Tuesday, September 30, 2014

Terbawa Hingga ke dalam mimpi

 Bismillah..

Kesakitan yang aku rasa di bahagian  bahu sebelah kiri ni semakin teruk pulak..
Tak tahu la kenapa..
Makan ubat dah macam macam ubat dah.

Malam tadi sampai terbawa bawa ke dalam mimpi pulak.
Tapi mimpi aku pergi berubat.

Tempat tu seperti sebuah tempat perubatan alternatif.
Sekali tengok macam tempat berbekam lintah,.

Orang yang berubat tu berperwatakan macam seorang ustaz.
Dia mula mula tanya kat mana aku sakit.
Aku cakap la kat bahagian bahu ni.

Lepas tu aku nampak dia ambil satu wayar .
Yang macam wayar oxsigen untuk akuarium ikan..
Ala yang warna putih tu..

Dia lekatkan kat bahu aku .
Terasa macam ada angin menyedut.'
Macam vacuum tu..

Lepas tu aku nampak darah merah pekat disedut..
Makin lama makin pekat.
Makin lama makin pekat

Lepas tu ustaz tu macam terkejut.
Dia kata pekatnya bahaya ni.
Tanda sejenis penyakit...

Lepas tu aku tersedar dari tidur,
Apa makna semua ni yer..

Adakah hanya sekadar mainan tidur
Atau ada maksud disebaliknya....

Friday, September 26, 2014

Tarik Trafik Blog Dengan Ping Busuk

Bismillah..

Hari tu ada up entry bertajuk Berlari Ke Masjid Ukm   

Lepas tu lama jugak la tak update aktiviti aku ni kan..
Bila aku masuk balik ke blog yang memang tak popular ni ..
Tengok last entry aku tu.
Ada  53 pageview..




Terkejut jugak . Mana datangnya pembaca ni kan..
Jadi ku pun mula buat siasatan..
 Tengok kat feedjit tu..


Semua B kan... maknanya semua redears tu datangnya Ping Busuk..

Jadi maknanya kebanyakan pembaca adalah dari ping busuk..

Pada yang nak up trafik blog tu boleh la try masukkan blog anda ke PIng busuk yer.

Boleh daftar Disini --> Klik Sini

Perhatian. Jangan up entry yang 18sx yer..
Besar potensi untuk kena sekat oleh pihak Pingbusuk.org