Monday, March 31, 2014

BR1M aku kena reject.

Lepas puas duk menunggu dan menanti bak pungguk rindukan bulan.. Hampir berdarah dah tapak kaki akibat berjalan ke hulu dan hilir . Jangan percaya yer.. Aku melalut ni sebab overdose nescafe tarik free ..

Ni cerita sebenarnya.. Minggu lepas, bersamaan dgn tarikh 26 mac 2014.. Aku duk godek2 email aku.. Sekali nampak satu email bertajuk BR1M.. Ha tu dia. Dengan hati berbunga bunga dan perasaan excited nak makan KFC guna duit br1m. Aku pun bukak la email tu..

Terbaca ayat pertama. 

Dengan segala hormatnya permohonan En dot sot dot.. (nama aku dalam Bahasa jerman la tu) telah direject dengan selambanya akibat No ic encik bagi tu tidak wujud dlam Daftar Jpn atau dalam erti kata lain no ic dah hilang dalam rekod ...

Pecah berderai, luluh harapan aku nak makan KFC dgn duit BR1M..
Baru ingat nak belanja satu kampung..

Tak kesampaian plak. ..Kesian kesian kesian.

Balik aku bagtau kat ma pasal hal yang menggerunkan ni. Ma cakap tkpe2.  Kita akan buat rayuan dengan tegasnya..

Jadi aku pun pergi la berbaris macam nak beli tiket bola kat stadium larkin tu.. (sebenarnya ma yg berbaris,aku duk dalam jamban sebab sakit perut.)

Sampai la giliran aku anak beranak kat kaunter tu.. Aku pun tanya la.. Kenapa semua ini terjadi tanpa diduga..

Dia cakap. Maaf yer cik,  No.ic cik bagi tu dah buat permohonan lain.  Bila aku balas balik, eh dia tukar plak.. Dia kata no ic tu memang tak dapat sebab tak buat permohonan, pastu aku cakap la dia dah dapat dah Br1m bulan lepas.  Eh dia tukar lagi katanya. Aku yang tak buat update...

Aku jadi pening.  Mana 1 yg betul ni. Jadi aku tanya .. Nak buat macam mana ni. Dia kata kena buat rayuan la. Jadi aku mintak la borang rayuan tu. Dia cakap rayuan belum dibuka jadi borang takde.. Lagi Pelik.. Baru je aku baca minggu lepas.  Lebih sejuta orang dah buat rayuan untuk br1m ni..
Kata belum buka utk rayuan, borang pun belum ada.. Habis macam mana yg sejuta orang tu buat rayuan..

Diorang rayu dgn sape.. Hurm..
Cerita tamil apakah ini..

Jadi balik la kami ibu dan anak..Untuk.mengubati kekecewaan.  Pergi la melantak kat kedai pokok ceri depan hotel sana. 

Balik tu aku baik hati nak bawak baby nana pergi kat Taman merdeka depan bangunan RTM sana..

Lepas puas berjalan tanpa tujuan kami pun balik kerumah dengan riang rianya.

Cerita dalam Cerita

Bismillah..

Akhirnya kembali lagi mood aku nak berblogging lepas baca blog Ben Ashaari...

Kali ni banyak sangat nak cerita . Kalau aku cerita kat dalam satu entry ni jer..  Mahu meleleh hingus aku nak pikir ayat ayat ni.. Tengok jam la.. Pukul 1.17 pagi ni..Patut aku dah mimpi duduk dalam ferrari kaler merah sambil pusing2 kg bawak Preity zeinta dah.  (kalau tak kenal sila google.)

Untuk yg ni aku bagi isi penting jer ok.

1) Br1m aku dah kena reject.

2) Tayar kereta aku pecah dikiri dan ditusuk paku di kanan.

3) Aku dah dapat adik lelaki.

4)  Aku dah ada wechat dan whatsapp.

5) Projek pencen dalam masa 2 tahun.

6) Aku ada mesin duit.

7) Kereta takde bumbung mak aku

8) Bila baby Nana bukak mulut.

9) Projek Geng 20.

10) Balik raya puasa 2014

11) Sepagi di Taman merdeka Jb

Ha nampak. Ada sebelas cerita yang aku nak cerita ni.  Ok aku slow slow buat yer.. Kalau aku tak rajin.  tunggu la sampao aku rajin yer...