Tuesday, September 30, 2014

Terbawa Hingga ke dalam mimpi

 Bismillah..

Kesakitan yang aku rasa di bahagian  bahu sebelah kiri ni semakin teruk pulak..
Tak tahu la kenapa..
Makan ubat dah macam macam ubat dah.

Malam tadi sampai terbawa bawa ke dalam mimpi pulak.
Tapi mimpi aku pergi berubat.

Tempat tu seperti sebuah tempat perubatan alternatif.
Sekali tengok macam tempat berbekam lintah,.

Orang yang berubat tu berperwatakan macam seorang ustaz.
Dia mula mula tanya kat mana aku sakit.
Aku cakap la kat bahagian bahu ni.

Lepas tu aku nampak dia ambil satu wayar .
Yang macam wayar oxsigen untuk akuarium ikan..
Ala yang warna putih tu..

Dia lekatkan kat bahu aku .
Terasa macam ada angin menyedut.'
Macam vacuum tu..

Lepas tu aku nampak darah merah pekat disedut..
Makin lama makin pekat.
Makin lama makin pekat

Lepas tu ustaz tu macam terkejut.
Dia kata pekatnya bahaya ni.
Tanda sejenis penyakit...

Lepas tu aku tersedar dari tidur,
Apa makna semua ni yer..

Adakah hanya sekadar mainan tidur
Atau ada maksud disebaliknya....

Friday, September 26, 2014

Tarik Trafik Blog Dengan Ping Busuk

Bismillah..

Hari tu ada up entry bertajuk Berlari Ke Masjid Ukm   

Lepas tu lama jugak la tak update aktiviti aku ni kan..
Bila aku masuk balik ke blog yang memang tak popular ni ..
Tengok last entry aku tu.
Ada  53 pageview..




Terkejut jugak . Mana datangnya pembaca ni kan..
Jadi ku pun mula buat siasatan..
 Tengok kat feedjit tu..


Semua B kan... maknanya semua redears tu datangnya Ping Busuk..

Jadi maknanya kebanyakan pembaca adalah dari ping busuk..

Pada yang nak up trafik blog tu boleh la try masukkan blog anda ke PIng busuk yer.

Boleh daftar Disini --> Klik Sini

Perhatian. Jangan up entry yang 18sx yer..
Besar potensi untuk kena sekat oleh pihak Pingbusuk.org


Friday, September 19, 2014

Berlari ke Masjid UKM

Hari ni kami berempat Team Rambo..
Berlari untuk ke masjid nak sembahyang jumaat.

Alkisahnya begini...

Pagi tadi ex Team Rambo yang juga merupakan Tuan punya
kereta yang kami gunakan sekarang datang nak ambil balik kereta dia.

Jadi kami dah tkde la kenderaan nak bergerak.
Sementelah hari ni kan hari Jumaat..
Makanya kami berempat nak la ke masjid untuk sembahyang jumaat.
Oleh kerana kenderaan tkde. Keputusan yang dibuat adalah..

Berjalan kaki untuk ke masjid..
Mula2 hujan  .. Lepas tu gerimis.. kemudian panas.

Mula mula berjalan.. Tak lama lepas tu diorang mula berlari.
Aku ni yang dah berapa lama tak excercise.
Punya la susah nak berlari.

Kejar la jugak diorang tu..
Akhirnya sampai dalam keadaan baju yang basah..

Lepas sembahyang Sekali lagi menapak..
Kata diorang .. Ini dugaan sebelum berjaya..

Semoga kejayaan menanti kami nanti...

Bagaimana aku disedarkan bila aku tido matii

Bismillah..

Jam sekarang menunjukan pukul 5.39 pagi. Awal sangat aku bangun hari ni..
yer la semalam dah bantai tido kul 6 ptg sampai pukul 10 malam..
Sampai tertinggal solat maghrib dgn solat isyak. (apa nak jadi aku ni)
Sekali lagi aku lalai dalam melaksanakan apa yang allah sw wajibkan..

