Thursday, December 12, 2013

Nak tips tak??Apakah azam tahun 2014 ??

Bismillah .
Tinggal 19 hari lagi akan tamat tahun 2013 ,tahun 2014 akan menjelang..
So setiap tahun semua orang akan buat azam kan.. Macam mana dengan azam korang??? Dah tercapai ke belum.. Pada yang dah tercapai azam tu, alhamdulillah.. Tahniah aku ucapkan... Pada yang tak tercapai tu boleh renew jer azam tu ok...

Bagi aku pulak.. Hampir 90 peratus azam aku tahun lepas dah tercapai... Yang paling besar azam aku adalah nak ada Kereta sendiri..Alhamdulillah.. ..Korang nak tips tak..

Tips macam mana nak nak capai azam korang..

Pertama azam tu korang tulis atas kertas.. Kalau nak lagi bagus cari gambar utk azam korang...

Kedua baca setiap hari azam korang .. Gambar tu tengok hari2 dan bayangkan korang dah dapat azam tu...

Ketiga... Usaha.. yang ni mestilah wajibkan.. Kalau nak kereta kenalah usaha cari duit kan. Takpun masuk mana2 peraduan yg dapat hadiah kereta.. Takkan nak tunggu jin alladin plak kot kan...

Keempat... Doa ... Usaha jer tak cukup ok.. Kenalah berdoa jugak ok.. Ingat.. Rezeki tu datangnya dari allah...

Kelima ... Tawakal... usaha dah doa pun dah kan.. Jadi tawakal jer la. Insyallah akan dapat dengan izin allah...

Ok tu jer la dulu ea
.. sekarang ni aku nak settingkan azam tahun 2014 aku plak..
Yang pertama Nak berhenti kerja makan gaji...
Yang kedua nak beli BMW 5 siri
Yang ketiga nak beli rumah untuk mak aku..
Erm ada lagi 98 azam aku untuk tahun depan ni...

Untuk yang wish kat fb, tagged,twitter dan lain lain tu... Terima kasih .. Saya balas satu satu yer... Insyallah ...

Genap 24 dah

Bismillah
Pada tanggal 12.12.2013 akhirnya genap 24 tahun umur aku.. Alhamdulillah ...
Maknanya tinggal 6 tahun jer lagi untuk aku sempurnakan misi aku...
Misi ape ea... Yang ni rahsia..

Sempena hari jadi aku .. Takde buat ape sambutan pun..
Cuma keluar makan dengan ma dan baby nana.. Alhamdulillah syukur ...
Lain lain takde yg istimewa.. Semua biasa biasa..

Erm malam tadi sempat layan cerita 3 IDIOT.. Cerita hindustan tu.. Memang best citer tu.. Banyak pengajaran dalam tu.. Agak agak ada ke kawan yg serupa dengan watak yg Amir Khan lakonkan tu..
Untung kalau aku dapat kawan macam tu.. ..
Mungkin tak la kot...

Tuesday, December 10, 2013

Yamaha Ego S atau Yamaha Ego LC

Bismillah..

Tak sampai lagi sebulan Baby Nana dah nak masuk darjah 1 dah,.
Ma kata dia nak hantar sendiri baby nana  pergi sekolah.
Jadi dia mintak aku beli Motor Skuter..

Katanya senang sikit nak bawak.. Tak payah tekan tekan gear..
Sekarang ni aku confius nak pilih yang mana ..

Antara Yamaha ego s

Ataupun Yamaha Ego LC ni

Tapi yang ni lagi bagus kot.. Senang sikit nak bawak barang2  Kan..Hahahaha

Yang ni nampaknya Lebih Praktikal Kaannnn...

Hari Graduasi dan Konsert Baby Nana

 Bismillah..

Hari ahad yg lepas bersamaan dengan 8  DISEMBER 2013.
 Baby Nana akhirnya berjaya menamatkan sekolah Tadika dia.. Pastu dia ada buat hari Graduasi la pulak,..

Amboi sampai ada buat Graduasi bagai yer..
 Aku masa Tadika dulu cuma ada sukaneka jer pun.
Main lumba lari dalam guni  dengan lari bawak bola dalam sudu..

Tu dulu punya citer yer.. Masa tu takde pun graduasi sumer ni.. Gambar kenangan pon tkde tau..
Jadi aku nak simpan kenangan baby nana kat blog aku ni..


Masa hari tu baby nana ada buat persembahan tu.. Persembahan Michael Jackson lagi tau..
pergh kalah aku.. Aku Oppa Gangnam style yg terkangkang kangkang tu pun tak lepas Lagi Tau..Huhuhuhu

Ni sebelum bermula lagi .. Aku terawal  1 jam la pulak..
Tengah Praktis la tu..


Tu dia siap berpusing pusing.. Ni moonwalk la kot..



Ni berposing dengan Jubah Konvo la..

Eleh senyum dia.. Macam malu malu meow jer kan..


Tamat.. 

Lepas ni nak masuk darjah 1 dah..
Cepat betul besar..

Saturday, November 30, 2013

5 sebab perniagaan tak maju

1. UNTUNG TIDAK BOLEH DIAMBIL
SEPENUHNYA untuk DIRI SENDIRI.

2. GAJI untuk DIRI SENDIRI
hanyalah 1/5 dari UNTUNG SAHAJA

3. 4/5 UNTUNG PERLU DITAMBAH
kepada MODAL ASAL supaya
menjadi MODAL BARU

4. PERLU ada SISTEM yang
memudahkan transaksi di
REKODkan.

5. TAK PERLU TAKUT akan HARGA
untuk MENJUAL.

di antara 5 Sebab UTAMA ini, yg
menjadi penyebab RAMAI
PENIAGA2 dan USAHAWAN2 x
berkembang MAJU adalah sebab
no.2 dan no.3

Siapa setuju? ?

Komen alhamdulillah

Friday, November 29, 2013

Segmen aku blogger Malaysia

Bismillah

Masa tengah menelaah blog abang Ben Ashaari tadi ternampak satu komen dari brader BOE..

Brader BOE ada buat Segmen bertajuk Aku blogger Malaysia...So dah tengok syarat2 dia

SYARAT_SYARAT SEGMEN :

i. follow blog ( kalau dah follow. nanti bagitau dalam komen)
ii.copy banner then buat satu entri mengenai

segmen ini
iii.tinggalkan komen dengan meletakkan link blog anda pada blog tersebut ( yg mengandungi
segmen)

iv.Segmen bermula 29 November 2013 sehingga 9 Disember 2013 .
I
Ganjaran? kepada 15 pemilik blog yang
menghantar trafik paling tinggi , blog beliau
akan direview oleh tuan blog sebagai tanda
penghargaan kepada anda :)

Nampaknya dah cukup syarat ni kan.  Hahaha.

Jadi aku sebagai seorang blogger Malaysia yang Suam suam sejuk ni nak ajak blogger2 luar sana tu..

