Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Tarik Trafik Blog Dengan Ping Busuk

Bismillah..

Hari tu ada up entry bertajuk Berlari Ke Masjid Ukm   

Lepas tu lama jugak la tak update aktiviti aku ni kan..
Bila aku masuk balik ke blog yang memang tak popular ni ..
Tengok last entry aku tu.
Ada  53 pageview..




Terkejut jugak . Mana datangnya pembaca ni kan..
Jadi ku pun mula buat siasatan..
 Tengok kat feedjit tu..


Semua B kan... maknanya semua redears tu datangnya Ping Busuk..

Jadi maknanya kebanyakan pembaca adalah dari ping busuk..

Pada yang nak up trafik blog tu boleh la try masukkan blog anda ke PIng busuk yer.

Boleh daftar Disini --> Klik Sini

Perhatian. Jangan up entry yang 18sx yer..
Besar potensi untuk kena sekat oleh pihak Pingbusuk.org


Monday, January 27, 2014

Nota Pengurusan Jenazah

Tadi masa tengah online kat fb . Ternampak satu post dari rakan fb dari Group IMKK.
Dia nak share Nota tentang Pengurusan Jenazah...

Aku memang minat nak belajar tentang Bab yang ni..
 Lama dah .. Bila ada orang nak kongsi.
Bagai orang kebulur dihulur KFC la jawabnya kan.. 
Huh apa punya bidalan aku guna ni..
Nak buat macam mana kan. Hari ni dapat duit bonus .
Jadi teringin nak makan KFC tu..

Kan dah merepek dah.. Jadi dalam nota tu ada 10 bahagian. 

Dalam nota ni sarat dengan pelbagai tips, doa, langkah-langkah, dalil hadith dan ayat Al-Quran berkenaan:
1. Kewajipan pesakit
2. Menziarahi pesakit
3. Kewajipan keluarga jenazah
4. Menziarahi jenazah
5. Wasiat
6. Ghusl/mandi jenazah
7. Kafan jenazah
8. Solat jenazah
9. Pengebumian jenazah
10. Amalan bid'ah pengurusan jenazah

 Sekarang aku  tengah download fail Pdf Nota Pengurusan Jenazah ni.

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak Nota ni boleh email kat aku Disini atau add Fb aku DISINI dan pm mintak kat sana yer..


Semoga bermanfaat untuk kita semua..

Friday, January 24, 2014

Doa Untuk Terus Miskin atau Tidak Ada Duit?


Ia salah satu sebab kenapa ramai
yang asalnya hidup susah dan terushidup atau orang yang terus hidup didalam tekanan kewangan adalah keranamereka mempunyai mentaliti miskinatau mentaliti sentiasa TIDAK ADA WANG!

Tak faham? Saya selalu sebut tentang hadis Nabi saw yang bermaksud antaranya ialah Tuhan mengikut sangkaan hambaNya.

Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan amalkan atau lakukan adalah menjadi DOA. Itu satu formula yang kita mesti fahami. Satu masa dulu saya tidak sedar atau perasaan betapa powerfulnya formula ini di dalam proses memperbaiki hidup dan kewangan saya.

Saya selalu sebut "Aku ni susah!", "Aku ni tak ada duit", sedangkan sebenarnya tidak mungkin kita tidak ada duit, kita mesti ada duit walau 10 sen.

Bermakna kita ada. Jika kita mahukan sesuatu, kita hentikan kata "Aku tidak ada duit!" atau "Aku tidak cukup duit!"......

Mungkin maksud kita adalah kita ingin beli sesuatu tetapi kita BELUM ADA bajet untuk membelinya tetapi bila saya faham yang apa yang saya fikir,
rasa, cakap dan buat adalah DOA,
saya mula menukar cara saya berfikir, emosi saya, kata-kata saya dan tindakan saya kepada ayat-ayat seperti

"Insha Allah rezeki aku ada untuk beli benda ni!", "Insha Allah duit aku ada. sedikit lagi Allah swt lorongkan lebih banyak sampai untuk aku buat ini ini ini!",

"Insha Allah bisnes aku makin meningkat, rezeki aku bertambah dan aku tahu DIA sedang aturkan lebih banyak rezeki untuk aku!".

Nampak simple tetapi ianya adalah
statement-statement luar biasa yang menjadi doa kepada kita.

Fahami perkara ini, rezeki dan
peluang keliling kita adalah sangat
banyak, cuma adakah MINDA kita,
ILMU kita, emosi kita, kata-kata kita
dan perbuatan kita sampai kepada
kapasiti yang mampu nampak atau
melihatnya dan kapasiti diri anda
mampu menerima rezeki yang lebih banyak?

Rezeki Allah swt adalah banyak keliling kita seumpama TNB
mampu suppy seberapa banyak
janakuasa elektrik ke rumah kita,
tetapi adalah kemampuan METER
ELEKTRIK DB Board di rumah kita
mampu TERIMA kapasiti elektrik yang lebih tinggi sedangkan ia hanya pada tahap SINGLE PHASE dan bukan THREE PHASE yang mampu terimaelektrik/ rezeki lebih besar?

Upgrade minda, emosi, kata-kata kita dan tindakan kita dengan ilmu dan tindakan yang lebih luar biasa serta positif, Insha Allah hasilnya
kehidupan dan kewangan kita juga
akan lebih positif.

Semua orang yang berjaya, sebelum mereka berjaya adalah mereka yang yakin dan menyakinkan diri yang mereka akan berjaya!

