Monday, November 23, 2015

Tolong Jangan Kecam saya

Bismillah.

Ada yang kata aku sangat berahsia.
Sebenarnya bukan nak berahsia sangat,
Cuma kebarangkalian orang dengar kisah kisah karut
ni tersangat lah tipis.

Almaklumlah.. Siapalah aku ni.
Bukan artis atau tokoh bangsawan.

aku cumalah seorang manusia biasa.
Yang tiada apa istimewanya di mata manusia.

Jadi segala apa yang terlintas di minda.
Hanya mampu aku hamburkan di dada blog ini.
Siapa yang terbaca segala coretan dalam ni..

Cuma ambil yang baik2 sahaja.
Yang tak baik sila pm saya baik baik.
Jangan Kecam saya kerna saya hanya insan biasa.

Ampun jika ada yang tak berkenan dengan coretan dalam ni.


Nota : Tiba tiba rindu teman baik yang lama. Happy tengok dia happy.
           Serius rindu nak borak dengan kau. Rindu nak dengar cerita .. Hurm jap lagi sambung dalam
           Entry yang baru .. Khas untuk kau.

Thursday, November 19, 2015

Di Sudut Hati.

Di sudut hatiku ini apa yang ku rasa.
Ku  Coba untuk fahami .
Apa yang terjadi ini.

Semua ada hikmah nya,

Jadi Takkan ku ragu lagi.
Dan aku tahu tuhan sayangku.
Jika tidak mana mungkin ,..
Aku selalu diberi ujian.

Ujian yang selalu membuat aku lebih kuat .
Selepas dugaan mendatangi diri

Aku lebih kenal siapa kawan siapa lawan.
siapa yang sentiasa ada . Siapa yang hilang disaat kuperlukan.

Hah tu dia..

Nukilan yang terbit dari lubuk hati tu..
Nampak macam pasrah jer kan.
Sesekali nampak macam jiwang pun ada.
Huk aloh..

Entah . dah itu yang keluar..
Coret sikit kat dalam ni.
Supaya .. boleh la nak baca balik.

Kalau umur panjang la kan.