Jom la join sekali.. Tak berharap pun nak menang .. Mana ada trafik kat blog aku ni kan....hehehe

Jadi selamat bersegmen semua..

Usaha kita VS Usaha Tokey Genting Highland

Tan Sri Lim Goh Tong pernah ke Jepun dan menunggu selama sebulan di luar pintu pejabat. Tidak ada sesiapa pun melayan beliau. Tidak tahu berbahasa jepun dan bahasa English.

Atas kesungguhan dan kesabaran
beliau, akhirnya syarikat Jepun
tersebut bersetuju dengan cadangan dan menjalinkan usahasama dengan beliau.

Rancangan beliau membangunkan
Genting Highland juga dianggap gila dan diketawakan oleh ramai pihak. Beliau hanya senyum dan teruskan usaha.

Beliau bertahun tidak ada. pendapatan kerana mengejar impian membina genting highland. Beliau juga 2 kali hampir muflis.

Sekarang, mari kita lihat, sejauh mana usaha kita?

Setinggi mana impian kita?

Seberani mana diri kita?

Cermin dan fikir fikirkan...

Thursday, November 28, 2013

Alkisah rabu 27 November 2013

Bismillah..

Semalam balik dari kerja jer terus tersadai atas tilam, ,penat sangat ker ..entah tak tahu pulak..

Tido2 ayam jer sebab nak pergi beli ubat ma.. Bila dah pergi, tak buka la pulak..seminggu pulak dia cuti... Balik sambung tido balik..Bangun dah tengah hari .

Lepas tu mak ajak pergi bank harimau.. Tahu ke tak tahu ni.. ok Hurm kalau tak tahu teka sendiri yer... Bank yang ada kepala harimau..Bukan sotong yer...

Sambung balik ..pergi bank nak tukar kad bank mak aku.. Sebab aku nak guna untuk fb ads... Hah fb ads tu ape .. Iklan kat facebook la... Aku ada jugak kad maybank tu tapi kena tahan kat Mat Zuki..

Kenal ker tak..  Tu nama gelaran geng fb aku bagi kat Tokey Facebook tu la...Dia tahan sebab aku tak bayar hutang fbads tu la.. Tak banyak cuma 90usd jer...

Bukan takde duit ok.. Cuma tak cukup lagi..

Kat bank tu dia kata tengah upgrade system.. Jadi lama sikit la kena tunggu. Nak taknak kena la tunggu .. Sementara tunggu tu aku duduk la layan baby nana smbil main game angrybird....

Lepas menunggu hampir sejam. Lama kann aku tunggu nasib baik ada gadis comey kat sebelah.. Boleh intai2 ..hehehe. .nak usha ker.. hurm memang tak la kann.. Aku mana pernah usha gadis2.. Biasanya gadis2 yang usha aku...hehehe..Cite betul ni ..Tak caya sudah...  lagipun dia duk sebelah mak aku la pulak ..

Akhirnya siap jugak.. Masa nak start motor mak aku boleh cakap plak.. Gadis yang duduk sebelah dia tu comey.Eh aku ingat aku jer tengok dia comey.. hehe

Lepas tu nak pergi makan kat Restoran sedap selalu tapi sebab dah lambat mesti dah habis lauknya jadi tukar ke Medan Selera Tesco extra Tebrau..

Kat sana Aku order Nasi ayam,  Baby nana order Tomyam, ,haih pergi mana pun nak tomyam jugak.. sama macam aku lak sia nih... Mak aku plak order nasi goreng kampung..  Nasi ayam ok la tapi lagi sedap kat Kampung Melayu Majidee sana tu.. Tomyam dia pon ok cuma terlebih manis sikit.. Yang paling ok Nasi goreng la .. Banyak tu.. Tak terhabis aku.. Tapi terpaksa habiskan tak baik membazir..

Sebelum balik sempat lagi tapau 2 bungkus Tauhu bakar.. heehehe...Lepas kempunan la katakan..

Akhirnya sampai rumah sebelum tamat waktu zohor..Alhamdulillah.
Ingat nak siapkan marketing untuk dropship ubat resdung tu.. Line pulak macam siput.. so tangguhkan dulu.. Layan citer saranghae jap... Tahu2 dah malam ..

Alhamdulillah murah rezeki hari rabu ...

Ps: pinjam panadol ma 2 biji.. esok nak kena ganti pulokk

Tuesday, November 26, 2013

Jemput rezeki hanya dengan niat

Bismillah...

Alhamdulilah rezeki malam ni..

Ada cerita di sebalik burger ni...Macam ni cerita dia..Mula2 aku terasa macam nak makan burger so aku tanya la membe tu nak makan burger ke tak.. Dia kata taknak.. So aku pon diam jer la, sebab aku malas nak pergi
..

Lepas di keluar datang bos aku plak..  tanya dah makan ke belum.. Aku cakap la belum .. Tiba2 dia suruh aku pergi beli burger...

Kan rezeki tu.. Tadi niat jer nak makan burger.. Allah Swt bagi melalui orang lain...

Alhamdulillah...

Monday, November 25, 2013

Tangga 1001 kenangan

Bismillah..

Nampak tak tangga ni.  Ada dua budak kan..Diorang ni sebenarnya anak paksu aku dan secara automatik menjadi sepupu aku tapi nama diorang pun aku tak tahu...

Aku bukan nak cerita pasal sepupu tapi pasal tangga ni.. Keseluruhan bahagian tangga ni ada sejarah untuk aku..

Sejarah manis bagi aku la. Bagi orang lain mungkin tkde maknanya tangga ni ..Yer la tangga batu dengan simen apa yang ada sejarah sangat kan ..

Hurm sungguh nostalgia tangga ni..
Kalau nak tahu tunggu la bila aku rasa nak cerita pasal sejarah tu..

Ps: betul la cite ni. kan tajuk dia pasal tangga bukan pasal sejarah kan kan.

Sunday, November 24, 2013

Abam iyo dah takde...

Bismillah

Petang tadi dapat berita yang menyedihkan dari Ph.. Khabarnya abam iyo dah takde.. Sedihnya aku rasa..

Abam Iyo adalah ikon bagi pencinta haiwan kat Malaysia ni...Aku tahu ramai yang turut sama sedih dengan berita ni..

Semoga tenang kat sana yer abam iyo.. Ramai yang akan merindui abam iyo kat sini ..

hurm tak boleh taip banyak2 nanti aku pulak yang nangis...

Hikmah di hari sabtu

Bismillah...

Mula2 cuma main2 jer nak balik awal .. Tapi oleh kerana di backup oleh abg Ramli akhirnya dapat jugak aku balik awal... Takde awal mana pun dalam pukul 3 petang.

Nak jadikan cerita masa nak balik tu minyak memang nak kering dah.. Tapi saja abaikan sebab nak isi kat caltex. Makanya masa lalu kat Petronas tu.. Buat dek jer la.. Dalam 200 meter kedepan motor Hassan tu mula tersengguk sengguk dah.. Dalam hati kata hah habis la kena tolak jap lagi..

