Sunday, November 20, 2011

Nukilan Cinta Untukmu

1. Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu
2. Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..
3. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?
4. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..
5. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..
6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..

Wednesday, November 16, 2011

Teh hijau Dan Enam Khasiat Terbaik

 

DENGAR sahaja nama teh hijau, ada yang mencebik, tidak kurang juga yang menolak untuk menikmatinya di kala minum petang. Masalah dengan teh hijau ini terletak pada baunya yang agak kuat berbanding jenis-jenis teh yang lain. Kalau tak tahan, memang tak boleh minum.

fakta-tentang-teh-hijau

Selain daripada kekurangan tersebut, teh hijau sebetulnya mempunyai pelbagai jenis khasiat kerana kandungan antioksidanya yang tinggi.

Sebenarnya teh hijau dihasilkan daripada daun apa?

Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan Camellia sinensis. Ia berasal dari Negara China dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia. Di Jepun misalnya, teh hijau dipanggil teh ‘Ocha’ atau ‘nihoncha’. Teh hijau sesuai diminum di waktu pagi atau ketika minum petang.

Enam khasiat yang dibawakan teh hijau:

1. Mampu melindungi payudara daripada serangan kanser. Kandungan polifenol (salah satu antioksida) yang banyak di dalam teh ini dikatakan dapat meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca kanser.

2. Menggalakkan pembakaran lemak. Bagus diamalkan untuk mereka yang ingin lansing dan menguruskan badan.

3. Menurunkan aras kolesterol dalam badan.

4. Meningkatkan sistem imunisasi badan.

5. Membantu mengawal paras gula darah (kurangkan gula dalam teh hijau anda, atau gantikan dengan gula stevia).

6. Mengawal tekanan darah tinggi dengan merencatkan tindakan Angiotensin II.

Seperti selalunya, minuman yang tidak begitu gemar kita nikmati biasanya adalah yang sungguh bermanfaat untuk kesihatan dan kaya dengan segala kebaikan..