Tuesday, December 10, 2013

Yamaha Ego S atau Yamaha Ego LC

Bismillah..

Tak sampai lagi sebulan Baby Nana dah nak masuk darjah 1 dah,.
Ma kata dia nak hantar sendiri baby nana  pergi sekolah.
Jadi dia mintak aku beli Motor Skuter..

Katanya senang sikit nak bawak.. Tak payah tekan tekan gear..
Sekarang ni aku confius nak pilih yang mana ..

Antara Yamaha ego s

Ataupun Yamaha Ego LC ni

Tapi yang ni lagi bagus kot.. Senang sikit nak bawak barang2  Kan..Hahahaha

Yang ni nampaknya Lebih Praktikal Kaannnn...

Hari Graduasi dan Konsert Baby Nana

 Bismillah..

Hari ahad yg lepas bersamaan dengan 8  DISEMBER 2013.
 Baby Nana akhirnya berjaya menamatkan sekolah Tadika dia.. Pastu dia ada buat hari Graduasi la pulak,..

Amboi sampai ada buat Graduasi bagai yer..
 Aku masa Tadika dulu cuma ada sukaneka jer pun.
Main lumba lari dalam guni  dengan lari bawak bola dalam sudu..

Tu dulu punya citer yer.. Masa tu takde pun graduasi sumer ni.. Gambar kenangan pon tkde tau..
Jadi aku nak simpan kenangan baby nana kat blog aku ni..


Masa hari tu baby nana ada buat persembahan tu.. Persembahan Michael Jackson lagi tau..
pergh kalah aku.. Aku Oppa Gangnam style yg terkangkang kangkang tu pun tak lepas Lagi Tau..Huhuhuhu

Ni sebelum bermula lagi .. Aku terawal  1 jam la pulak..
Tengah Praktis la tu..


Tu dia siap berpusing pusing.. Ni moonwalk la kot..



Ni berposing dengan Jubah Konvo la..

Eleh senyum dia.. Macam malu malu meow jer kan..


Tamat.. 

Lepas ni nak masuk darjah 1 dah..
Cepat betul besar..