Friday, November 29, 2013

Usaha kita VS Usaha Tokey Genting Highland

Tan Sri Lim Goh Tong pernah ke Jepun dan menunggu selama sebulan di luar pintu pejabat. Tidak ada sesiapa pun melayan beliau. Tidak tahu berbahasa jepun dan bahasa English.

Atas kesungguhan dan kesabaran
beliau, akhirnya syarikat Jepun
tersebut bersetuju dengan cadangan dan menjalinkan usahasama dengan beliau.

Rancangan beliau membangunkan
Genting Highland juga dianggap gila dan diketawakan oleh ramai pihak. Beliau hanya senyum dan teruskan usaha.

Beliau bertahun tidak ada. pendapatan kerana mengejar impian membina genting highland. Beliau juga 2 kali hampir muflis.

Sekarang, mari kita lihat, sejauh mana usaha kita?

Setinggi mana impian kita?

Seberani mana diri kita?

Cermin dan fikir fikirkan...

Thursday, November 28, 2013

Alkisah rabu 27 November 2013

Bismillah..

Semalam balik dari kerja jer terus tersadai atas tilam, ,penat sangat ker ..entah tak tahu pulak..

Tido2 ayam jer sebab nak pergi beli ubat ma.. Bila dah pergi, tak buka la pulak..seminggu pulak dia cuti... Balik sambung tido balik..Bangun dah tengah hari .

Lepas tu mak ajak pergi bank harimau.. Tahu ke tak tahu ni.. ok Hurm kalau tak tahu teka sendiri yer... Bank yang ada kepala harimau..Bukan sotong yer...

Sambung balik ..pergi bank nak tukar kad bank mak aku.. Sebab aku nak guna untuk fb ads... Hah fb ads tu ape .. Iklan kat facebook la... Aku ada jugak kad maybank tu tapi kena tahan kat Mat Zuki..

Kenal ker tak..  Tu nama gelaran geng fb aku bagi kat Tokey Facebook tu la...Dia tahan sebab aku tak bayar hutang fbads tu la.. Tak banyak cuma 90usd jer...

Bukan takde duit ok.. Cuma tak cukup lagi..

Kat bank tu dia kata tengah upgrade system.. Jadi lama sikit la kena tunggu. Nak taknak kena la tunggu .. Sementara tunggu tu aku duduk la layan baby nana smbil main game angrybird....

Lepas menunggu hampir sejam. Lama kann aku tunggu nasib baik ada gadis comey kat sebelah.. Boleh intai2 ..hehehe. .nak usha ker.. hurm memang tak la kann.. Aku mana pernah usha gadis2.. Biasanya gadis2 yang usha aku...hehehe..Cite betul ni ..Tak caya sudah...  lagipun dia duk sebelah mak aku la pulak ..

Akhirnya siap jugak.. Masa nak start motor mak aku boleh cakap plak.. Gadis yang duduk sebelah dia tu comey.Eh aku ingat aku jer tengok dia comey.. hehe

Lepas tu nak pergi makan kat Restoran sedap selalu tapi sebab dah lambat mesti dah habis lauknya jadi tukar ke Medan Selera Tesco extra Tebrau..

Kat sana Aku order Nasi ayam,  Baby nana order Tomyam, ,haih pergi mana pun nak tomyam jugak.. sama macam aku lak sia nih... Mak aku plak order nasi goreng kampung..  Nasi ayam ok la tapi lagi sedap kat Kampung Melayu Majidee sana tu.. Tomyam dia pon ok cuma terlebih manis sikit.. Yang paling ok Nasi goreng la .. Banyak tu.. Tak terhabis aku.. Tapi terpaksa habiskan tak baik membazir..

Sebelum balik sempat lagi tapau 2 bungkus Tauhu bakar.. heehehe...Lepas kempunan la katakan..

Akhirnya sampai rumah sebelum tamat waktu zohor..Alhamdulillah.
Ingat nak siapkan marketing untuk dropship ubat resdung tu.. Line pulak macam siput.. so tangguhkan dulu.. Layan citer saranghae jap... Tahu2 dah malam ..

Alhamdulillah murah rezeki hari rabu ...

Ps: pinjam panadol ma 2 biji.. esok nak kena ganti pulokk