Nasib pukul 10 tu Fahmi kejutkan aku.. ( sebab hotspot ternet aku mampus )
Siap dia tanya aku.. oii nak tido sampai esok ke.
Hahaha

Sebenarny kalau dia  tak kejut memang compom esok aku bangun..
Bangun bangun jer terus capai pinggan dgn mangkuk..
capai tomyam yg aku masak siang hari tu..
Sekali ceh.. Apa Punya soalan si Fahmi ni.

 Lepas makan tu nak tido bali ker bang...
Aku pun jawab ala yer la... huhuhhu..

Lepas makan masuk bilik pastu aku layan MOVIE IP MAN..
Sampai abis pastu aku pun tetido..

Alhamdulillah pagi ni awal aku bangun
Sempat nak solat taubat dan bertahajud.

Scene baru bangun tido

Bangun tenyeh mata yang cute ni..
Capai kain tuala .  Pastu terus intai kat luar tingkap,..
Eh ada lagi kereta.. Kata izzah nak ambik semalam..
Tak datang la kot...

Ok lupa nak cite ni.

Semalam aku sms kat chef kata ada orang order nasi Goreng 15 bungkus.
Dia reply gini ha... ( OK,Goreng je le mok.. )
Hahahaha dapat nama baru.. Mok.. Siangnya tuan Kamal Al Marbawi panggil Zaili..
Aku pun fikir. memang la boleh jer aku nak goreng sendiri nasi tu..
tetapi Rasanya mungkin kan kurang sikit sebab aku tak pandai lagi nak ,
perasakan dlam kuantiti yng banyak ..

Jadi Panggil chef adalah lebih baik..
Aku nk tengok jugak teknik dia masak dalam kuantiti banyak tu,,..( Macam gambar atas tu)
Lepas ni boleh aku buat ebook untuk jual hahahahaha ( Gelak jahat )
Pastu aku jadi jutawan ebook pulak..

(gambar dari google yer.)


Wednesday, September 17, 2014

Bagamana untuk Berjaya Mengawal Perasaan

Bismillah..

Tengok tajuk tu.. Sebenarnya aku sendiri pun tak faham ..
Betul atau tak tajuk aku tu..

Yer la.. Sebenarnya tadi aku duk Online kat ruang tamu tu..
Tengok si fahmi tu , Bukak Youtube Tapi pejam mata..
Aku confius dia dengar ker Si Anthony Robin tu cerita apa..
Ker Si Anthony Robin tu duk cakap sorang sorang.

Biar kan la dia.. Jadi aku pun masuk la dalam bilik..
Hajat dihati nak tido.

Sebelum tu terbaca blog misschronicz tu lagi.
Datang balik mood nak menulis ni ha..

Jadi Oleh kerana aku tkde cerita sangat nak cerita..
Aku tulis jer la apa sahaja yang duk berlegar dalam kepala otak aku ni yer..

Bermula dari pagi tadi ok..

Jadi kisah nya begini.. Tuan Kamal al marbawi tu order la sandwich tuna 40 pax.
alkisahnya semalam aku ,Hafis dengan si Fahmi dah pergi beli barang barang untuk buat sandwich tu.
Punya la lama duk pilih Sardin, Dari negara mana la,Tentang cop halal la.
Last2 mai ambik jer.

Bangun pagi tadi aku teringat . La macam mana boleh terlupa nak beli roti ni
Aku cakap kat Hafis, Dia  pun cakap hurm roti lupa nak beli..

Terus gegas ke cafe.. Tunggu chef datang, Ingat kan datang ,
Rupanya chef tak tahu pun orang nak sandwich tu pukul 7 pagi.

Jaadi terpaksa la aku yang buat , Aku pun buat la macam bias aku buat kat rumah.
Siap la dalam masa 40  minit.
Alhamdulillah la kan..

Chef datang pun dah dekat pukul 9, Tak kisah la kan.
Tiba chef cerita pasal kursus yg 2 orang pergi tu.
Memang la ada sikit terasa hati.. ditambah pulak bila ada yang duk cerita2.
Bertambah la sakit hati. Terasa macam nak tumbuk orang pun ada.

Aku dah tak tahu nak buat apa.. Duk buat jer la kerja kat dapur..
Dengan hati yang tak tenang ni.. Rasa darah membuak buak.
Satu jer la jalannya.. Pertama masak nasi dulu.
Kang orang order nasi goreng nasi takde pulak kan.

