Monday, May 29, 2017

Kenangan tiga tahun bersama rambo.

Assalamualaikum..

Hari ini puasa kedua tahun 2017.
Bukan macam tahun yang sebelumnya.
Tahun ini aku bermula puasa serba kekurangan.
Ini dikatakan nasib badan.

Rambo station dah pun tutup.
Selama hampir tiga tahun bertahan.
Akhirnya ianya berakhir jua.
Tamat lah sebuah kisah perjuangan dalam bidang restoran.

Namun, berakhirnya kisah Rambo ini.
Bukan bermakna berakhirnya perjuangan aku,
Perjuangan dalam bidang restoran akan diteruskan,
Kerna aku bukan seorang yang mudah putus asa.

Kisah tiga tahun ini akan disimpan,
Dan akan dijadikan panduan untuk,
aku meneruskan kisah perjuangan yang seterusnya.

Jika diimbau kembali.
Banyak kenangan pahit manis selama tiga tahun ini.
Ada kenangan sedih hingga berkali kali,
air mata jantan aku mengalir.
Ada juga kenangan gembira yang buat aku tersenyum berseorangan.

Menelusuri detik kenangan indah dengan rambo.
Berapa ramai orang yang aku kenal .
Jika sebelum dengan rambo.
Aku bagai katak dalam gua.
Tak berkawan dengan orang .

Bermula di rambo.
Aku berkenalan dengan geng geng rambo yang lain.
Hafis, Omar Faruq, Fahmi , Chef Halim , Arif,
Izzatie kertas putih, Abg Rostam tam, Mama, Azizul,
Izzah.

Yang mana masing masing pun sudah membawa
diri mengikut haluan masing masing.
Setiap orang dari mereka pernah menjadi contoh.
Pernah mengajar aku sesuatu. Walau sekecil biji sawi
sekalipun. Aku ucapkan terima kasih untuk kesudian
mereka berkongsi ilmu.

Tak lupa jugak  Bersama rambo.
Aku kenal sahabat sahabat.

Bermula dengan Fida damia, Zurina, Asmida,
Shakirah, Syazwan. Setiap dari mereka memberi
aku kenangan mempunyai kawan kawan .
Kenangan yang takkan pernah aku lupakan,
Walaupun masing masing dah tak ingat aku lagi.
Mereka kawan aku dunia akhirat,

Walau pun perangai aku ni suka menyakitkan hati mereka
semua. Selalu menjengkelkan mereka.
Ketahuilah. Aku tak pernah ada kawan kawan sebaik anda semua
sebelum sebelum ini, Terima kasih kerana pernah sudi kawan dengan
si jengkel ini. Walau kita tak macam dulu lagi.
 Korang tetap jadi sahabat dalam hati ini.

Berbalik kepada kisah berakhirnya rambo.
Kisah paling perit yang aku hadap seorang diri saat ini.
Bermacam cobaan yang aku lalui.
Segala macam benda yang aku fikir sekarang ni.

Saat perasaan putus asa datang.
Aku cuba tepis sehabis boleh.
In shaa allah aku mampu hadap semua ini.

Selamat tinggal Rambo.
Berakhirlah satu cerita dan kisah.
Kisah yang baru bakal bermula.

Doakan yang baik baik saja.