Tuesday, October 29, 2013

Tuah ayam nampak di kaki Tuah Nabil dapat Kondo Sejuta

Bismillah...

Tahniah aku ucapkan pada Nabil.. Nabil mana.. Nabil raja lawak tu la...

Khabarnya dia dapat kondominium free... Satu juta katanya....

Camni cerita dia... Nabil katanya pergi melihat kondominum kat kawasan mana entah... Tak ingat plak... Dia berminat nak beli lepas tu jumpa pihak pemaju.. Bincang pasal rumah tu .. Pihak pemaju plak offer nak bagi rumah kat nabil  sebagai ganti nabil jadi duta dia setahubn..  Ok la kan kan...

Tuah ayam nampak kat kaki tuah Si Nabil dapat Kondo Satu juta...

Ps:/  Aku dah order banglo empat tingkat kat bukit Austin tu... Tinggal tunggu pemaju offer jadi Duta jer... Hikhikhik

Rahsia Ku Terbongkar

Bismillah..

Akhirnya tak dapat lagi nak sorok sorok rahsia aku.. Rahsia jiwa, dan raga,  cehh  macam la rahsia sangat kan...

Kalau pecah rahsia mana letak harta karun macam yang diorang kata ada kat bawah kubu yang ada kat Tamilnadu sana tu len la citer kan.. Sape jumpa memang kaya raya 18 keturunan... Tapi belum jumpa baru nak korek tu pun dah berebut rebut dah... Skarang ni tak tahu la dah korek ke belum....

Eh ape sampai kat Tamilnadu lak citer aku ni kaannnn...Tiba tiba teringat berita kosmo hari tu...

Sebenarnya nak citer ni ..Mak aku kata dia dah baca entry menyayat hati dan menikam sanubari dalam blog ni...  Hahaha macam yer yer jer aku... Abis la .. Tak boleh dah nak privacy kisah silam dan masa depan aku  ..Sume mak aku baca... Tu la sape suruh tunjuk kat dia blog ni kan ....

Ps /: Kalau nak privacy tulis surat pastu bubuh dalam botol pastu tanam dalam tanah sedalam tujuh kaki... Eh macam kubur la plak ....

Sah Atau Tidak Solat Subuh tanpa Doa Qunut

Bismillah..

Entah macam mana masa solat subuh  tadi boleh terlupa nak baca doa Qunut..

Sebab pernah dengar UAI kata sah solat Subuh maka aku teruskan solat sampai habis...

Lepas habis solat rasa khuatir plak..Jadi aku pun google la tentang Solat Subuh tanpa Doa qunut..

Ini jawapan yang aku dapat..

Hukum melakukan qunut
Subuh ni sebenarnya?

Sebenarnya memang ada perbezaan mengikut pendapat ulama yang berlainan.

Tapi kita jangan pening-pening,
disebabkan kita mengikut Mazhab Syafie
maka hukumnya adalah SUNAT
MUAKKAD (sunat yang dituntut/disuruh).

Maksudnya, sebaik-sebaiknya kita
lakukan. Jika terlupa atau sengaja
meninggalkan qunut, solat Subuh tadi
tetap SAH. Tapi selepas tu sunat kita
melakukan Sujud Sahwi.

Kalau tak buat
jugak Sujud Sahwi? Takpe, solat tetap sah sebab hukum asal melakukan qunut adalah sunat.

Jadi terjawab la sudah... Dengan besar hatinya... Sah Solat aku tadi... Alhamdulillah...

Tapi lain kali jangan lupa abg Nz yer...

10 Tahun Lagi Masihkah Aku Begini

Bismillah..
Saat aku menekan keyboard utk menulis entry ni, jam menunjukkan 4:28 pagi...Mata masih lagi cerah.. Takde tanda tanda mengantuk..

Otak ligat berfikir tentang masa depan... Apa yang aku akan jadi pada 10 tahun akan datang... Masih lagi begini atau akan tercapai segala impian...
Semua bermain dalam fikiran selepas aku menelusuri medan maya dan melihat laman sosial kawan kawan sekolah rendah aku dulu..

Ramai antara mereka dah berjaya.. Cik Z contohnya.. aku dapat tahu yang dia dah berjaya jadi seorang peguam dan sekarang berada di kota london.. Mungkin sedang menyambung pelajarannya... Kali terakhir aku jumpa dia masa sama sama belajar memandu dulu..Kalau tk silap mungkin 5 ke 6 tahun yang lepas.. Sebelum dia masuk ke Universiti...

Dia dah berjaya sekarang dan aku masih mencari...

Nazirul pula antara orang pandai dalam kelas aku dulu dan juga merupakan antara sahabat karib aku... Melalui facebooknya aku tahu yang dia dah pun berumahtangga... Dia ada menjemput Ku ke majlisnya tapi aku segan kerana aku masih begini...

Ramai lagi yang payah untuk ku sebutkan nama mereka.. Bagi ku mereka adalah sahabatku..Walaupun aku telah pupus dari ingatan mereka..

Melihat mereka berjaya dengan kehidupan mereka, aku gembira untuk mereka .

Terkadang bila aku tringat kenalan 2 lama  aku untuk mencari tahu hal hal mereka.

Impian bergelar jutawan harus digapai tak kira apa halangan , apa jua rintangan..
Terkesan aku dengan kata Tun Mahathir Mohamad ..

Ingin berjaya harus melanggar tembok . Jatuh bangun lagi.. Langgar berkali kali hingga antara satunya pecah.. Sama ada tembok ataupun Kepala pecah...Jangan Pernah mengalah..

Yang benar
Sg Zailisyam asri