Lepas masak nasi tu terus jalan ke surau bawah tu..
Basuh muka, pastu ambik wudhu..
Mula dengan solat taubat disambung dengan Solat Dhuha 6 rakaat.

Alhamdulilllah.. Tenang rasa hati ni.
Lepak sekejap kat surau.

Pastu balik ke cafe.. Malas nak masuk kot pintu depan jadi aku masuk ikut pintu dapur.
Selesaikan mana2 kerja aku yang belum beress  tu..

Tiba2 Fahmi datang cakap , Chef suruh masak mee hailam untuk dia..
Berderau sekejap. Jadi ta tentu arah sekejap ha..
Boleh ke aku masak.. Kang tak sedap macam mana..


Nak tak nak kena la masak jugak..
Main campak campak je la aku bukan ingat sangat resepi mee Hailam tu..

At d end.. Komen chef.. Ok la tu , Cuma kena pekat sikit lagi kuah tu..
Ahamdulillah la.

Ingatkan tak sedap la tadi..

Tapi aku masak ape pun biasanya sedap .. Huhuhuhu (puji diri sndiri ,)

Dah lupa pasal Perasaan tak tenang tu tadi..
Cuma ada part2 yg chef cakap tu kena take note..

Untuk jamin apa yang bakal berlaku di kemudian hari kan..

Jadi point utk tajuk kali ni iyelah.. 

Jika ada sebarang perasaan yang tak bagus, Sila lah ambil wudhu dan mengadu dengan allah swt.
Insyallah akan diberi ketenangan.. 


Makan Tengah Hari Di Restoran Belauk Seksyen 7 Bangi

 Padah tido pukul 3 pagi si Fahmi tu.. Akhirnya pukul satu petang baru bangun dia..
Penat ku tunggu.. Perut aku dah berdikir barat dah>
Almaklum lah perut kelantan la katakan..

Dah bangun hajat aku nak pergi makan kat kedai kat seksyen 16 Bangi tu.
Fahmi pulak cadangkan nak makan kat Restoran Belauk kat seksyen 7 tu.
Aku ikutkan je la..


Memang banyak dia punya lauk.. Berlauk lauk tu.
Rambang mata sekejap nak pilih.
Last last ambik lauk ayam goreng berempah jugak.
Sayur ambik taugeh jer..

Sedap la .. Ada rasa.. Ayam nampak macam sejuk
tapi dalam tu panas.. Kuah kurma sedap tapi lebih sedap chef punya..
Memang banyak pilihan lauk .


Harga memang standard bangi la.. Rm19 untuk dua orang makan..
 Berbaloi untuk anda cuba. Dengan hampir 60 jenis lauk yang ada kat sini.

Lokasi terletak di belakang Restoran Sup UK..

Tuesday, September 16, 2014

Kembali menulis Kerana Yasmin..

Bismillah,,,

Selepas hampir tiga bulan aku tak update blog ni. Akhirnya digerakkan kembali hati ni nak menulis sesuatu... Jika sebelum ni  aku mula menulis blog sebab nak dapatkan income dari blog.. Kali ni cuma sekadar untuk berkongsi apa saja yang berlaku.. Sebelum ni aku hati aku tertarik utk berkongsi sebab Ben Ashaari dan anaknya.. Kali ni  aku digerakkan kembali selepas membaca coretan yang dikongsi di Blog Yasmin Hunwick..

Coretan yang sebelum ini dicoret oleh Yasmin kini di sambung oleh ibunya selepas pemergian Yasmin..
Mungkin ada yang kenal siapa Yasmin Hunwick dan mungkin juga tiada yang kenal... Yasmin adalah seorang blogger yang telah pergi ketika dia berumur 17 tahun jika ak tak silap.. Beliau meninggal akibat kemalangan motosikal.

Habis kisah pasal Yasmin Hunwick ni.. Terima kasih kepada blognya .. Aku kembali menulis lagi...
Insyaallah.. Akan terus menulis selagi terdaya dan selagi mata belum terpejam..