Friday, October 25, 2013

Nota semangat dari coach Bahar

Nasihat untuk anak muda:

Biarlah, jika anda masih muda yang
belum punya apa-apa

Biarlah, bila anda diperlekeh dengan
idea kecil dan usaha kecil dengan
kurang pengalaman.

Biarlah, jika cinta anda di tolak kerana
anda tidak bekerja dan hanya berniaga
kecil-kecilan.

Biarlah, jika anda dimarah berkali-kali
walaupun bukan salah anda
kadangkalanya sebab hanya yang
marah anda itu bos anda.

Kerjalah dengan kuat, teruskan usaha
dan jangan pandang belakang. Bila
anda siap semuanya , bila anda sudah
berkereta ferari, bila anda sudah lulus
degree nya, bila anda sudah punya
syarikat sendiri

Mereka semua akan mula memandang
anda dan mengenal anda.

Sentap aku dengan kata kata coach...

Insyallah.. Aku akan buktikan pada semua... Aku yang dulu bukanlah yang masa depan...

Maaf ya adik tegar.. Abg Nz tukar tajuk sikit..HeheheHe.. :-)

Separuh Akhir Kedua PIALA MALAYSIA .. Kelantan VS ATM



Bismillah..

Hari ni  er silap silap... Malam ni akan bermula aksi separuh akhir kedua piala MALAYSIA WATSON ... Pertembungan antara Team Aku iaitu tak lain dan tak bukan Kelantan The Red Warrior menentang ATM THE GLADIATOR di Stadium keramat kat kelantan.. Ape entah nama stadium tu.. Harap maklum yer.. Aku ni memang orang kelantan.. Lahir pun kat Hospital Kota Bharu... Tapi aku membesar di Klang Selangor OK..., Sebab tu tak tahu nama Stadium tu... Hehehe..

Jangan maroh deh adik kakok belako...

Hehehe..Nasib baik lagi sekali malam ni ada siaran langsung kat RTM 1 .. Terima kasih yer RTM1...Kalau tak terpaksa la aku menapak ke kedai mamak lagi malam ni... Jimat duit kawe... huhuhu..\\

Harap TRW kita menang la yer...

Gomo kelate Gomo..

Eh lupa lak.. tadi terbaca kat Metro Jurulatih ATM kata Misi mustahil nak menang kat Kota Bharu tu,..Ape ni belum bertempur dah mengaku kalah punya statement dah keluar ke... Ish ish ish... Sifu aku cakap.. Ape yang kita buat ,ape yang kita rasa dan apa yang kita Fikir adalah DOA..

Jadi nampaknya Jurulatih dah berdoa sesuatu yang tak bagus ni,,,..

Kita tengok jer la malam nanti yer... Ape yang akan jadi.. Kita Tunggu dan lihat...

Insyallah TRW MENANG BESAR....

EH Jap2 ada lagi.. Terbaca kat metro jugak tadi.. Ada yang pengsan masa nak beli tiket kat Sarawak.. Punya la berebut sampai ada yang panjat tembok.. Punya la fanatik.. Jangan kata sarawak jer.. Kelantan pon sama jer.. Tak caya cuba tengok gambar bawah tu.. Apo nak jadi sep kito ni..



 Foto Menarik
 kredit gambar kat mymetro

Pesan aku : abang2 akak2 pakcik2 .. Minat tu minat jugak .. Keselamatan kena jaga ok...