Tuesday, February 4, 2014

Kasut aku saiz 10

Bismillah...

Akhirnya aku beli jugak kasut lepas dapat rezeki tergolek dari majikan aku.. 

Jadi kasut yg dah berlobang kiri dan kanan tu dah secara rasminya menamatkan perkhidmatannya untuk aku.

Sebenarnya kasut baru ni bukan saiz aku pun.. Saiz aku tu saiz 8 jer.  Masa nak beli tu boleh pulak saiz dengan design yang aku nak tu dah sold out. 

Empat kedai dah aku jelajah.. Semua sold out.. Yang tinggal cuma yang ni jer. Jadi oleh kerana hari pun dah malam...

Sapu jer la... 

Monday, February 3, 2014

Ketika kita mengeluh "ALLAH BERKATA"

Utk perkongsian:

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat...

ALLAH menjawab:

( ﻭَﺟَﻌَﻠْﻨَﺎ ﻧَﻮْﻣَﻜُﻢْ ﺳُﺒَﺎﺗًﺎ )
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk
istirehat (An Naba' : 9)

Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup
rasanya aku..."

ALLAH menjawab :

( ﻟَﺎ ﻳُﻜَﻠِّﻒُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻧَﻔْﺴًﺎ ﺇِﻟَّﺎ ﻭُﺳْﻌَﻬَﺎ )
“ AKU tidak membebani seseorang,
melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa...

"ALLAH menjawab :

( ﺃَﻟَﺎ ﺑِﺬِﻛْﺮِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺗَﻄْﻤَﺌِﻦُّ ﺍﻟْﻘُﻠُﻮﺏُ )
“ Hanya dgn mengingatku hati akan
menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28)

Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab :

( ﻓَﻤَﻦْ ﻳَﻌْﻤَﻞْ ﻣِﺜْﻘَﺎﻝَ ﺫَﺭَّﺓٍ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻳَﺮَﻩُ )
"Siapa yg mengerjakan kebaikan
sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong
aku..."

ALLAH menjawab:

( ﻭَﻗَﺎﻝَ ﺭَﺑُّﻜُﻢُ ﺍﺩْﻋُﻮﻧِﻲ ﺃَﺳْﺘَﺠِﺐْ ﻟَﻜُﻢْ )
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU,
nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...

”ALLAH menjawab:

ِ ( ﻟَﺎ ﺗَﺤْﺰَﻥْ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻣَﻌَﻨَﺎ ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita,
sesungguhnya Allah beserta kita "
(At Taubah : 40)

Jgn byk mengeluh .
Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa...

Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^