Tak faham tak apa tetapi ini adalah
salah satu sains kejayaan dalam
kewangan. Bila kita percaya dan yakin dengan kuasa Allah swt mampu merubah atau memperbaiki hidup atau kewangan kita, DIA akan tunjuk
jalan tetapi kita kena BERANI belajar dan bertindak! ILMU kuncinya, tindakan jalannya dan syurga matlamatnya.

Saya doakan kita semua
berjaya dunia akhirat! Ameen. #

Friday, November 8, 2013

Bil Air Tinggi part2

Bismillah

Semalam lepas balik dari kerja ,mak aku bagitau ,katanya pegawai SAJ datang cek meter air kat rumah.. Kemudian dia kata pegawai tu suruh bayar bil yang tertunggak tu dulu... Lepas tu yang Rm300++ tu diaorang suruh tunggu dan lihat Bil air bulan depan..

Hurm senang jer kan.. Semalam beria ia suruh bayar semua terus., Lepas tu bila dah datang cek , suruh bayar yang tertunggak dulu.. Yang terlebih tu abaikan dulu...

Ape punya citer dah ... Hurm ok aku tunggu dan lihat ...

Semalam mak aku kata dia ada chitchat dengan uncle cina jiran depan rumah aku tu... Dia kata uncle tu pun pernah kena bil macam aku ni tapi dia punya lagi banyak,, Dekat 3k tu bil dia... Perrghh Buat ape air banyak tu,,, dia ada kolam renang taraf olimpik ker kat rumah dia... hehehe

Saborr jee laa yerrr

Thursday, November 7, 2013

Bil air naik mendadak lepas Pasang meter baru

Bismillah..
Dua hari yang lepas bangun je dari tido, aku keluar pergi cek letterbox kat depan rumah tu... Mana la tahu kot kot duit dari Nuffnang hasil dari blogging ni dah sampai..

Sekali tengok takde la pulak, yang adanya bil air yang memang dah tertunggak tiga bulan... So aku target memang la akan jadi Rm200 bil tu.. Sekali aku tengok punya la banyak bil aku ..Sampai cecah Rm500 tu..Setahu aku bil tertunggak aku cuma Rm170 jer pun.. Macam mana pulak bil semasa aku bulan ni cecah sampai Rm300 ni..

Seingat aku la,  aku takde buat derma air paip aku ni kat semua penduduk kampung oren ni..Jauh sekali kalau aku bukak bisnes carwash kat rumah aku bulan ni... Kereta aku sendiri pun dah dua bulan tak mandi tau.... Confius sekejap...

Esoknya bersamaan dengan hari rabu yang merupakan hari offday aku .. Aku pun ajak la Pak Hassan pergi ke Saj kat Larkin sana..Mak n Tina pun ikut jugak...

Lepas puas tunggu giliran kat situ. Pak Hassan pun dengan lantangnya berbahas..

Jawapan pegawai tu pulak.  Maaf kami tak tahu hal ni.. SILA PERGI KE SAJ NUSAJAYA...


Jadi aku pun terus pergi sana ..Dah la jalan pun tak tahu... Main resah jer... Sampai sana jumpa abg moto kat lampu isyarat sana..Tanya dia kat mana Saj tu..Dia. cakap kat atas bukit dekat dengan Hospital Penawar.. Masuk jer dalam kawasan parking Hospital Penawar yang dijaga oleh Metro parking tu...Nampak la Saj kat sebelah hujung sekali ...

Masuk dalam tu. Sekali lagi berbahas kat situ.. Mula mula dia salahkan meter kat rumah aku tu..Katanya main baca agak2 sebab meter kat dalam kawasan pagar... Agak agak la kalau nak agak agak pun kan.. Bil semasa aku bulan ni dah sama macam bil aku untuk setengah tahun tu ...
Biar la bebenor..Pastu dengan sesuka dia jer suruh aku bayar dulu bil tu ..Pastu akan ditolak utk bil2 bulan depan..

Oh tidak ... Jangan harap ok...Lepas tu mak aku masuk plak perbahasan tu.. Lepas mak keluarkan hujah hujah serangan balas dia .. Abg tu cakap pulak..Tak payah bayar dulu.... Nanti Kami datang buat siasatan meter kat rumah...

Hah nampak tak permainan dia....
Cepat betul ubah keputusan.. Hurm...


So tunggu la dia datang rumah nanti...Lepas tu mak aku pun ajak pergi makan kat Kedai pokok Ceri...

Lepas makan aku tanya pak Hassan nak pergi mana... Tetiba dia cakap nak pergi Zoo...Adehh macam bebudak la pulakk..Hurm layankan aje la. ...

Tuesday, October 29, 2013

Tuah ayam nampak di kaki Tuah Nabil dapat Kondo Sejuta

Bismillah...

Tahniah aku ucapkan pada Nabil.. Nabil mana.. Nabil raja lawak tu la...

Khabarnya dia dapat kondominium free... Satu juta katanya....

Camni cerita dia... Nabil katanya pergi melihat kondominum kat kawasan mana entah... Tak ingat plak... Dia berminat nak beli lepas tu jumpa pihak pemaju.. Bincang pasal rumah tu .. Pihak pemaju plak offer nak bagi rumah kat nabil  sebagai ganti nabil jadi duta dia setahubn..  Ok la kan kan...

Tuah ayam nampak kat kaki tuah Si Nabil dapat Kondo Satu juta...

Ps:/  Aku dah order banglo empat tingkat kat bukit Austin tu... Tinggal tunggu pemaju offer jadi Duta jer... Hikhikhik