Untuk menyelamatkan diri u turn balik la pergi kat Petronas tadi.Dalam sengguk2 tu alhamdulillah,sampai jugak ..

Lepas isi minyak. Teruskan perjalanan ..Tak sampai 1km tersengguk sengguk balik motor tu..Hurm apahal pulak ni.. Jalan la jugak slow2 .. Sampai berdekatan surau Flat Pelangi indah tu .. Mati terus motornya.. Mungkin sebab plug dia kot.. So aku pun bukak la plug dia...Punya la hitam plug..Gosok2 sambil doa2 sikit baru pasang balik .. Alhamdulilah hidup dia. Perjalanan diteruskan ..300 meter jer dia jalan pastu mati betul kat jalan tengah antara Pelangi indah dan Puteri wangsa tu...

Nyaris2 nak kena langgar lori tu..Alhamdulilah selamat jugak melintas jalan..Jalan slow2 sambil tersengguk sengguk... Akhirnya sampai jugak kat kedai motor tu..

Mula2 budak dia tukar plug...Masih tak ok lagi..Pastu bos plak turun habis dia bukak..Cek punya cek kock minyak bawah tu sumbat..Ada gam katanya...Jadi dia tukar kock minyak tu dengan plug..Alhamdulilah kena cas Rm71.

Sampai kat rumah dalam pukul 5 .. Balik je ajak ma pergi Giant... Nak bayar bil elektrik yg tertunggak 4 bulan tu.. Pergi naik motor sebab nak cepat ..Takut terlepas sesuatu yang penting.. Macam biasa la ..Bila bawa baby nana jer..Mesti nak makan kat luar punya.. So singgah la makan tomyam kat tempat biasa..

Balik jer buat apa yang patut.. Terus tidoe.. Pukul 10 lebih mak aku kejut.. Kata adik pengsan ..Ada kat kecemasan Hsa..Apahal pulak ..Sampai Hsa jer dapat tau dia ok ok jer.. Alhamdulillah... Cuma ada rasa terkilan sikit .. Yang ni biarlah rahsia...

Kisah ni sebenarnya berlaku semalam.. Ada sedikit halangan ,jadi tak sempat nak menaip..

Nampak tak ada hikmah dapat balik awal.. Rupanya ada banyak kerja yang harus disempurnakan..

Kalaulah aku balik pukul 7 ..Tentu kelam kabut jadinya kan..

ALHAMDULILLAH....

Friday, November 22, 2013

Lubang itu sudah ditutup

Bismillah...
Akhirnya lepas puas aku tepis kawan2 yang selalu tegur2 pasal kasut aku yang berlubang tu..
Ala yang berlubang kiri dan kanan tu...

kalau nak tengok sangat... Klik Sini

Nak tahu apa aku buat... Taraaaa...

Aku dah jahit dah lubang tu..Nak lagi best aku jahit tangan guna benang jahit baju mak aku..
Heehehe terserlah kekreatifan aku kat situ kann kan... Macam tk betul jer ayat tu kan. .
AH Bior la. ..

Aku perasan ada jugak yang pandang2 tapi takde cakap ape2...
Lagi sekali eeaaa.. Bior la.. Bukan mintak duit diorang pown kaannn..

Hurm agak2 berapa lama la tahan jahitan aku ni kann..

Eh hari jadi bulan depan apa kata aku bagi hint2 kat fb...
kot2 ada yang nak bagi hadiah kasut ker..haha mana tau kan ...

Ps: hint la sorang2 syam oii.... takde maknanya diorang nak bagi hadiah ...

Novel sejarah islam yang pertama

Bismillah...

Alhamdulilah... akhirnya habis juga aku baca novel sejarah islam yang bertajuk  

ABU UBAIDAH PENAKLUK PARSI..


Kalau nak tahu ni la novel sejarah islam yang pertama yg aku baca..Novel setebal 342 mukasurat ni aku baca dalam masa 8 jam. Yang ni aku pinjam dari Tok Mail Austin heights.. Sebelom sebelom ni aku biasa baca novel yang feeling2 jiwang2 jee...

Kali pertama baca sejarah islam macam ni... Kalau sebelum ni feeling pasal love story kali ni aku feeling pasal pengorbanan Rasul dan sahabat dia...Memang sentap habis beb...

Memang tak terjangkau sifat sifat sahabat2 Rasul kala nak dibanding kan dengan kita..
Alangkah beruntungnya mereka...

Lepas baca sejarah ni aku rasa terlalu banyak kekhilafan yang wajib aku perbetulkan ..
Esok TOK mail nak bagi aku pinjam Novel pasal Kamal Antartuk pulak...

Tak sabar nak tunggu esok..

Thursday, November 14, 2013

Resepi Ikan Siakap Terbang

Bismillah..
Semalam hari off aku.. Tiba2 terasa macam nak makan Ikan cencaru bakar..
So siap2 nak beli ikan kat econsave. Baby nana siap nak ikut jugak... Bawak jer la...

Sampai jer terus masuk area ikan. Tengah sebok2 pilih ikan untuk bulus2 kat rumah...Tiba tiba baby nak ikan besar... Jadi aku beli jer ikan siakap paling kecik...
Balik jer aku ingat nak masak 3 rasa tapi nanti pedas pulak. Jadi tukar ke resepi masam manis...

Bila nak goreng tu aku buang tulang tengah tu dulu.. Jadi bila aku angkat ikan tu isi tu melayang layang macam sayap burung... Baby tengok pastu dia jerit malam ni nak makan ikan terbang...
So jadi la resepi aku malam ni

Ikan siakap terbang masam manis..

Cara cara

1 ekor ikan siakap
Tepung Jagung
Sos Tiram
Sos cili
Sos tomato
Garam
Gula
Timun batang
Tomato
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Cili besar

Mula2 goreng ikan yang telah disapu garam dan disalut dengan tepung jagung..Goreng hingga garing ..



Kemudian panaskan minyak.. Tumiskan halia,bawang putih dan lada merah yang ditumbuk halus...Tumis hingga naik bau..Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili..Kacau dan masukkan air..Perasakan dengan gula ,garam dan perasa .. Kemudian masukkan timun batang, (aku bubuh zuccini sebab timun takde) lada merah, tomato dan bawang besar...kalau cair pekatkan dengan tepung jagung tadi
..
Dah siap curahkan atas ikan yang dah di goreng tadi...




Saturday, November 9, 2013

Sedap tak terkata makan Ikan koi Masak lemak




Bismillah..

Alhamdulillah murah sungguh rezeki aku hari ni... Dari pagi tak putus makanan...
Sampai la tengah hari ..Datang lagi rezeki tapi yang ni buat aku terkedu sekejap...

Cer teka lauk apa dalam mangkuk ni...

Macam mana ...Boleh teka tak..
Ni nama dia Resepi ikan Koi Masak Lemak cili api..

