Bismillah...
Hari ini adalah hari yang suram bagi aku ... Hari ni dua anak kucing aku dah mati.. Satu mati kerana sebab yang tak dapat nak dipastikan...
Yang satu lagi mati kerana faktor kecuaian aku dan juga takdir allah swt....
Cerita dia macam ni ..Aku tengah tido tengah hari tadi. Masa tengah syok2 tido. Tiba2 dikejut oleh anak sedara aku ..lapar katanya .. Aku pun bangun la siap siap nak g beli nasi bungkus...
Masa nak keluarkan motor tu aku dah nampak dia main2 kat dlam rumah lagi... Kat bawah motor tu ada si tempang yg tengah baring,, jadi aku alihkan si tempang tu dulu...Lepas tu aku terus undurkan motor tu... Tak tahu bila masa dia pergi duduk belakang tayar..
Tiba2 dia menjerit lepas tu berlari tak sampai dalam rumah dia terus rebah... Aku pun terus gosok2 dia.. Menunggu dia habiskan sisa2 nafas terakhir... Lepas tu ......tak sanggup dah nak citer....
Sampai malam ni aku teringat kat dia... Maaf yer adik tecik... Abg tak sengaja.... Semoga tenang kat sana yer ....