Thursday, November 7, 2013

Bil air naik mendadak lepas Pasang meter baru

Bismillah..
Dua hari yang lepas bangun je dari tido, aku keluar pergi cek letterbox kat depan rumah tu... Mana la tahu kot kot duit dari Nuffnang hasil dari blogging ni dah sampai..

Sekali tengok takde la pulak, yang adanya bil air yang memang dah tertunggak tiga bulan... So aku target memang la akan jadi Rm200 bil tu.. Sekali aku tengok punya la banyak bil aku ..Sampai cecah Rm500 tu..Setahu aku bil tertunggak aku cuma Rm170 jer pun.. Macam mana pulak bil semasa aku bulan ni cecah sampai Rm300 ni..

Seingat aku la,  aku takde buat derma air paip aku ni kat semua penduduk kampung oren ni..Jauh sekali kalau aku bukak bisnes carwash kat rumah aku bulan ni... Kereta aku sendiri pun dah dua bulan tak mandi tau.... Confius sekejap...

Esoknya bersamaan dengan hari rabu yang merupakan hari offday aku .. Aku pun ajak la Pak Hassan pergi ke Saj kat Larkin sana..Mak n Tina pun ikut jugak...

Lepas puas tunggu giliran kat situ. Pak Hassan pun dengan lantangnya berbahas..

Jawapan pegawai tu pulak.  Maaf kami tak tahu hal ni.. SILA PERGI KE SAJ NUSAJAYA...


Jadi aku pun terus pergi sana ..Dah la jalan pun tak tahu... Main resah jer... Sampai sana jumpa abg moto kat lampu isyarat sana..Tanya dia kat mana Saj tu..Dia. cakap kat atas bukit dekat dengan Hospital Penawar.. Masuk jer dalam kawasan parking Hospital Penawar yang dijaga oleh Metro parking tu...Nampak la Saj kat sebelah hujung sekali ...

Masuk dalam tu. Sekali lagi berbahas kat situ.. Mula mula dia salahkan meter kat rumah aku tu..Katanya main baca agak2 sebab meter kat dalam kawasan pagar... Agak agak la kalau nak agak agak pun kan.. Bil semasa aku bulan ni dah sama macam bil aku untuk setengah tahun tu ...
Biar la bebenor..Pastu dengan sesuka dia jer suruh aku bayar dulu bil tu ..Pastu akan ditolak utk bil2 bulan depan..

Oh tidak ... Jangan harap ok...Lepas tu mak aku masuk plak perbahasan tu.. Lepas mak keluarkan hujah hujah serangan balas dia .. Abg tu cakap pulak..Tak payah bayar dulu.... Nanti Kami datang buat siasatan meter kat rumah...

Hah nampak tak permainan dia....
Cepat betul ubah keputusan.. Hurm...


So tunggu la dia datang rumah nanti...Lepas tu mak aku pun ajak pergi makan kat Kedai pokok Ceri...

Lepas makan aku tanya pak Hassan nak pergi mana... Tetiba dia cakap nak pergi Zoo...Adehh macam bebudak la pulakk..Hurm layankan aje la. ...

Tuesday, November 5, 2013

Salam terakhir dari adik tecik.

Bismillah...

Hari ini adalah hari yang suram bagi aku ... Hari ni dua anak kucing aku dah mati.. Satu mati kerana sebab yang tak dapat nak dipastikan...

Yang satu lagi mati kerana faktor kecuaian aku dan juga takdir allah swt....

Cerita dia macam ni ..Aku tengah tido tengah hari tadi. Masa tengah syok2 tido. Tiba2 dikejut oleh anak sedara aku ..lapar katanya .. Aku pun bangun la siap siap nak g beli nasi bungkus...

Masa nak keluarkan motor tu aku dah nampak dia main2 kat dlam rumah lagi... Kat bawah motor tu ada si tempang yg tengah baring,, jadi aku alihkan si tempang tu dulu...Lepas tu aku terus undurkan motor tu... Tak tahu bila masa dia pergi duduk belakang tayar..

Tiba2 dia menjerit lepas tu berlari tak sampai dalam rumah dia terus rebah... Aku pun terus gosok2 dia.. Menunggu dia habiskan sisa2 nafas terakhir... Lepas tu ......tak sanggup dah nak citer....

Sampai malam ni aku teringat kat dia... Maaf yer adik tecik... Abg tak sengaja....    Semoga tenang kat sana yer ....