Alah ikan koi tu.. Kenal ke Tak kenal ni!!!!

Ni Ha macam kat bawah ni...
Hurm agak agak ada yang boleh telan ke... Aku tak tau la kalau korang boleh... Tekak aku memang tak boleh la... Mau je muntah hijau kalau aku makan lauk ni
..
Tapi disebabkan aku taknak kecikkan hati orang tua..Aku pun jamah la sikit..
Selepas suapan yang pertama masuk dalam mulut.  .Perrhhhh... sedap tu.... Sedap tak terkata la...Sampai boleh rasa macam ikan koi tu berenang dalam mulut..

Dan untuk suapan kedua hingga yang terakhir aku makan dengan lauk kaki ayam masak lemak dengan nangka muda...

Ni pun sebab nak jaga hati abg ramli...Susah susah dia balik ambik kat rumah..
Hehhehehe..

Sampai petang duk rasa macam ada ikan koi berenang perut ni tau... Perrhhhhh

Friday, November 8, 2013

Bil Air Tinggi part2

Bismillah

Semalam lepas balik dari kerja ,mak aku bagitau ,katanya pegawai SAJ datang cek meter air kat rumah.. Kemudian dia kata pegawai tu suruh bayar bil yang tertunggak tu dulu... Lepas tu yang Rm300++ tu diaorang suruh tunggu dan lihat Bil air bulan depan..

Hurm senang jer kan.. Semalam beria ia suruh bayar semua terus., Lepas tu bila dah datang cek , suruh bayar yang tertunggak dulu.. Yang terlebih tu abaikan dulu...

Ape punya citer dah ... Hurm ok aku tunggu dan lihat ...

Semalam mak aku kata dia ada chitchat dengan uncle cina jiran depan rumah aku tu... Dia kata uncle tu pun pernah kena bil macam aku ni tapi dia punya lagi banyak,, Dekat 3k tu bil dia... Perrghh Buat ape air banyak tu,,, dia ada kolam renang taraf olimpik ker kat rumah dia... hehehe

Saborr jee laa yerrr

Thursday, November 7, 2013

Bil air naik mendadak lepas Pasang meter baru

Bismillah..
Dua hari yang lepas bangun je dari tido, aku keluar pergi cek letterbox kat depan rumah tu... Mana la tahu kot kot duit dari Nuffnang hasil dari blogging ni dah sampai..

Sekali tengok takde la pulak, yang adanya bil air yang memang dah tertunggak tiga bulan... So aku target memang la akan jadi Rm200 bil tu.. Sekali aku tengok punya la banyak bil aku ..Sampai cecah Rm500 tu..Setahu aku bil tertunggak aku cuma Rm170 jer pun.. Macam mana pulak bil semasa aku bulan ni cecah sampai Rm300 ni..

Seingat aku la,  aku takde buat derma air paip aku ni kat semua penduduk kampung oren ni..Jauh sekali kalau aku bukak bisnes carwash kat rumah aku bulan ni... Kereta aku sendiri pun dah dua bulan tak mandi tau.... Confius sekejap...

Esoknya bersamaan dengan hari rabu yang merupakan hari offday aku .. Aku pun ajak la Pak Hassan pergi ke Saj kat Larkin sana..Mak n Tina pun ikut jugak...

Lepas puas tunggu giliran kat situ. Pak Hassan pun dengan lantangnya berbahas..

Jawapan pegawai tu pulak.  Maaf kami tak tahu hal ni.. SILA PERGI KE SAJ NUSAJAYA...


Jadi aku pun terus pergi sana ..Dah la jalan pun tak tahu... Main resah jer... Sampai sana jumpa abg moto kat lampu isyarat sana..Tanya dia kat mana Saj tu..Dia. cakap kat atas bukit dekat dengan Hospital Penawar.. Masuk jer dalam kawasan parking Hospital Penawar yang dijaga oleh Metro parking tu...Nampak la Saj kat sebelah hujung sekali ...

Masuk dalam tu. Sekali lagi berbahas kat situ.. Mula mula dia salahkan meter kat rumah aku tu..Katanya main baca agak2 sebab meter kat dalam kawasan pagar... Agak agak la kalau nak agak agak pun kan.. Bil semasa aku bulan ni dah sama macam bil aku untuk setengah tahun tu ...
Biar la bebenor..Pastu dengan sesuka dia jer suruh aku bayar dulu bil tu ..Pastu akan ditolak utk bil2 bulan depan..

Oh tidak ... Jangan harap ok...Lepas tu mak aku masuk plak perbahasan tu.. Lepas mak keluarkan hujah hujah serangan balas dia .. Abg tu cakap pulak..Tak payah bayar dulu.... Nanti Kami datang buat siasatan meter kat rumah...

Hah nampak tak permainan dia....
Cepat betul ubah keputusan.. Hurm...


So tunggu la dia datang rumah nanti...Lepas tu mak aku pun ajak pergi makan kat Kedai pokok Ceri...

Lepas makan aku tanya pak Hassan nak pergi mana... Tetiba dia cakap nak pergi Zoo...Adehh macam bebudak la pulakk..Hurm layankan aje la. ...

Tuesday, November 5, 2013

Salam terakhir dari adik tecik.

Bismillah...

Hari ini adalah hari yang suram bagi aku ... Hari ni dua anak kucing aku dah mati.. Satu mati kerana sebab yang tak dapat nak dipastikan...

Yang satu lagi mati kerana faktor kecuaian aku dan juga takdir allah swt....

Cerita dia macam ni ..Aku tengah tido tengah hari tadi. Masa tengah syok2 tido. Tiba2 dikejut oleh anak sedara aku ..lapar katanya .. Aku pun bangun la siap siap nak g beli nasi bungkus...

Masa nak keluarkan motor tu aku dah nampak dia main2 kat dlam rumah lagi... Kat bawah motor tu ada si tempang yg tengah baring,, jadi aku alihkan si tempang tu dulu...Lepas tu aku terus undurkan motor tu... Tak tahu bila masa dia pergi duduk belakang tayar..

Tiba2 dia menjerit lepas tu berlari tak sampai dalam rumah dia terus rebah... Aku pun terus gosok2 dia.. Menunggu dia habiskan sisa2 nafas terakhir... Lepas tu ......tak sanggup dah nak citer....

Sampai malam ni aku teringat kat dia... Maaf yer adik tecik... Abg tak sengaja....    Semoga tenang kat sana yer ....

Sunday, November 3, 2013

Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Bismillah..

 Tahniah diucapkan kepada pasukan Pahang atas kemenangan  Piala  Malaysia 2013..

 Gambar credit mstar
Bagi pasukan Kelantan Good Job diucapkan kepada semua pemain.. Anda dah cuba yang terbaik. Boleh cuba lagi untuk musiim depan yer... Bersama pemain2 pemain yang baru... Semangat baru yer...

