Showing posts with label Haiwan Peliharan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan Peliharan. Show all posts

Sunday, January 26, 2014

Penunggu Dapur RumahKu

Sudah 11 hari sejak aku pindah masuk rumah baru ni.
Keadaan baik baik saja.

Cuma bila masuk kat dapur selalu nampak Makhluk berbulu.
Setiap kali masuk dapur jer mesti nampak kat tepi dekat dengan dapur tu..
Duduk tercongok kat situ. Memerhati aku bila aku masuk kat dapur.

Hari ni aku dapat snap gambar makhluk tersebut..
Makhluk tu berbulu ,ada ekor yg panjang dan bergigi taring yang tajam...
Tengok gambar yang aku sempat rakam tadi..

Ni lah dia.. Nama dia dora.. Kenapa entah.. Setiap masa duduk kat dapur...

Sunday, November 24, 2013

Abam iyo dah takde...

Bismillah

Petang tadi dapat berita yang menyedihkan dari Ph.. Khabarnya abam iyo dah takde.. Sedihnya aku rasa..

Abam Iyo adalah ikon bagi pencinta haiwan kat Malaysia ni...Aku tahu ramai yang turut sama sedih dengan berita ni..

Semoga tenang kat sana yer abam iyo.. Ramai yang akan merindui abam iyo kat sini ..

hurm tak boleh taip banyak2 nanti aku pulak yang nangis...

Tuesday, November 5, 2013

Salam terakhir dari adik tecik.

Bismillah...

Hari ini adalah hari yang suram bagi aku ... Hari ni dua anak kucing aku dah mati.. Satu mati kerana sebab yang tak dapat nak dipastikan...

Yang satu lagi mati kerana faktor kecuaian aku dan juga takdir allah swt....

Cerita dia macam ni ..Aku tengah tido tengah hari tadi. Masa tengah syok2 tido. Tiba2 dikejut oleh anak sedara aku ..lapar katanya .. Aku pun bangun la siap siap nak g beli nasi bungkus...

Masa nak keluarkan motor tu aku dah nampak dia main2 kat dlam rumah lagi... Kat bawah motor tu ada si tempang yg tengah baring,, jadi aku alihkan si tempang tu dulu...Lepas tu aku terus undurkan motor tu... Tak tahu bila masa dia pergi duduk belakang tayar..

Tiba2 dia menjerit lepas tu berlari tak sampai dalam rumah dia terus rebah... Aku pun terus gosok2 dia.. Menunggu dia habiskan sisa2 nafas terakhir... Lepas tu ......tak sanggup dah nak citer....

Sampai malam ni aku teringat kat dia... Maaf yer adik tecik... Abg tak sengaja....    Semoga tenang kat sana yer ....

Monday, October 28, 2013

Apabila Mereka Bersantai


Tu diaa aih berguling guling semua dia ,Seronok benar diorang bersantai kan..

Punya la excited si Labu ni.. Sampai panjat pagar dia yer... Jaga sikit yer pagar tu dah reput.. Kang masuk berita muka depan kang.. Tajuknya Si Labu Kucing tersepit bawah Pagar.. hehehe

 
 Yang ni plak dengan kucing pun dia nak dengki.. Kucing panjat pagar dia pun nak panjat jugak, Ganas betul Baby  Nana Ni Kaannn..


Akhirnya berjaya jugak sampai ker puncak.. Bergaya sambil berangan berjaya panjat Gunung Everest la tu Kaannn...

Tak sampai 10 minit diorang bersantai... Tu dia aih,,.. 

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aynie angkat kain HUJAN, JEMURAN dah turun...

Semua berlari macam Usain Bolt masuk dalam rumah... 

Kesian baru nak santai santai..

Cuba Lagi di lain hari yer...