoran.
Dan kali ni.. Aku cuba kembali masak rendang ayam.
Dengan resepi dari internet dan aku gabungkan dengan
resepi dari Chef Halim dulu.
Alhamdulilah.. terdengar jugak .
Manager kedai kata sedap.
Keluar sendiri dari mulut dia
Takde orang yang tanya pun ok.
Sebenarnya aku agak sedikit gusar.
Kedai dibuka tanpa. Persediaan yang betul.
Main bukak secara semberono macam itu.
Dan Syukur . Rezeki allah swt,
Selepas berbuka .
Ada juga pelanggan yang masuk.
alhamdulillah.
Kalau dilihatkan tadi.
Inshallah boleh maju .
Cuma kena sedikit bersabar.
Mungkin akan buat iklan esok.
Untuk menu colek.
dan Air.
Habis Bab Kedai.
Sekarang nak cerita Bab Miss A.
Hari ini agak sedikit tegang.
Kenapa yer..
Ini disebabkan oleh kerana desakan aku
minta alamat dia berada sekarang.
Aku nak pastikan kat mana dia ada.
Ini kerna firasat aku mengatakan dia tak beritahu perkara yang sebenar.
Aku rasa dia ada kat Kelantan.
Bukan kat Kemaman
Macam yang dia cakap.
Aku sedar yang aku mungkin diperkotak katikkan.
Aku sedar semuanya.
Namun, Hati ini. Bila aku cuba melawan.
Ianya menjadi semakin perit.
Adalah lebih elok aku turutkan.
Dan lihat ,kemana takdir ini akan membawa aku.
Kita akan lihat sejauh mana permainan ini akan berlanjutan.
Sungguh kali ini aku kalah.
Takkan semudah itu nak aku lepaskan.
Dah banyak kali aku menyerah dengan permainan cinta.
Dan sering kali juga aku dipersendakan takdir.
Untuk kali ini aku akan bertahan hingga kehujung.
Hujung permainan. walau besar mana ombak yang
menggulung. Aku akan tetap meniti atas bibir ombak.
Just go with the flow kata orang putih.
Sekarang bab Family.
Entah la. Yang ni aku susah nak hadap.
Aku masih lagi terkilan dan sedih.
Sangat sangat terkilan sebenarnya.
Jika difikirkan kembali .
Sungguh besar dugaan atas keluarga aku.
Cuma kali ini aku bagai terkedu.
Memang aku gagal sebagai seorang abang.
Gagal sebagai seorang anak lelaki sulung.
Gagal segalanya.
Aku telah gagal sebagai seorang abang.
Hingga sekali lagi dia terjebak dalam benda yang sama.
Sungguh apa yang dia buat untuk kesekian kali ini.
Sebagai seorang abang. Aku rasa bertanggung jawab.
Jika boleh dipindah kan dosa itu.
Biarlah aku yang tanggung . Sebab aku gagal jadi abang yang baik.
Kali ini aku dah tak mampu nak hadap.
Jika ikut hati mahu sahaja aku mengamuk.
Namun, apakan daya .Jika diikutkan perasaan .
Munkin benda lebih besar dan teruk yang akan jadi.
Kesian kat ma. Dah tua pun susah lagi nak fikir macam macam.
Patut aku dah boleh senangkan dia.
Ini tak. Aku kena susahkan dia lagi.
Dah macam macam yang aku usahakan
Tapi mungkin belum tiba rezeki aku.
In sha allah. Akan aku usaha demi ma.
Bukan untuk aku seorang.
Demi ma aku, demi Adik aku, demi abah.
Demi bakal jodoh ku yang belum pasti siapa.
Usaha dan Tawakal.
Semoga semua dipermudah kan.
Lewat dah.. Pukul 3 pagi dah.
Esok nak massuk dapur balik.
Bye. Assalamualaikum.
Showing posts with label Kisah Cinta. Show all posts
Showing posts with label Kisah Cinta. Show all posts
Friday, June 2, 2017
Kisah baru bermula. Seksyen 15 Bangi
Thursday, November 10, 2011
kisah KASIH, CINTA,SEDIH, & KECEWA~
KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.
Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.
KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.
CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.
"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..
"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.
"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"
"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.
"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."
"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."
"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."
CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.
KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.
-B"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..
Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?
Subscribe to:
Posts (Atom)