Akhirnya penantian 21 tahun Pasukan Pahang berakhir juga.. Tahniah yer... Yang penting Pantai Timur Juara..


Ape ape pun Gomo Kelate Gomo Lagi tahun depan...


Nasional Fm penyelamat malam ku

Bismillah...

Memang sungguh nasib baik betul la.. Kenapa tak tahu awal awal...

Rupanya ada siaran langsung kat Radio Nasional Fm .. Awat tak habaq awai2.. Eh terpelat kedah plak...

Jadi walaupun kena tugas tetap dapat dengaq secara langsung baq hang... hahahaahha
...

Terima kasih no Nasional Fm... Ni yang chek sayang ni...

cett tetiba pulak kannn ...hahaahha..

Gapo gapo pong...

GOMO KELATE GOMO....

Ejah gol molek tu dehhhh...

Kelantan VS Pahang.. Siapa Juara??

Bismillah...


Malam ni adalah malam penentuan juara Piala Malaysia. Pertarungan antara Kelantan menentang Pahang ..

Dan kalau tanya aku dah semestinya aku akan sokong Kelantan sebagai Juara.. Dah nama pun anak kelahiran Kelantan kan.. Jadi Kelantan sentiasa dihati ...


Malangnya tak dapat nak tengok siaran langsung malam ni sebab terpaksa bertugas,..Takpe la .. Tunggu jer la update dari status sahabat2 fb malam nanti.. Insyallah boleh menang untuk Piala Malaysia 2013 ni...

Lagi satu cerita adalah khabarnya Pasukan JDT dah beli separuh dari skuad Kelantan untuk tahun ni. Banyak betul pelaburan JDT yer.. Nampak tak betapa hebatnya pemain kelantan aku tu..

Harap JDT boleh jadi Juara AFC cup yer tahun depan.. Kita Tunggu dan Lihat..
Ape pun Kelantan tetap dihati..

Gomo Kelate Gomo...

Saturday, November 2, 2013

Usai persidangan meja tiga segi

Bismillah...

Semalam lepas buat persidangan meja tiga segi dengan pemegang saham kedua terbesar di syarikat Dzoeys Rich Resource.. Iaitu Pak Hassan yang juga merangkap ahli jawatan kuasa JKKKKKKKKKK Kampung Pinang sebatang.... hehehe

Akhirnya aku yang juga sebagai Pengasas merangkap Pengerusi Syarikat Dzoey Rich telah membuat keputusan bersetuju untuk mendapatkan hak pengedaran Frozen Food bagi Daerah Johor Bahru..

Produk akan diumumkan selepas sah segala urusan...

YANG BENAR
ZAILISYAM ASRI
(Pengasas Dzoeys Rich)

Amacam..Macam suspen jer kann..Memang pun tapi segala yang tertera kat atas tu semua adalah benar tiada yang benar melainkan yang benar benar belaka..

Insyallah ..Moga dipermudahkan allah swt...

Doa doakan lah yer...

Amin....

Friday, November 1, 2013

Dugaan di pagi Jumaat...

Bismillah...
Dugaan di pagi jumaat.. Penghulu segala hari...
Sebelum tu syukur masih diberikan peluang oleh allah swt bertemu dengan hari yang mulia ni..
Ni nak citer nampak tak dua motor tu...Dua dua mengalami naaib yang sama... Bocor tayar depan...
Aku dah la tengah bersemangat ni nak pergi kerja... Boleh pulak bocor hari ni..
Bab kerja semua dah settle.. Bos pun dah inform tadi...

Sekarang nak tunggu pak angkat aku datang.. Saje je nak suruh dia teman aku kat tepi jalan ni...
Boring la duk sorang2 ....

Ada geng boleh borak pasal bisnes juta juta...
Biasa la aku kan bakal jutawan ...

Thursday, October 31, 2013

Berangan sekejap di Tasik dot dot dot

Bismillah...
Berhenti sebentar dari buat kerja..Cuci dan rehatkan mata sekejap.
Alhamdulillah syukur dengan nikmat melihat yang dikurniakan allah swt...

Macam best jer cuaca hari ni.. Redup dan berangin..Kalau lari buat marathon keliling tasik ni pon ok jugk kan...

Hurm memang tak ar.. Tak larat nak berlari... Apa kata kalau buat kuak lentang kat tasik ni...
Eh lupa belum pandai lagi.. Baru belajar kuak rama rama jer ni..
lain kali jer la ..

Duduk jer la kat pondok tu... Boleh bayang macam duk kat tepi Danau Toba sambil nyanyi lagu Tegar...
Eehem eehem ehemmm...Cubaan suara...

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang dulu dulu dulu dulu...

adehh sekali lupa lirik la pulakkk... Hurmmm

 Hurmm Baru nak asah bakat terpendam... Nyanyi sikit terus hujan plak,... Macam mana nak masuk akademi fantasia ni...

Eh ! Tiba tiba ada pengikut

Bismillah...

Aku tiba tiba terkejut masa buka blog ni semalam... Tiba2 ada pengikut plak blog ni...  Datang dari celah mana pengikut ni. Aku tak pernah promosi pon blog ni.. jauh sekali nak cari pengikut... Tiba2 jer muncul.

Pelik ni.. Mana datang mereka  ni.. Aku pun biar jer la..Pening ,pelik bin ajaib... sambil garu2 kepala terus tertido...

Bangun jer keluar bilik.. Jumpa mak aku... Lepas tu baru la tahu ..Rupa rupanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekali mak aku yang blogwalking blog aku ni rupanya...
Patut la tiba tiba ada pengikut...

Wednesday, October 30, 2013

Aku ,papahero dan kucing jalanan

Bismillah...

Dari jam 1 tadi sampai la ke jam 4.44 pagi ni....Air mata terasa macam nak mengalir deras membaca kisah perjuangan papahero dan kisah penderitaan haiwan jalanan yang terseksa ...

Aku kagum sangat dengan perjuangan dan pengorbanan papahero dan keluarga serta kawan2 yang lain ..Aku yang memang suka sangat dengan haiwan pun mungkin tak sehebat mereka...

Entry terakhir yang baca kat blog kakimotong tadi adalah tentang sumbangan yang diterima dari seseorang untuk bulus bulus papahero...

Sebenarnya aku memang dah lama berfikir... Dan aku berazam aku akan menjadi penyumbang untuk pertubuhan pencinta haiwan terutama skali pertubuhan hero....

Menyumbang sedaya termampu... Insyaallah dengan rezeki kurniaan allah pada aku .. Akan aku infakkan pada yang sepatutnya...

Insyallah aku nak lawat kakimotong cat village satu hari nanti....

Ps/: Mesti 16 ekor bulus kat rumah tak sabar tunggu aku.. Nak sarapan...

Tuesday, October 29, 2013

Tuah ayam nampak di kaki Tuah Nabil dapat Kondo Sejuta

Bismillah...

Tahniah aku ucapkan pada Nabil.. Nabil mana.. Nabil raja lawak tu la...

