Showing posts with label Haiwan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Adik dan Ibunya menjamu selera


Lepas adik tecik buat muka 10 sen aku pun terus lah pergi beli makanan ni..Biasa kongsi duit dengan membe beli makanan ni.. Hari  ni membe takde la pulak . So aku beli la sendiri .Tapi guna duit mak aku dulu la, aku mana ada duit.. Nanti gaji ganti la balik kan... Hehehe

Tengah nak bagi makan tiba2 mak dia datang ,terus rampas bekas makanan tu..Terkulat kulat adik tecik tu..Tengok jer la mak dia makan.. Nak marah takut jadi anak derhaka pulak...

Oleh kerana si mama makan lama sangat , Aku pun bagi adik tecik mkan kat bawah.. Kesian dia  kelaparan..Tak lama lepas tu mama pon blah .. Saje jer dia ngacau anak dia..
Ish ish ish..Sungguh tak patut...




Muka 10sen budak kecik

Eh dia buat muka kesian minta makanan pulak... Yer la  jap lagi yer... Kesian budak kecik ni... Lapar la tu..
Aku bagi nama adik kat dia..Tapi member2 panggil dia Bedah... hahhaa.. Kekampungan pula nama dia... Cer la bagi yg moden sikit kan..Macam jolie ker..Angelina ker,...

Sabor yer adik tecik.. jap lagi brader bagi makanan...

Wednesday, September 18, 2013

Basmi kutu kucing dengan garam..

Bismillahirahmanirahim..

Hari ni aku cuti.. Dalam benak ni banyak benda yang berlegar nak diuruskan..

Antaranya adalah, nak kemas bilik aku yang dah tak serupa macam bilik tu.Sekali pandang dah macam stor jer ..Nampak tak kemalasan aku kat situ.. .

Lepas tu nak rendam kucing kucing aku dalam air garam pastu perap sekejap dan boleh lah masak ikut suka hati yer...Hahaha gurau sajer yer. Aku pencinta haiwan tapi pembenci kutu kucing...

Tengok dekat pakcik google semalam katanya kalau kucing banyak kutu caranya adalah ..

1) Mandikan..sabun dan sentalkan kucing anda selama 10 ke 20 minit dengan sabun khas untuk kucing...Jangan guna sabun daia pulak..Togel bulu kucing tu nanti...

2) Selepas siap disabun dan bilas.. siapkan air suam dicampur garam...Rendam kucing anda dalam tu... Lagi lama lagi bagus...

3) Bilas lagi kemudian biarkan kering secara semulajadi...bila dah hampir kering taburkan garam halus kat atas bulu kucing anda...

4) Siap dah...

Ok kalau mengikut perkiraan aku seekor kucing akan mengambil masa sejam.. kucing aku ada 12 ekor ..Jadi dalam pukul 10 malam nanti siap la tu...

Takpe saya ok jer..takut kucing tu taknak mandi jer....