Tuesday, December 10, 2013

Hari Graduasi dan Konsert Baby Nana

 Bismillah..

Hari ahad yg lepas bersamaan dengan 8  DISEMBER 2013.
 Baby Nana akhirnya berjaya menamatkan sekolah Tadika dia.. Pastu dia ada buat hari Graduasi la pulak,..

Amboi sampai ada buat Graduasi bagai yer..
 Aku masa Tadika dulu cuma ada sukaneka jer pun.
Main lumba lari dalam guni  dengan lari bawak bola dalam sudu..

Tu dulu punya citer yer.. Masa tu takde pun graduasi sumer ni.. Gambar kenangan pon tkde tau..
Jadi aku nak simpan kenangan baby nana kat blog aku ni..


Masa hari tu baby nana ada buat persembahan tu.. Persembahan Michael Jackson lagi tau..
pergh kalah aku.. Aku Oppa Gangnam style yg terkangkang kangkang tu pun tak lepas Lagi Tau..Huhuhuhu

Ni sebelum bermula lagi .. Aku terawal  1 jam la pulak..
Tengah Praktis la tu..


Tu dia siap berpusing pusing.. Ni moonwalk la kot..



Ni berposing dengan Jubah Konvo la..

Eleh senyum dia.. Macam malu malu meow jer kan..


Tamat.. 

Lepas ni nak masuk darjah 1 dah..
Cepat betul besar..

Saturday, November 30, 2013

5 sebab perniagaan tak maju

1. UNTUNG TIDAK BOLEH DIAMBIL
SEPENUHNYA untuk DIRI SENDIRI.

2. GAJI untuk DIRI SENDIRI
hanyalah 1/5 dari UNTUNG SAHAJA

3. 4/5 UNTUNG PERLU DITAMBAH
kepada MODAL ASAL supaya
menjadi MODAL BARU

4. PERLU ada SISTEM yang
memudahkan transaksi di
REKODkan.

5. TAK PERLU TAKUT akan HARGA
untuk MENJUAL.

di antara 5 Sebab UTAMA ini, yg
menjadi penyebab RAMAI
PENIAGA2 dan USAHAWAN2 x
berkembang MAJU adalah sebab
no.2 dan no.3

Siapa setuju? ?

Komen alhamdulillah