Khabarnya dia dapat kondominium free... Satu juta katanya....

Camni cerita dia... Nabil katanya pergi melihat kondominum kat kawasan mana entah... Tak ingat plak... Dia berminat nak beli lepas tu jumpa pihak pemaju.. Bincang pasal rumah tu .. Pihak pemaju plak offer nak bagi rumah kat nabil  sebagai ganti nabil jadi duta dia setahubn..  Ok la kan kan...

Tuah ayam nampak kat kaki tuah Si Nabil dapat Kondo Satu juta...

Ps:/  Aku dah order banglo empat tingkat kat bukit Austin tu... Tinggal tunggu pemaju offer jadi Duta jer... Hikhikhik

Rahsia Ku Terbongkar

Bismillah..

Akhirnya tak dapat lagi nak sorok sorok rahsia aku.. Rahsia jiwa, dan raga,  cehh  macam la rahsia sangat kan...

Kalau pecah rahsia mana letak harta karun macam yang diorang kata ada kat bawah kubu yang ada kat Tamilnadu sana tu len la citer kan.. Sape jumpa memang kaya raya 18 keturunan... Tapi belum jumpa baru nak korek tu pun dah berebut rebut dah... Skarang ni tak tahu la dah korek ke belum....

Eh ape sampai kat Tamilnadu lak citer aku ni kaannnn...Tiba tiba teringat berita kosmo hari tu...

Sebenarnya nak citer ni ..Mak aku kata dia dah baca entry menyayat hati dan menikam sanubari dalam blog ni...  Hahaha macam yer yer jer aku... Abis la .. Tak boleh dah nak privacy kisah silam dan masa depan aku  ..Sume mak aku baca... Tu la sape suruh tunjuk kat dia blog ni kan ....

Ps /: Kalau nak privacy tulis surat pastu bubuh dalam botol pastu tanam dalam tanah sedalam tujuh kaki... Eh macam kubur la plak ....

Sah Atau Tidak Solat Subuh tanpa Doa Qunut

Bismillah..

Entah macam mana masa solat subuh  tadi boleh terlupa nak baca doa Qunut..

Sebab pernah dengar UAI kata sah solat Subuh maka aku teruskan solat sampai habis...

Lepas habis solat rasa khuatir plak..Jadi aku pun google la tentang Solat Subuh tanpa Doa qunut..

Ini jawapan yang aku dapat..

Hukum melakukan qunut
Subuh ni sebenarnya?

Sebenarnya memang ada perbezaan mengikut pendapat ulama yang berlainan.

Tapi kita jangan pening-pening,
disebabkan kita mengikut Mazhab Syafie
maka hukumnya adalah SUNAT
MUAKKAD (sunat yang dituntut/disuruh).

Maksudnya, sebaik-sebaiknya kita
lakukan. Jika terlupa atau sengaja
meninggalkan qunut, solat Subuh tadi
tetap SAH. Tapi selepas tu sunat kita
melakukan Sujud Sahwi.

Kalau tak buat
jugak Sujud Sahwi? Takpe, solat tetap sah sebab hukum asal melakukan qunut adalah sunat.

Jadi terjawab la sudah... Dengan besar hatinya... Sah Solat aku tadi... Alhamdulillah...

Tapi lain kali jangan lupa abg Nz yer...

10 Tahun Lagi Masihkah Aku Begini

Bismillah..
Saat aku menekan keyboard utk menulis entry ni, jam menunjukkan 4:28 pagi...Mata masih lagi cerah.. Takde tanda tanda mengantuk..

Otak ligat berfikir tentang masa depan... Apa yang aku akan jadi pada 10 tahun akan datang... Masih lagi begini atau akan tercapai segala impian...
Semua bermain dalam fikiran selepas aku menelusuri medan maya dan melihat laman sosial kawan kawan sekolah rendah aku dulu..

Ramai antara mereka dah berjaya.. Cik Z contohnya.. aku dapat tahu yang dia dah berjaya jadi seorang peguam dan sekarang berada di kota london.. Mungkin sedang menyambung pelajarannya... Kali terakhir aku jumpa dia masa sama sama belajar memandu dulu..Kalau tk silap mungkin 5 ke 6 tahun yang lepas.. Sebelum dia masuk ke Universiti...

Dia dah berjaya sekarang dan aku masih mencari...

Nazirul pula antara orang pandai dalam kelas aku dulu dan juga merupakan antara sahabat karib aku... Melalui facebooknya aku tahu yang dia dah pun berumahtangga... Dia ada menjemput Ku ke majlisnya tapi aku segan kerana aku masih begini...

Ramai lagi yang payah untuk ku sebutkan nama mereka.. Bagi ku mereka adalah sahabatku..Walaupun aku telah pupus dari ingatan mereka..

Melihat mereka berjaya dengan kehidupan mereka, aku gembira untuk mereka .

Terkadang bila aku tringat kenalan 2 lama  aku untuk mencari tahu hal hal mereka.

Impian bergelar jutawan harus digapai tak kira apa halangan , apa jua rintangan..
Terkesan aku dengan kata Tun Mahathir Mohamad ..

Ingin berjaya harus melanggar tembok . Jatuh bangun lagi.. Langgar berkali kali hingga antara satunya pecah.. Sama ada tembok ataupun Kepala pecah...Jangan Pernah mengalah..

Yang benar
Sg Zailisyam asri

Monday, October 28, 2013

Apabila Mereka Bersantai


Tu diaa aih berguling guling semua dia ,Seronok benar diorang bersantai kan..

Punya la excited si Labu ni.. Sampai panjat pagar dia yer... Jaga sikit yer pagar tu dah reput.. Kang masuk berita muka depan kang.. Tajuknya Si Labu Kucing tersepit bawah Pagar.. hehehe

 
 Yang ni plak dengan kucing pun dia nak dengki.. Kucing panjat pagar dia pun nak panjat jugak, Ganas betul Baby  Nana Ni Kaannn..


Akhirnya berjaya jugak sampai ker puncak.. Bergaya sambil berangan berjaya panjat Gunung Everest la tu Kaannn...

Tak sampai 10 minit diorang bersantai... Tu dia aih,,.. 

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aynie angkat kain HUJAN, JEMURAN dah turun...

Semua berlari macam Usain Bolt masuk dalam rumah... 

Kesian baru nak santai santai..

Cuba Lagi di lain hari yer...



Saturday, October 26, 2013

The Red Warrior ke Final

Bismillah..

Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak TRW melangkah masuk final...

Semalam punya la nerves tengok game Kelate vs atm semalam... Separuh masa pertama dah gol 2 - 0..  Sampai minit ke 80 sama jer gol tu..Pastu hodak masukkan Masukkan Fakri Saarani , terus dia sumbat gol , tiga minit lepas tu piya pulak jaring gol...

Yeaa menang jugak akhirnya.. Boleh jugak tengok Trw kat final... tpi rasanya macam tk boleh tengok kot...

Rasanya memang tak boleh..Kena keeja la pulak....

Friday, October 25, 2013

Nota semangat dari coach Bahar

Nasihat untuk anak muda:

Biarlah, jika anda masih muda yang
belum punya apa-apa

Biarlah, bila anda diperlekeh dengan
idea kecil dan usaha kecil dengan
kurang pengalaman.

Biarlah, jika cinta anda di tolak kerana
anda tidak bekerja dan hanya berniaga
kecil-kecilan.

Biarlah, jika anda dimarah berkali-kali
walaupun bukan salah anda
kadangkalanya sebab hanya yang
marah anda itu bos anda.

Kerjalah dengan kuat, teruskan usaha
dan jangan pandang belakang. Bila
anda siap semuanya , bila anda sudah
berkereta ferari, bila anda sudah lulus
degree nya, bila anda sudah punya
syarikat sendiri

Mereka semua akan mula memandang
anda dan mengenal anda.

Sentap aku dengan kata kata coach...

Insyallah.. Aku akan buktikan pada semua... Aku yang dulu bukanlah yang masa depan...

Maaf ya adik tegar.. Abg Nz tukar tajuk sikit..HeheheHe.. :-)

Separuh Akhir Kedua PIALA MALAYSIA .. Kelantan VS ATM



Bismillah..

Hari ni  er silap silap... Malam ni akan bermula aksi separuh akhir kedua piala MALAYSIA WATSON ... Pertembungan antara Team Aku iaitu tak lain dan tak bukan Kelantan The Red Warrior menentang ATM THE GLADIATOR di Stadium keramat kat kelantan.. Ape entah nama stadium tu.. Harap maklum yer.. Aku ni memang orang kelantan.. Lahir pun kat Hospital Kota Bharu... Tapi aku membesar di Klang Selangor OK..., Sebab tu tak tahu nama Stadium tu... Hehehe..

Jangan maroh deh adik kakok belako...

Hehehe..Nasib baik lagi sekali malam ni ada siaran langsung kat RTM 1 .. Terima kasih yer RTM1...Kalau tak terpaksa la aku menapak ke kedai mamak lagi malam ni... Jimat duit kawe... huhuhu..\\

Harap TRW kita menang la yer...

Gomo kelate Gomo..

Eh lupa lak.. tadi terbaca kat Metro Jurulatih ATM kata Misi mustahil nak menang kat Kota Bharu tu,..Ape ni belum bertempur dah mengaku kalah punya statement dah keluar ke... Ish ish ish... Sifu aku cakap.. Ape yang kita buat ,ape yang kita rasa dan apa yang kita Fikir adalah DOA..

Jadi nampaknya Jurulatih dah berdoa sesuatu yang tak bagus ni,,,..

Kita tengok jer la malam nanti yer... Ape yang akan jadi.. Kita Tunggu dan lihat...

Insyallah TRW MENANG BESAR....

EH Jap2 ada lagi.. Terbaca kat metro jugak tadi.. Ada yang pengsan masa nak beli tiket kat Sarawak.. Punya la berebut sampai ada yang panjat tembok.. Punya la fanatik.. Jangan kata sarawak jer.. Kelantan pon sama jer.. Tak caya cuba tengok gambar bawah tu.. Apo nak jadi sep kito ni..



 Foto Menarik
 kredit gambar kat mymetro

Pesan aku : abang2 akak2 pakcik2 .. Minat tu minat jugak .. Keselamatan kena jaga ok...






Thursday, October 24, 2013

Budak penghantar amuk tikam mati 2 orang di Kuala Lumpur

Masa tengah online tadi tiba2 ternampak status Abg Ben Ashaari ... Ada kes amuk dan bunuh kat Kuala Lumpur pagi tadi...

Dalam hati aku plak... Betul ke ni.. Apa lagi terus cek kat kosmo online ..Takde plak kisah tu.. Lepas tu cek pulak kat Mstar online...

Ada la .. Katanya seorang penghantar barang yang sedang menghantar barang tiba 2 telah menikam tuan kedai tersebut ,pembantu kedai tersebut turut ditikam...Kemudian lelaki tu naik van tadi dan terus melarikan diri lalu terlanggar dua buah kereta .Kedua lelaki turut ditikam.. Terus maut ditempat kejadian..

KorangPenat la taip guna hp ni.. Nak tahu citer lengkap klik sini...


Takziah untuk mangsa2 .

Program cuti2 tahun 2014 Nz

Bismillah..

Pagi tadi aku ternampak satu gambar tentang Cameron Highland.. Ramai yang selalu posting pic cuti2 diorang kat fb.. Yang selalu sangat post.. Cameron highland...

Nampak macam best jer .Kata orang tempat tu sejuk.. Ada strawberi segar... Dan macam2 lagi..
Aku teringin sangat nak sampai sana.. Ya allah kau tunaikanlah hasrat hati aku. Kau makbulkan lah aku utk pergi ke cameron highland bersama mak, adik ,nana dan pakcik hassan... Ya allah kau tunaikan lah... Aminn..

 Pelik kan aku ni sebut tempat lain tapi letak gambar tempat lain. Sebenarnya ni pun salah satu impian aku .. Nak Ke Eiffel Tower ni.. Hehehehe

Insyallah tahun depan aku akan buat program cuti 2  aku ... Tempat pertama Langkawi...  sebab ma nak sangat g sana kan.. Tempat kedua aku nak g Cameron highlnd... Insyaallah...

Monday, October 21, 2013

Petunjuk jutawan dlm masa 3 tahun.

Bismillah...

Malam tadi masa melawat bloga abang Firdaus...Aku baca la entry dia pasal perjumpaan dengan 13 jutawan dari bisnes shaklee... Aku yang baca ni rsa excited semacam jer...

Yer la average tiga thun jer..Dah jadi jutawan... Macam doa2 aku tu..Nk jadi jutawan dalam masa 3 tahun dari sekarang...

Aku rasa macam nak join geng shaklee ni .. Modal dia pun takde la besar sangat...

Ok.. nanti aku cari info lagi pasal jadi pengedar shaklee ni...

Macam ada petunjuk dari allah ... Jutawan dalam masa 3 tahun...

Insyallah...Aminnn...

Sunday, October 20, 2013

Keajaiban 101 list...

Bismillah...

Alhamdulillah...Memang keajaiban terjadi... Selepas aku tulis jer dalam senarai 101 tu..Terus aku berubah...

Dari seorang yang lalai dalam hal hal solat ni.. Terus aku jadi seorang yang tekun dalam menunaikan solat...

Alhamdulilah semua dengan izin allah... Insyaallah banyak lagi benda dalam senarai 101 aku tu... Semoga allah makbulkan...

Aminnn...

Saturday, October 19, 2013

Teknik Syiling haram diguna.

Bismilllah..
Ni ada lagi satu sistem kalau nak simpan duit... Caranya gunakan duit syiling...Sapa nak tahu sistem ni..
.
SILA ANGKAT TANGAN PASTU SENYUM KAT CERMIN DULU...

Ok dah buat apa saya cakap tu... Bagus.... ni cara dia... Mula mula anda pergi cari botol yang lutsinar... Tak kesah la botol ape pun... botol mineral pon boleh...

Buatkan satu lubang yang muat2 untk masukkan syiling 50sen... ..
Lepas tu cari salotip... salotipkan bahagian penutup anda tadi..

Lepastu cari duit syiling masukkan kat botol tu... Letakk
an kat tempat yg senang anda nampak ok...

Yang last ni wajib ikut ok... Setiap kali pergi kedai sila jangan gunakan duit syiling.. Gunakan duit kertas setiap kali nak buat pembayaran... Duit baki tadi yg syiling tu.... Balik dan masukkan dalam botol yang dah buat tdi tu...Buat macam tu jer... Confirm setiap bulan lima puluh ke seratus ringgit boleh kita simpan tau... Dah penuh botol tu.. Tukar syiling tu jadi duit kertas lepas tu guna Teknik simpan lupa plak...

Dah jadi ribu2 duit tu nanti boleh la buat beli banglo...
Selamat mencuba...

Sistem simpan duit lepas tu lupakan...

Bismillah...

Sistem simpan lupa untuk jadi jutawan...Ape tu dan macam mana???

Hari tu ada terbaca dekat ruangan irfan khairi kat Metro tu.... Kalau nak cepat kaya kena buat sistem simpan pastu lupakan duit tu... Bukan lupa kat mana simpan ok... menggagau nak cari balik lepas tu....

Motif dia macam ni la dari pengamatan aku... Setiap bulan kita ambil dan simpan sebahagian duit yang kita dapat tu kat 1 akaun yg berlainan... Nak lagi best masuk kat akaun asb... Setiap bulan kita simpan dan hujung tahun nanti dapat dividen dia pun lupakan jugak... Buat macam duit tu tkde..supaya duit tu akan membiak kat situ... ..

macam ok jer cara ni kan... Ok nanti aku nak guna sistem ni...

Game belum habis, Aku menang dulu

Bismillah.

Semalam game  Kelantan vs ATM.. Punya la semangat aku nak tengok game tu... Dalam hati kata Kelantan dah menang lepas Piya jaringkan gol tu... Lima minit lepas tu ATM plak yg Goll.. Sampai la habis separuh masa pertama tu..

Lepas tu.. hurm... Aku yang menang dulu.. Terus terlelap sampai pagi ..Heehheeheh... sedar2 dah pukul 4.30 pagi... Terus ambil wudhu solat tahajud ..Lepas tu baru la buka Kosmo Online.. Alhamdulillah... Menang jugak Kelantan... Hehehe... Kan dah kata tkkan jadi lauk ...

Kita Tunggu game kat Kota Bharu plak nanti...  

Friday, October 18, 2013

ATM VS KELANTAN..

Bismillah,..

Malam ni ada satu lagi perlawanan antara Kelantan VS ATM... Sama sama hebat dua2 pasukan ni...\
Nasib baik la aku kerja siang hari ni kan.. Dan nasib baik jugak ada LiVE di RTM1...
Kalau tk terpaksa menapak ke mamak lagi aku..

Ramai kat tempat kerja duk buat provokasi kat aku ..Katanya kelantan bakal jadi lauk ATM malam ni..
Hahahaha. ada aku kesah... Insyaallah menang malam ni..

Kita tungggu dan lihat jer la kan.,

Hari jumaat dan Misi tahun 2014

Bismillah...

Hari ni hari jumaat ,alhmdulilah syukur... Dapat lagi aku bertemu dengan penghulu sgla hari ni...

Masih lagi tak dapat nak pergi menunaikan solat sunat jumaat macam dulu2.. Terpaksa tak pergi sebab kena kerja.. Kerja macam aku ni memang kena ikut time..nak pergi solat jumaat pun kena ikut turn...

Insyallah ni tahun terakhir aku kerja pak guard ni... Tahun depan aku akan start keja sendiri... Aku nak mulakan empayar perniagaan aku sendiri...

Yang pasti tahun depan aku takkan tinggal solat jumaat dan solat dhuha... Insyaallah...
Aku wajib jadi jutawan thn depan...Aku ada misi yang harus disempurnakan....

Thursday, October 17, 2013

Aku ma dan tomyam

Bismillah..

Time tengah tunggu nak balik kerja ni... Tiba2 terbau macam bau tomyam.... Teringat dulu ,masa aku form 2,3,4 dulu..Kalau time petang2 macam ni aku mesti call ma sebelum dia balik kerja... Wajib aku pesan tomyam dan seangkatan dengannya...

aku call jer mesti ma beli.. Tak pernah dia tk beli ape yg aku mintak tu... Aku tak pernah tnya pun dia ada duit ke tak.. Yang aku tahu cuma mintak... Sekarang, bila dah cari duit sendiri ni ,baru la nak terfikir pasal... Tapi tkpe.. sekarang aku dah keja dan ma dah duk rumah... Jadi mak yg minta apa je yg dia nak kat aku... Insyaallah aku akan bagi segla apa yg dma mintak t...

Wednesday, October 16, 2013

Hari Raya Haji Tahun 2013

Bismillah..
Semalam hari sraya  haji .. Masih lagi di Johor Bahru... Ok ni ceritanya ok..
Macam tahun lepas..Tahun ni aku dapat lagi peluang untuk join majlis keorban di Masjid An Najah Taman Daya...


Kalau tahun lepas aku join dengan Dollah.. Thun ni lagi seronok sebab aku bawak ma ,pak Hassan dan Baby Nana sekali...  Yer la kan aku ada kereta dah ...Hehehe...





Dapat la 2 kg daging korban tu..Alhamdulillah..syukur dengan rezeki allah semalam...Dapat makan mee Goreng.. Nasi lauk ayam gulai... Ada juga sup tulang macam tahun lepas tapi tahun ni tak dapat rasa...
Mak macam seronok jer smalam... Part yang paling best ..Pisau yang aku bawak path masa lapah kulit lembu tu... Yer la tu jer la pisau yang ada kat rumah... Nasib la ma tengok sendiri huhuhu..Kalau tak ..Jenuh nak menjawab....

Semalam memang best..Baru la ada rasa macam raya sikit..Kalau tak duk memerap jer dalam bilik...Petang pergi kerja..

Insyaallah tahun depan aku pulak nak korban 2 ekor lembu .. Amin...

Monday, October 14, 2013

Lawatan ke ZOO JOHOR kali ke 5

Rasanya ni dah kali ke berapa pun aku tak tahu .. Ni semua si Baby Nana punya pasal lani... Suke sangat masuk zoo ni rasanya monyer2 kat Zoo tu dah kenal Muka aku kot...Malas cakap banyak dah.. Jom tengok gambar dalam zoo ni...